Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyiarkan dalam Facebook polis
Kuala Lumpur rakaman gambar anggota polis yang didakwa telah mengkasari
orang awam serta wartawan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.
Dalam
kenyataan yang turut disiarkan dalam Facebook tersebut, Ketua Polis
Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menyeru orang ramai supaya tampil
memberi kerjasama dan bukti.
“Melalui rakaman gambar-gambar ini, saya mengambil kesempatan ini
untuk menyeru mana-mana juga orang ramai yang berada di sekitar tempat
kejadian, khususnya terhadap mereka yang menyaksikan kejadian itu,
tampil memberi kerjasama, serta bukti-bukti yang ada untuk keterangan
mereka direkodkan oleh pegawai penyiasat berdasarkan kepada prosedur
undang-undang negara ini,” katanya.
Bagaimanapun,
pihak polis nampaknya hanya berminat dengan satu insiden yang berlaku
di sepanjang Jalan Tun Perak di mana ia hanya menunjukkan pergelutan
yang berlaku di hadapan cawangan bank OCBC di situ.
Banyak lagi gambar atau klip video yang menggambarkan kekejaman polis
semasa BERSIH 3.0 yang telah dimuat-naik di Internet oleh para saksi,
tidak disebut.
Selain itu, Facebook itu juga turut menyiarkan sejumlah 42 keping
lagi gambar hasil daripada penelitian terhadap gambar-gambar yang telah
dirakam oleh media dan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan
di sekitar Bandaraya KualaLumpur ke Dataran Merdeka pada 28 April
lalu.
“Di samping itu, turut diedarkan adalah gambar-gambar yang
mengandungi aksi-aksi deretan peserta perhimpunan yang telah merempuh kawalan polis di suatu lokasi yang berhampiran dengan Dataran Merdeka.
mengandungi aksi-aksi deretan peserta perhimpunan yang telah merempuh kawalan polis di suatu lokasi yang berhampiran dengan Dataran Merdeka.
“Rempuhan
ini menunjukkan peserta perhimpunan mempunyai hasrat menuju ke Dataran
Merdeka yang dikawal oleh polis dan pihak Bandaraya Kuala Lumpur,” kata
Mohmad.
Bagaimanapun, gambar-gambar yang ditunjukkan itu sepadan dengan
gambar Malaysiakini di mana peserta memecahkan benteng polis di hadapan KLCC, di sudut Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee, kira-kira 5 kilometer dari Dataran.
gambar Malaysiakini di mana peserta memecahkan benteng polis di hadapan KLCC, di sudut Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee, kira-kira 5 kilometer dari Dataran.
Mohmad menyeru orang ramai yang mengenali pihak atau kepada individu
dalam gambar tersebut supaya tampil memberi maklumat kepada mana-mana
pegawai polis, balai polis atau berhubung terus dengan ASP Azmi Aziz,
pegawai jabatan siasatan jenayah D7A ibupejabat polis Kuala Lumpur
melalui emel azmiaziz@rmp.gov.my atau telefon 019-2602344 dan
019-3872344.
Sementara itu, dalam satu lagi kenyataan Mohmad berkata berikutan
penyiaran gambar mereka yang terlibat, hanya seorang yang tampil setakat
ini untuk membantu siasatan.
Katanya, lelaki berkenaan yang berumur 39 tahun, datang sendiri ke
ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur pada jam 3 petang tadi.
“Sementara itu, seorang siswa berumur 22 tahun telah berjanji akan serah diri bersama peguamnya pagi esok,” katanya.
No comments:
Post a Comment