Beranikah UMNO dakwa Anwar di mahkamah syariah....

Peristiwa ‘anjing menggigit posmen’ tidak mempunyai nilai berita. Sebaliknya jika ‘posmen menggigit anjing’ ia baru ada nilai berita. Contoh itu sangat popular dalam ilmu journalisme bagi mencari aspek terbaik untuk menentukan berita yang bernilai.

Demikianlah dalam scenario semasa mutakhir ini berita, bahawa ‘Anwar adalah pelakon video sex’ sangat kurang nilainya atau mungkin tidak bernilai langsung berbanding berita ‘Anwar bukan pelakon video sex’. Justeru, pendedahan besar-besaran oleh media bahawa Anwar disahkan adalah pelakon video itu, melalui perbicaraan terhadap Datuk Eskay hari ini langsung tidak menggerakkan hati nurani rakyat Malaysia untuk terkejut atau hairan.

‘Rakyat tidak terkejut’ akan pengesahan bahawa pelakon itu adalah Anwar sebenarnya adalah peristiwa yang amat mengejut dan menghairankan kerana selepas 13 tahun imejnya dicemari setiap hari, saban waktu serta oleh semua media-media nyata dan alam maya; namun manusia yang menerima gelaran pelbagai nama itu masih mendapat sokongan segolongan manusia yang bukan sedikit pula jumlahnya.

Dari segi jumlah kehadiran mendengar ceramah, Anwar masih crowd puller yang memegang ranking nombor 1 di Malaysia, mengalahkan Tok Guru Nik Aziz mahupun Mat Sabu.

Hakikatnya di Malaysia, isu liwat, video sex atau apa saja yang dikaitkan dengan Anwar tidak memberi apa-apa kesan kerana penyokong dan pembencinya sudah berada di tahap tepu. Hingga selepas isu video sex; golongan yang meyakini Anwar tidak akan berubah pendirian lagi, demikian pihak yang membencinya akan teguh membencinya tanpa perlu ditokok tambah lagi apa-apa hasutan untuk membenci Anwar.

Jika pihak pembenci Anwar hairan kepada pihak yang meyakini Anwar kerana masih terus menyokong beliau meskipun terdapat bukti yang jelas, maka penyokong Anwar pun hairan dekat golongan pembenci kerana menelan bulat-bulat fitnah akan yang dibuat. Masing-masing pihak hairan mengapa pihak lawan mereka seolah-olah tetutup pintu hati untuk mempercayai kebenaran. Kehairanan mereka adalah tulen dan jujur, bukan dibuat-buat.

Selain dari kedua kumpulan tersebut, tentulah mereka adalah kumpulan yang cara berfikirnya tidak sama dengan sikap kedua kumpulan pembenci dan penyokong (atau lebih tepat disebut peyakin) Anwar tadi. Golongan ini pun terdapat pelbagai cara berfikir mereka. Saya lebih selesa untuk berada dalam kumpulan ini.

Dari lubuk hati saya meyakini Anwar dianiayai namun ia mesti diadili di mahkamah berhubung isu video sex. Malangnya undang-undang Hudud tidak berjalan di Malaysia untuk Anwar dibicarakan di atas tuduhan berzina. Kalau berjalan pun hudud dia tidak boleh didakwa juga kerana tiada 4 saksi yang adil. Video lucah tidak boleh jadi saksi dalam kes zina. Video dan lain-lain bahan hanya boleh jadi bukti untuk kes rogol (di bawah takzir) bukan zina (di bawah hudud). Jadi untuk tuduhan zina.. buang kes.

Tiada peruntukan pula dalam undang-undang sivil untuk dakwaan mengenai isu yang dikaitkan dengan Anwar itu. Undang-undang sivil tak boleh bicara kes zina. Yang tepat dan layak untuk membicarakan kes tersebut ialah Mahkamah Syariah.. itu pun tiada peruntukan untuk dakwaan zina.. Tak apalah, gunakan tuduhan berkhalwat, bersunyi-sunyian bersama bukan mahram, berkurung sehingga menimbulkan syak, melakukan muqaddimah zina atau apa-apa sajalah istilah yang terdapat dalam peruntukan syariah.

Tapi nampaknya bukan setakat dakwaan, siasatan oleh mahkamah syariah pun belum kedengaran berlaku dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar. Mengapa? Takkanlah mahkamah syariah pun kena ikut arahan politik juga?
Anwar sedang dibicarakan oleh media konvensional serta media kedua dengan rakus ala mahkamah Bintang Tiga, tapi mahkamah yang diiktiraf tidak pula mahu membicarakannya, atau memulakan dengan penyiasatan. Mereka sangat zalim terhadap Anwar kerana membiarkan maruah beliau dipijak tanpa diberi peluang mempertahankan diri di mahkamah syariah.

Desakan seperti ini tentu akan disambut oleh pembenci Anwar, nak buat apa bicarakan Anwar kerana penyokongnya akan anggap satu konspirasi. Manakala sebahagian peyakin Anwar pula akan berkata, ini konspirasi untuk jatuhkan Anwar. Pedulikan mereka… uruskan isu video lucah melalui proses mahkamah syariah. Lakukan siasatan, kalau wujud kes terus dakwa.

Berani mahkamah syariah tegakkan kebenaran? Bukankah ia mahkamah yang tegakkan syariah Islam? Kalau tak berani tegak kebenaran janganlah guna nama ‘syariah’. Mesti ada sesuatu apabila mahkamah syariah mengelak diri dari menyentuh isu Anwar. Mesti ada… - ZULKIFLI YAHAYA

source:http://kedahla.blogspot.com

No comments: