Pemimpin Umno BN Keterlaluan

Tindakan para pemimpin Umno BN itu, menurut beliau, amat keterlaluan kerana untuk mengekalkan kuasa mereka sanggup melakukan apa sahaja terasuk penipuan dan mengabaikan kepentingan rakyat di tanah air sediri.

“Terbaru, mereka juga sanggup membuat dan menayangkan video lucah kepada golongan tertentu yang mengaitkannya pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak sedarkah mereka dengan bahaya fitnah yang dibuat oleh mereka itu. Pada hal dalam Islam fitnah itu ditegah oleh Allah dan bahayanya amat besar,” kata Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib.

Antara bahaya fitnah, katanya, ia akan menyebabkan seseorang itu terkena dosa khazah, merrosakkan diri sendiri, masyarakat dan negara.

“Orang yang membuat dan menyebarkan fitnah juga perlu sedar, jika hari ini dia membuat fitnah kepada seseorang, suatu hari nanti fitnah yang dibuatnya itu akan turut menimpa dirinya sendiri pula,” tegasnya.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar berfikir lebih jauh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN dan tidak lagi memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah negara dalam PRU Ke-13 akan datang.

Selain itu, katanya Umno atau BN difahamkan telah meluluskan kemasukan 90,000 pekerja asing ke negara ini yang akan berperanan sebagai pengundi bagi pihak parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Selain PRU, mereka juga didakwa akan turut dipergunakan oleh Umno BN dalam siri pilihan raya kecil dari semasa ke semasa untuk menghadapi Pakatan Rakyat bagii membolehkan mereka menempa kejayaan.

Ketika mendedahkan perkara itu berkata, daripada angka itu, 45,000 orang didatangkan dari India manakala selebihnya dari negara-negara lain termasuk Myanmar.

Menurut beliau, pekerja dari Myanmar kini kebanyakannya tinggal di Langkawi dan bekerja sebagai nelayan sehingga menyebabkan nelayan-nelayan tempatan di Langkawi mengalami kerumitan untuk menangkap ikan akibat persaingan daripada mereka.

Kata, keadan itu terjadi kerana mereka sendiri yang lebih berkuasa dalam aktiviti menangkap ikan berbanding nerlayan tempatan kerana dibantu dan disokong sepenuhnya oleh para pemimpin Umno.

“Peliknya pula mereka juga sanggup membawa masuk pekerja dari India sedangkan orang-orang India yang dah ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada kerja.

“Selain itu, mereka sanggup membantu pekerja-pekerja India dari India dalam segala segi sedangkan orang-orang India yang ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada rumah,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

23
Mar

Kenyataan Media Mustaffa Kamil Ayub Presiden MAP

23 MAC 2011

Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) Mengenai Isu Video Seks Membabitkan
Nama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) kesal dengan tindakan pihak yang menayangkan video seks membabitkan nama DSAI kepada pihak wakil-wakil media. Apakah motif sebenarnya tindakan tersebut? MAP berpandangan ia sewajarnya diadukan kepada pihak polis bagi tindakan pengadilan yang sewajarnya.

MAP juga mempersoalkan mengapa video yang boleh dianggap sebagai video lucah ditayangkan kepada umum disebuah tempat awam, tanpa tindakan tegas pihak Kerajaan Persekutuan. Sikap membiarkan sahaja penayangan tersebut amat disangsikan motifnya.

MAP berpandangan, pengendalian kes ini wajarlah dibuat dengan berhemah kerana ia membabitkan pendedahan terhadap generasi muda. Para ulama juga sewajarnya menasihati pihak yang terbabit dalam pengendalian kes seumpama ini.

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Presiden
Memacu Arus Perjuangan (MAP)

No comments: