KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Seorang pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor mempersoalkan tindakan pemansuhan kedudukan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tanpa melalui proses perundangan, yakni tanpa membuat persidangan Dun bagi membawa usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar atau tanpa diputuskan mahkamah diragui tahap kesahihannya.
"Selain itu, sebelum pelantikan Dato' Dr Zamry, Nizar pernah memohon pembubaran Dun kepada Sultan Perak. Meskipun baginda mempunyai kuasa budi bicara, namun kuasa beliau sebagai Sultan juga adalah kuasa rasmi dan simbolik yakni beliau bertindak atas nasihat Menteri Besar," katanya lagi.
Oleh itu, di sini timbul satu isu kesamaran kuasa yang perlu diperjelaskan oleh pihak mahkamah, kata beliau kepada Harakahdaily.
Selain itu, ditanya mengenai keabsahan pelantikan Menteri Besar Perak yang berada dalam kemelut, beliau berpendapat terdapat beberapa persoalan berbangkit yang berkaitan dengan masalah perundangan.
"Persoalan lain, adakah peralihan sokongan atau keluar parti dua Adun KeADILan kepada BN adalah sah?
"Ini berikutan telah ada peraturan di dalam KeADILan yakni jika terdapat ahli meletakkan jawatan atau keluar parti semasa menjadi ahli badan perundangan, individu itu mestilah meletakkan jawatan perundangan tersebut. Namun, adakah peraturan ini (secara lisan atau tidak) terpakai dan boleh dikuatkuasakan?" tegasnya.
"Selepas segala kesamar-samaran status perundangan dan kuasa yang dibangkitkan, adakah perlantikan Dr Zambry dari BN sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultannya adalah sah?
"Selagi isu-isu atau persoalan undang-undang ini yang tidak diselesaikan oleh pihak yang berwajib, khasnya mahkamah, legitimasi kerajaan baru boleh dipertikaikan dari pelbagai sudut (khasnya dari sudut undang-undang dan struktur politik)," ujar Nazri lagi.
Ini kerana katanya, keadaan tersebut boleh menyebabkan ketidakstabilan politik di Perak menjadi bertambah serius. Katanya lagi, meskipun BN kini tidak lagi hegemonik, tetapi ianya dilihat masih dominan dan berkuasa.
"Dengan kekuasaan ini, jika dilakukan secara strategik dan bijaksana, BN mampu mengukuh kembali kedudukan, melambat-lambatkan perubahan atau menghapuskan penentangan walaupun keadaan-keadaan ini tidaklah eksklusif. Namun jika tersilap langkah, strategi yang dilakukan boleh memakan diri," katanya.
Hal ini tambah beliau, bergantung kepada kematangan politik masyarakat Malaysia akhir-akhir ini. Justeru ujarnya, apa yang ditetapkan melalui institusi negara, tidak semestinya menghasilkan kepatuhan atau kepercayaan masyarakatnya.
"Tetapi dalam masa terdekat ia mungkin boleh menafikan realiti sebenar yakni dengan menolak gelombang perubahan, namun pada masa 'near future' ia mungkin melakarkan impak yang sebaliknya," ujarnya lagi.
Oleh yang demikian Nazri mengharapkan tindakan lompat parti di kalangan ahli politik tidak menjadi budaya pemimpin Malaysia kerana ia akan menggugat kestabilan politik negara dan menafikan hasrat serta mandat pengundi yang telah diberikan semasa pilihan raya.
"Biarlah proses yang paling demokratik yakni pilihan raya, yang menentukan siapa yang berhak untuk menduduki jawatan dalam pemerintahan. Ataupun jika timbul pertikaian diselesaikan dalam mahkamah yang bebas," katanya.
Harakah
12/02/09

No comments:
Post a Comment