Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan seluruh rakyat dikerah hadir
untuk berhimpun di Dataran Merdeka.
SHAH
ALAM: Tatkala kedengaran cakap-cakap mengenai kesinambungan Bersih 4.0,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi tampil membuat
cadangan dengan menampilkan konsep ‘Duduk dan Debat’.
Menurut Nasrudin, memandangkan pelbagai cerita dan persepsi buruk
terhadap Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu, maka cadangan
konsep tersebut dilihat sesuai dengan iklim politik baru di negara ini.
Turut dicadangkan ahli panel tersebut adalah Presiden Umno, Datuk
Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan seluruh
rakyat dikerah hadir untuk berhimpun di Dataran Merdeka.
“Kerana pilihanraya umum tidak boleh diadakan atau disertai dalam
keadaan ia tiada jaminan dapat dilaksanakan dengan adil, telus dan
bersih dari sebarang penyelewengan.
“Sementara hari ini dan saya percaya ia akan terus berlangsung ke
hari pilihanraya, mereka memburukkan Bersih 3.0 kononnya ganas lalu
membina persepsi buruk masyarakat terhadap Bersih sedang pihak Bersih
tidak diberi ruang serupa melalui televisyen dan media arus perdana yang
lain untuk menjawab dan memberi penjelasan.
“Maka saya mencadangkan agar Bersih 4.0 ini direalisasikan melalui
format baru pula iaitu Duduk dan Debat. Saya menegaskan demikian melalui
cadangan Duduk dan Debat adalah sesuai dengan iklim politik baru yang
hendak kita bawa iaitu berteraskan kekuatan hujjah bukan hujah
kekuatan,” katanya dipetik dalam tulisan terbaru yang disiarkan
Harakahdaily hari ini.
Rekod sejarah
Beliau turut berharap kerajaan dapat menerima cadangan ini dengan
baik dan terbuka dan kerana pastinya ia mampu menjadi rekod sejarah.
Katanya iklim politik baru di negara ini mesti dibina segera oleh
kedua-dua parti komponen iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN)
iaitu berteraskan hujah dan hikmah.
“Ia pastinya akan menjadi rekod sejarah. Masa depan negara akan
dibentuk dan dibina melalui kerajaan yang bakal dipilih oleh rakyat
melalui penerimaan terhadap hujah yang dikemukakan, bukan sokongan yang
dipaksa dengan cota, gas pemedih mata dan air kimia.
“Iklim politik baru mesti dibina segera oleh kedua-dua parti komponen
besar negara iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Politik
berteraskan hujah dan hikmah. Bukan politik tangkap dan belasah.
“Sebaliknya jua ke arah politik rasional, lapang dada dan kasih
sayang tanpa permusuhan dan kebencian sesama agama dan bangsa yang
ditanam melalui provokasi dan doktrinisasi yang negatif,” katanya.
No comments:
Post a Comment