May 11, 2012
Apa pasal kita menibai Umno? Jawapannya sama seperti
mengapa Umno menibai parti lawannya. Kita membantai Umno sebab Umno jadi
penghadang kepada pencapaian demokrasi untuk rakyat. Umno pula menibai
parti lawan, kerana meraka menghalang jalan untuknya mendapat kuasa
mutlak atau fascism.
Umno mewakili system demokrasi totalitarian. Rakyat mahukan demokrasi
penyertaan dimana mereka menjadi equal stakeholders dalam menentukan
masa depan negara. Jadi “demokrasi” yang disokong dan didukung oleh Umno
bertentangan dengan demokrasi yang rakyat mahukan.
Umno bercakap mengenai demokrasi yang maksudnya, tidak sama dengan
demokrasi yang di fahami oleh rakyat. Cara mencapai demokrasi kita
berbeza- Umno menggunakan cara fascis , rakyat mahukan cara penyertaan
bersama.
Kita semua tahu akan bahaya jika kuasa di monopoli oleh satu orang
atau oleh kumpulan yang kecil. Hari ini peneroka Felda di haramjadahkan.
Esok semua rakyat akan di perlakukan serupa. Sebutan dan pengucapan itu
datang dari orang yang gila- gila kuasa. Hanya orang yang gila kuasa
sahaja yang megeluarkan kata2 kesat sedemikian rupa. Kita yang mewakili
rakyat bukan gila kuasa, tapi kita mahu ambil kuasa dari orang gila.
Orang yang tahu Najib Razak yang sebenar tidak akan hairan dengan
pengucapan istilah-istilah dari usus-usus busuk perbendaharaan katanya.
Kalau di Pekan, istilah bangsat dan papa kedana sering di ucapkan. Nak
jaga diri sendiri tak boleh, nak melawan saya pernah di halakan kepada
lawan politiknya. Jadi istilah haramjadah bukan suatu yang luar biasa
yang datang dari seorang haramjadah politik.
Setahun yang lalu saya seringkali bertemu dan bertukar fikiran
mengenai isu-isu politik dengan seorang ahli politik veteran. Beliau
yang berasal dari Malaysia Timur mempunyai pandangan politik yang telah
terbentuk oleh pengalaman pratikal dalam gelanggang politik. Sebagai
veteran politik yang bergerak bersama Umno , saya merasakan
pengalamannya amat berharga untuk di gunakan supaya kita faham
realpolitik negara ini.
Apa yang paling menarik ialah prognosisnya keatas politik Malaysia
dan kedudukan Umno. Konklusi yang dia sampai ialah oleh kerana Umno itu
pendukong kepada nilai-nilai politik TOTALITARIAN, maka Umno sebetulnya
bertentangan dengan nilai politik rakyat.
Rakyat mahukan demokrasi penyertaan atau participative democracy
manakala Umno mahukan hegemonic democracy. Bila Umno bercakap mengenai
perpaduan misalnya, apa yang sebenarnya yang ia maksudkan ialah
perpaduan dibawah KETUANANnya. Sedangkan rakyat mahukan dan lebih
memuliakan perpaduan matlamat( unity in purpose).
Dan bila berlaku pertembungan antara pertubuhan politik seperti Umno
dengan rakyat, rakyat akan menang. Seperti juga mana mana pemerintahan
di dunia ini, Umno juga tertakluk kepada regime change yang di bawa oleh
rakyat.
Sebab itu, seringkali saya cakap, kuasa pemerintahan bersifat TOL
atau LPS- Lesen Pendudukan Sementara. Kamu berada di sana, sementara
rakyat haramjadah ini menyokong kamu. Apakala rakyat menolak kamu, maka
kamu lah yang jadi haramjadah.
Saya suka pandangannya, kerana kami sama sama mempercayai bahawa
dasar-dasar yang di bawa oleh Umno hari ini, terutama sejak tahun 1988
adalah dasar yang meruntuhkan negara.
PRU-13 nanti akan menyaksikan pertembungan antara pendukong dan
penyokong demokrasi( rakyat) dengan penyokong dan pendukong system
politik totalitarian atau fascism. Rakyat bertembung dengan system
politik yang di pertahankan oleh Umno.
Apa yang di wakili oleh Umno sebetulnya? Ia mewakili kepentingan
golongan elit dan kroni. Ia mewakili konsentrasi kuasa dalam tangan
segelintir mereka yang terpilih. Ia mewakili system pemerintahan dari
atas ke bawah.
Slogan Najib bahawa zaman dimana kerajaan tahu yang terbaik sudah
berakhir, adalah omongan kosong seorang kaki kelentongan. Golongan
terpilih menentukan apa yang baik atau tidak baik untuk rakyat. Umno
mewakili system yang mendahulukan faedah untuk golongan elit, selebihnya
barulah untuk rakyat.
Siapa yang menyokong Umno hari ini? yang menyokong Umno ialah yang
suka kepada Totalitarian regime. Ketuanan itu dan ini dan perhambaan itu
dan ini. penyokong system totalitarian yang suka autokrasi, mereka yang
cenderung kepada kediktatoran, pemerintah kuku besi, komunis. Jadi Umno
yang sukakan konsentrasi atau pemusatan kuasa dalam tangannya sahaja,
hampir sama dengan komunis.
Kenapa mereka suka jadi kuku besi dan konsentrasi kuasa dalam tangan
mereka? Bukan hanya boleh mengharam-jadahkan rakyat tapi kerana kuasa
untuk kaut nikmat untuk diri , keluarga dan kroni. Ini yang Umno telah
jadi hari ini.
Itulah sebabnya, Umno mahu meramaikan ahli dan anggota parti. Sebab
ia mahu kekal terus berkuasa sebagai rejim totalitarian. Jika anggota
parti ramai, walaupun anggota tidak tahu apa-apa dan jahil, mereka akan
terus menyokong Umno.
Umno yang ada hari ini bukan lagi Umno yang di bentuk oleh pemimpin negarawan sebelum Umno asal di haramkan dalam tahun 1987.
No comments:
Post a Comment