“Apa guna parti besar tetapi tidak bersatu padu. MCA mesti bersedia menghadapi pilihan raya,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung MCA hari ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata, MCA merupakan komponen terpenting kepada BN.
Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, MCA akan menjadi penentu kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, apa makna kepada BN jika MCA berpecah belah.
“Ada team A, ada Team dan mungkin Team C.
“Apa guna parti besar tetapi tidak bersatu padu. MCA mesti bersedia menghadapi pilihan raya,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke 58 hari ini.
Bagaimanapun, kata Najib yang juga Pengerusi BN berkata sudah isyarat bahawa MCA sudah menjadi semakin kuat.
Menurut perdana menteri, parti yang takut berubah akan menjadi tidak relevan.
“Jadi jangan takut kepada perubahan,” tegasnya.
Najib juga memberitahu perwakilan MCA bahawa beliau mendengar suara rakyat kaum Cina.
Sindir Pakatan Rakyat
Dalam ucapan kia-kira 30 minit beliau juga mengumumkan beliau tidak menentang jika Kolej Tuanku Abdul Rahman (KTAR) mahu menaiktaraf menjadi sebuah universiti.
“Saya pengerusi BN dan presiden Umno…MCA keluarga BN,“ katanya.
Najib juga secara berseloroh mnyindir beberapa Pakatan Rakyat yang mahu menjadi kerajaan pusat.
Pakatan Rakyat katanya bukan sahaja tidak menamakan siapa perdana menteri mereka tetapi juga kabinet bayangan.
“Apa jawatan Mat Sabu? Adakah jawatan menteri pelajaran?
“Dia timbalan presiden parti yang besar takkan jawatan yang rendah.
“Apa pula jawatan untuk Lim Kit Siang ? Perdana Menteri? Timbalan Perdana Menteri?” tanya Perdana Menteri disambut ketawa oleh perwakilan.
No comments:
Post a Comment