Tanpa diduga, beberapa page diwujudkan serta-merta dalam Facebook, menyeru pembaca untuk memboikot China Press yang menyimpan prejudis terhadap perhimpunan BERSIH 2.0, semalam. Page ini mencatat ribuan "like" dalam masa yang singkat, sebagai protes terhadap China Press yang didakwa mengelirukan pembaca, malah menjadi lidah kerajaan!
Malah, seorang bekas wartawan China Press, menulis surat terbuka kepada Ketua Pengarangnya, mengecam sekeras-kerasnya cara China Press membuat liputan perhimpunan BERSIH 2.0. Sebelum ini, China Press menyiarkan laporan dengan menemuramah beberapa orang budak sekolah rendah, memetik pandangan mereka terhadap perhimpunan BERSIH 2.0. Laporan ini telah mencungkil kecurigaan pembaca terhadap kebenarannya.
Beberapa pembaca mempersoalkan tajuk tersebut, "Siapakah sebenarnya yang melepaskan gas pemedih mata? Siapakah sebenarnya yang menyembur meriam air berkimia? Siapa yang tidak berhenti-henti menangkap 'askar kuning'?"
Antara komen pembacanya, "Ketua Editor China Press, jangan anggap rakyat bodoh!!! Wartawan dan editor perlu melaporkan kebenaran, bukannya memutarbelitkan kebenaran!!! Kamu tidak layak jadi wartawan, kalau berperangai sebegini!!!"
"Laporan yang tidak benar, Ketua Pengarang China Press perlu letak jawatan dan memohon maaf kepada rakyat!!" Malah, beberapa nombor ditinggalkan di laman page tersebut, untuk memudahkan pembaca menelefon kepada pihak China Press dan memberi tekanan.
Bagaimanapun, terdapat segelintir pembaca yang membela China Press, bahawa akhbar itu tidak berniat untuk "mengipas" kerajaan, cuma berlaku silap ketika membubuh tajuk. Tajuk ini dipercayai diubahsuai dari lagu pop Cina "Di manakah kebahagiaan yang dijanjikan", oleh penyanyi Taiwan terkenal, Jay Chow.
China Press tukar tajuk
Mungkin disebabkan tekanan yang terlalu besar, China Press menukar tajuknya pada muka surat depan hari ini, dengan "BERSIH ke jalan raya, 1667 orang ditangkap". Kebetulan juga New Straits Times pada hari ini memaparkan satu gambar di mana seorang peserta perhimpunan dengan gerak-geri cuba membaling sesuatu, dan membubuh tajuk "Aman?" (Peaceful?) di situ.
Selama ini, masyarakat Cina dikatakan menyimpan fobia terhadap perhimpunan secara besar-besaran. Antara retorik yang digunakan untuk menakut-nakutkan komuniti ini adalah demonstrasi bakal menjejaskan ekonomi negara. Selain tragedi 13 Mei 1969, demonstrasi di Indonesia pada tahun 1998 sedikit sebanyak menghantui minda Cina, bahawa demonstrasi bakal berakhir dengan malapetaka, dan orang Cina akan dimangsakan.
Bagaimanapun, pemerhatian terhadap perhimpunan BERSIH 2.0 semalam memperlihatkan semakin ramai peserta dari kaum Cina, khususnya generasi muda turun ke jalan raya. Golongan ini dipercayai dipengaruhi internet, khususnya laman sosial facebook, yang mendedahkan mereka kepada maklumat yang pelbagai.
Akhbar bahasa Cina "China Press"dikecam kerana prejudis terhadap perhimpunan BERSIH
"Di manakah keamanan yang dijanjikan?" Demikianlah tajuk utama pada muka surat depan China Press, semalam, yang dibubuh pada gambar perhimpunan BERSIH 2.0. Tajuk yang ditafsir sebagai "memberi imej negatif terhadap peserta perhimpunan" ini telah mengundang kemarahan warga internet, sehingga dibadai gelombang kecaman yang mengombak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment