Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim menulis surat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mencadangkan baginda menitahkan supaya diadakan tinjauan pendapat atau referendum bebas bagi mengetahui berapa ramai rakyat negara ini mahukan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.
Surat ini telah dihantar kepada Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong pada petang ini.
Menteri Besar berkata, seterusnya kesemua kehendak rakyat ini perlulah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya atau kerajaan Malaysia yang dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Abdul Khalid berkata, beliau terharu dan menghargai keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang sudi berjumpa dengan Ahli Jawatankuasa BERSIH pada 3 Julai lalu serta mengikuti perkembangan BERSIH.
Beliau berkata, memorandum yang akan dihantar kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai lapan perkara yang memohon baginda campur tangan bagi memastikan pilihan raya umum di negara ini dilaksanakan secara adil, telus dan bersih.
"Kepincangan dan manipulasi proses pilihan raya sudah menjadi pengetahuan umum, semakin terdedah dan tersiar di media cetak dan elektronik, media maya dan blog."
"Pencinta kebebasan bersuara, pejuang kebajikan rakyat, pemikir dan penulis yang prihatin tidak rela melihat perbuatan dan tindakan tidak bertanggungjawab ini terus dilakukan," kata Menteri Besar.
Beliau berkata, pilihan raya tidak jujur di negara ini terjadi dalam beberapa bentuk seperti memanipulasi kawasan persempadanan, jumlah perbezaan pengundi yang terlalu besar antara DUN dan Parlimen, penipuan senarai pengundi, penggunaan sumber dan jentera kerajaan secara berleluasa, penyamaran dan penukaran kotak undi, sistem undi pos yang menimbulkan tanda tanya, waktu berkempen yang singkat dan laporan media yang berat sebelah.
Menteri Besar berkata, Memorandum Rakyat yang akan diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong esok mengandungi suara rakyat terbanyak dan prihatin terhadap pilihan raya yang adil, bebas serta wajar diberi perhatian serius demi kelangsungan amalan demokrasi di negara ini.
Beliau berkata Memorandum Rakyat itu mengandungi 8 perkara utama:
1. Bersihkan senarai Undi (Daftar Pengundi)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

No comments:
Post a Comment