Anwar selar tindakan polis tahan pakai baju kuning

June 26, 2011

Terbaru, lima anggota AMK Kapar ditahan polis sewaktu bersiar-siar di pusat membeli belah Klang Parade petang tadi, dengan memakai t-shirt Bersih.

KUBANG PASU: Tindakan keras polis yang menahan rakyat dari memakai baju kuning termasuk t-shirt Bersih 2.0, membuktikan kezaliman Umno yang memperalatkan pihak berkuasa itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Umno Barisan Nasional (BN) sepatutnya tidak takut himpunan Bersih 9 Julai ini kerana ia merupakan himpunan aman menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya.

“Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan,” kata ketua umum PKR di sini semalam lapor keadilandaily.

Ketua pembangkang di parlimen itu mengulas tindakan polis yang giat menangkap orang ramai yang memakai t-shirt Bersih 2.0.

Sebelum itu beliau merasmikan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam dan Pejabat PKR Cabang Kubang Pasu..

Ditahan di Klang Parade

Terbaru, lima anggota AMK Kapar ditahan polis sewaktu bersiar-siar di pusat membeli belah Klang Parade petang tadi, dengan memakai t-shirt Bersih. Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Zainuddin pula ditahan malam semalam atas ‘kesalahan’ sama.

KeadilanDaily juga difahamkan, kira-kira 30 orang ditahan di balai polis Kepala Batas atas perbuatan itu – berdasarkan catatan twitter.

Mengulas lanjut, Anwar menyifatkan tindakan polis merampas t-shirt Bersih 2.0 itu sebagai bukti keganasan dan kezaliman berterusan pimpinan Umno BN.

“Di Malaysia ini, betapa ganas dan zalimnya pimpinan Umno. Sampai kita pakai baju kuning jual baju Bersih pun dianggap kesalahan,” katanya.

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google