KUALA LUMPUR 20 Mac: Rakan karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Razak Baginda adalah saksi penting untuk membantu perbicaraan terbuka skandal rasuah Scorpene di mahkamah Perancis.
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata
beliau percaya Razak Baginda akan dipanggil untuk memberi keterangan
apabila mahkamah Perancis memulakan siasatan ke atas skandal Scorpene
kelak.
“Razak adalah saksi yang sangat penting kerana terlibat langsung
dalam urusan pembelian,” kata Cynthia ketika dihubungi KeadilanDaily,
19 Mac lalu.
Nama Razak Baginda dibangkitkan di Parlimen pada 2002 berhubung
rundingan pembelian Scorpene dalam satu perjanjian bernilai USD 800
juta.
Urus niaga dibuat melalui Perimekar untuk membeli dua Scorpene dan
satu kapal selam terpakai, Agosta hasil usahasama kerajaan
Perancis-Sepanyol.
Perimekar memiliki subsidiari iaitu Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda.
Bercakap lanjut, Cynthia juga percaya keluarga Altantuya dipanggil ke mahkamah Perancis untuk memberi keterangan.
“Keluarga Altantuya akan dipanggil kerana mendiang adalah penterjemah urus niaga itu,” katanya.
Sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmaa pernah tampil di Mahkamah Shah
Alam dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya bermula 4 Jun 2007 dan
berakhir 9 April 2009.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28405
No comments:
Post a Comment