Kami menganggarkan demonstrasi pada hari ni dianggotai lebih kurang 20,000 peserta - terdiri daripada 13,000 di Dataran Merdeka - Maybank, 5,000 di KLCC dan bakinya di KL Sentral. Bilangan penyerta boleh dikatakan sebagai ramai, kerana pihak polis telah melancarkan operarsi yg paling ketat dalam sejarah tanah air termasuk menangkap anggota sindiket Bersih, mewujdukan roadblok di lebuhraya, mengawal pintu masuk di stesen bas dan keretapi, mengadakan operasi pencegahan di hotel, menutup jalan raya utama dan melarang rakyat dari memakai baju kemeja berwarna kuning.
Kita boleh juga menganggap sekiranya perhimpunan Bersih tidak diharamkan, tidak mustahil 200 - 300 ribu orang bakal turut berserta dalam demonstrasi tersebut..
Maka, dengan itu Kerajaan melalui pihak media perdana dan pihak media bloggers banjingan gagal dalam kempen propaganda mereka yg cuba memberi persepsi Bersih sebagai haram, jijik, kotor, anti-ugama dan sebagainya.
Kami percaya ini disebabkan kerana pengamal media dari pihak kerajaan, tak kira media perdana mahupun pihak bloggers lemah, dayus dan jenis yg termakan dengan propaganda sendiri. Strategi mereka boleh dirumuskan dengan dua perkataan - Anwar dan Ambiga . Pendekataan memburukkan individu sukar untuk diterima oleh orang ramai kerana rakyat sudah sedar bahawa ramai dikalangan bloggers kerajaan jenis yg suka melakukan maksiat dan kerap meneguk arak.. Lagipun, kebanyakkan cerita mereka berkenaan wujudnya konspirasi yg didalangi oleh CIA, Mossad, IMF dan Bank Dunia dilihat sebagai menunjukkan tahap mental yg terlalu mentah.
Ekoran dari kegagalan kerajaan menangani isu Berish, kita menjangkakann kerajaan kehilangan 4-8 % sokongan dari golongan belia dan khususnya kaum wanita. Anggaran ni boleh dikatakan sebagai anggaran optimistik. Ianya mungkin lebih teruk lagi, mungkin juga lebih dari 10% di kawasan kawasan bandar dimana semangat anti kerajaan semakin memuncak.
Penaung FLOM |
Bukan kerana kerajaan takut terjadinya kes Tahrih Square seperti di Mesir. Bukan kerana kerajaan takut demonstrasi akan menjejaskan industri perlancongan, kraf tangan dan industri restoran mamak.
Ianya sebab pucuk pimpianan takut akan "signal" yg bakal diterjemah oleh masyarakat khusunya kaum kerabat UMNO.
Maka oleh kerana Dato Seri Najib GAGAL menggagalkan demonstrasi Bersih 2.0, dia bakal berdepan dengan situasi sama yg menimpa Pak Lah. Kuasa, imej dan prestij Pak Lah tercalar akibat demonstrasi Berish 1.0 dan Hindraf Versi 1. Akhirnya Pak Lah terpaksa meletak jawatan dan diganti dengan Timbalannya. Saya rasa pekara tersebut akan menjadi tradisi baru bagi pemegang jawatan Presiden parti United Malays National Organization (AMENO)..
YB Tuan Presiden Perkasa |
Setiausaha Perkasa |
Lebih teruk lagi, portal portal pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysia Insider dan Malaysia Today sudahpun memperli ketidak hadiraan YTM YAB Yang Berhormat Tuan Presiden Perkasa di Taman Titiwangsa - iaitu tempat dimana berjuta juta ahli Perkasa diberi arahan untuk "bersiar-siar". Mereka telah "memusingkan" cerita kononnya Ibrahim Ali termakan nasihat yg dia pernah keluarkan kepada pengundi Cina dan tidak meninggalkan rumahnya.
Ini bakal menyebabkan imej pertubuhan Perkasa jatuh menjunam di khalayak umum. Sewaktu pihak Perkasa dan kerajaan tergopoh gapah dalam menangani isu Bersih Pemuda UMNO pula tidak gentar menghadapi risiko dan terus memberi saingan hebat kepada pembangkang .
Namun demikian semangat dan wira perkasa tetap tertayang pada tengah hari Sabtu apabila Ketua Pemuda UMNO, YAB Tn. Hj. Khairy Jamaluddin bertekad meneruskan perhimpunan Patriot walaupun bakal berdepan dengan meriam gas dan belantan. Ramai yg menyangka KJ tidak akan berani meneruskan hasratnya tetapi terkejut apabila bukan sahaja KJ turun mengambil bahagian malah berada di barisan depan. Dia tidak gentar walaupun bom bom asap meletup di kiri kanan dan terus mara ke depan sehingga tidak lagi bermaya menahan kepulan asap toksik .
Walaupun KJ ditangkap, ramai cukup menghormati kejantanan KJ dalam hal ni. Kita percaya ekoran dari insiden ni KJ bakal mendapat lonjakkan sokongan dari kesemua pihak dan sekali gus membuktikan bahawa dia berupaya menjadi pemimpin yg disegani ramai.
No comments:
Post a Comment