Sebelum ini isu rally di jalanraya. Isu itu berlarutan berminggu minggu. Dulu pihak kerajaan berkata supaya mengadakan rally itu di stadium supaya tidak menghalang lalu lintas dan menggaanggu orang ramai. Kerajaan bertindak mengharamkan Bersih sebagai satu pertubuhan. Keadaan berubah kerana campur tangan Kebawah Duli Tuanku YPA dan kerajaan Bersih bersetuju untuk mengadakan perhimpunan di Stadium. Perdana Menteri Najib sendiri berkata supaya mengadakan perhimpunan itu di Stadium.
Semalam Najib berkata pula yang Bersih mesti mendaftarkan pertubuhan itu dengan pendaftar pertubuhan kerana Bersih telah diharamkan. Mudah sangat mengharamkan pertubuhan. Dulu apabila ada seorang pemimpin takut kepada parti yang dipimpinnya sekelip mata dibunuhnya parti pimpinannya dan tubuh parti baru.. P...ersoalannya bagaimana kebawah Duli Tuanku berjumpa dengan pertubuhan haram. Bukankah itu campur tangan Raja dan Bersih telah pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan itu di Stadium.
Polis pula berkata Bersih mesti memohon permit sedangkan perundingan dengan Tuanku telah bersetuju untuk perhimpunan itu di adakan. Jika PM Najib benar-benar jujur beliau sepatutnya membenarkan rally itu di adakan pada 9hb Julai ini. Dalam pada itu rupa-rupanya stadium Merdeka yang dipersetujui itu telah ditempah oleh Perkasa pula. Nampaknya kita sudah dapat kepastian sebenarnya siapa yang jujur dan siapa yang main ‘kongkalikong’.
No comments:
Post a Comment