Menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta berbuat demikian melalui sebuah panggilan telefon.
“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.
Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi mengesahkan mereka telah diberikan permit berkenaan.
Katanya, BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini.
Sementara itu, Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi berkata beliau tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.
"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai,” katanya.
Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.
"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung dengan telefon dengannya.
"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit,” kata Amar Singh.
No comments:
Post a Comment