Anwar Ibrahim: Mengapa Saya Bersungguh-sungguh Mahu Merebut Putarajaya?

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.

Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.


Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-

1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!

- Dato' Seri Anwar Ibrahim

38 comments:

Anonymous said...

Lawak..lawak

Uncle Joess said...

Sedih sgt. Inilah kehebatan Anwar. Sesiapa saja akan terpedaya dgn olahan cerita ini. Inilah cerita rekaan yg amat mengujakan serta melankolik. Jika kit a lemah maka kit a terpedaya. Lidah dan akal Anwar lebih tajam dari pecahan kaca.

ukhwahislamm said...

Engko la yg bodo...balaciiii UMno....

Malu said...

aku xmau komen ape2..xkira lar ko bn ke pkr ke hape ke..aku xamik kesah..slah ke x ke aku xbley judge..dnia nie dh akhir zaman..dh tenat ade org2 mcm korang nie..yg ska b'telagah sesama islam..serius lar aku malu bca tiap komen korang kt mane2 blog pown..kita islam jgn b'telagah..ko bn ko pkr ko hape ke kt akhirat nnt jwb lar ngn sikap mcm nie..malu lar bngsa laen tgk..b'telagah mcm nie lar bngsa laen tgk n ketawa..korang bodo ke hape..bka minda ckit..ingt akhir zaman tu pasti..dh mkin hampir..sape btol sape slah x yah amik taw..lantak dieorng..politik nie smua xgna..baek najib baek anuar baek ape ke smua xgna..p'nipuan b'leluasa..ingt Allah..

Anonymous said...

ingat pada yang satu,dan percya hanya padaNya Allah yang menentukan baik seseorang manusia itu sendiri

Anonymous said...

saya sokong apa yang awak ktakn

mesin absensi sidik jari said...

hehe

Anonymous said...

Kpa mereka yg tak mahu memilih seterusnya menyokong mana2 pihak yg benar dgn alasan tak mau ikut campor JGN INGAT DAH SELAMAT...sbb kita dlm tempoh akhir zaman yg akan keluar Dajjal yg juga seorg pemimpin yg mangajak manusia akur dan taat padanya..klu tiada iman mcmn nak kenal Dajjal sbb dia akan bagi keseronokan duniawi...klu musim kemarau..dia akan tukar menjadi subur dgn syarat jadi pengikutnya...nak tanya ckit pernah ke dsai bagi kesoronokan duniawi pd kita...cth dia bagi duit berjuta2... Sy rasa dsai ni pun sengsara keluar masuk penjara...camner dia nak bagi keseronokan dunia? ???

Anonymous said...

Ape anwar ckp nampak betul tp kebenaran dia tuhan je yang tahu..

Anonymous said...

Semoga tuhan membuka hati anda yg itam....menerima akal org lain yg lebih bijak drpd akal anda yg pendek...semoga tuhan ampun kan dosa anda..

bridgeman said...

Iman bukan nye boleh diperolehi dengan memilih pemimpin seperti mereka berdua ni., baik najib mahu pun anwar.. Sudah terang lagi bersuluh siapapun yang ingin memegang induk pentadbiran malaysia ini tiada satu pun niat untuk kepentingan negara.. Masing masing cuma mahukan kuasa.. Maklumlah.. Akhir zaman.. Dari artikel anwar sendiri sudah cukup menjelaskan dia gila kuasa, sebagai contoh tajuk artikel Mengapa dia inginkan putrajaya tapi intipati cerita jauh menyimpang.. Lebih kepada meminta simpati rakyat.. Najib pun lebih kurang x betul jugak.. X habis2 1malaysia.. Sebelum program 1 malaysia ni pun orang malaysia dah hidup bersama dah pun walaupun ada suka dan duka kita tempuhi.. Dia saje je nak kan publisiti.. Kesimpulan saya 1) tidak kira siapa pun kita pilih sekarang ni.. X ada yang betul pun (suprise).. 2) politik dan agama ibarat air dan minyak.. X boleh disamakan PADA ZAMAN SEKARANG INI.. 3) kedatangan Al masih dajjal hanyalah hanya bidang kuasa allah.. Kita sebagai manusia x perlulah melebih lebih.. Sekian

Unknown said...

Merebut Putra Jaya memang setidaknya menjadi target awal pencapaian politik. Tetapi apakah mungkin dapat berhasil menguasai Putra Jaya sementara di dalam perjalanan justru disibukan oleh pembunuhan karakter yg tertuju kepada anda pak Anwar..?
Islam tidak pernah lepas dari politik.
Menilik dari contoh Rasul SAW bahwa setiap hari jumlah pengikutnya selalu bertambah. Namun yg saya lihat ( boleh jadi saya salah ) ini belum tercapai paďa diri pak Anwar sebagai politikus. Setelah sekian lama, pendukung setia bapak dan\atau partai masih dalam jumlah yg kurang lebih statis.
Menarik bagi saya, kira2 faktor kendala apa saja yg menyulitkan bapak untuk mendapatkan kepercayaan dari mayoritas rakyat Malaysia..?
Fokus berjuang bro....

Anonymous said...

may Allah bless u sir.

Anonymous said...

la illaha illa anta subnaka inni kuntu minazzalimin.

smoge islam dpat ditegakkan di bumi Malaysia ini.amin.

Anonymous said...

X ksh apa saudra anuar nak hjh nak tny blh mn p jam omega tu tlg jlskan pd rakyat klu y a brjw rakyat

Anonymous said...

Aku meluat dgn org2 berpolitik ni sb dp bl dok djwtn smua ok bt slh pun betul aje..sb poket dah brisi tp bl dah x jwtn ml cr kesalahan untk tunjuk dialah hero mlys..aku nak thu spnjg anwar jd tpm apa yg org mlyu dpt.....sp hr ni pun org2 mlyu msh dblkng kaum lain..yg aku nmpk hny perbalahan org2 mlyu..smp bl nak berbalah ..hny soal hudud soal perlembagaan x terfkrkah brp rmi ank2 mlyu yg terjebak dgn dadah dan berbgi aktiviti x sht..apakah dgn hudud sj br org2 mlyu blh baik..sdngkn berbgi undang2 ada dmlys ni..pucuk pangkalnya x brgntung pd hudud tp pd kerohanian sebuah klrg itu..keretakan klrg itulah sbnya knp brlaku aktiviti tdk sht..sebgi pemimpin rkyt seharusnya mncri jln bgaimn naknylmt org2 mlyu akn dtng..ini x hny fkr putra jy apa yg ada dstu klu rkyt x sokong..jgn smp tnh mlyu tnggl tnh ..mlyunya enth kemn..merempat dtnh sndri sdahnya

..





Anonymous said...

Sp brni mntng hukum hudud prsoalan aku pd dp yg bria2 sngt nak bt hdud dah brsdiakah blum jgn sp hukumnya kmn hdud jd bhn lwk kaum lain contoh rmi pngh tgr org mlyu nak dhkm tang mn dp ni ..mat rmpit jg rmi org mlyu jd nak hkm tang mn ..kat kakikah atu tngn sb anggta ni yg main pranan..yg mncri ptng tngn mk rmilah ank mly yg kudung yg brdst dan brbohong rmi ank mly yg bisu bl ldhnnya dkrt..akhirnya x trcpi hdud itu sndri..sb itulah kt org mly kn kmskan dri dlu dsetiap segi ilmu taraf hdp dan keagamaan jgn trburu2 nt melayu jd bhn ejekn dan lawak bg mrk yg memusihi islam..


Anonymous said...

Dulu sbt aje penang ..aku ank melayu penang bkn main gah lg ..tp la ni sbt ank penang org kt melayu pening..pasai mlyu penang dah kn halau dek org cina..sbt aje cna penang org melyu penang dah x ujud d tnh nenek moyang dp lg..seolh2 penang mlk cina..itu br stu ngri blm lg bbrp ngri klu bnyk ngri dp nt kt kat org mlyu ini cina punya lu mlyu pigi mampus..jd pikir2lah apa jd..sjrh tlh membuktikn ngr palestin pun yahudi blh rmps x msythl mlysa pun drmps mrk..sb apa krn mlyu x brstu lg..satu puak mnyerang puak yg sm bngs dan agm..dp lntng pd puak sndri tp lmh pd puak kfr..itulah mly dulu dan mly skrng..pd era thn 60an kaum lain tkt untk brsuara tp skrng puak kt yg lbh brsra mewakili dp kununnya kt x adil pd kaum lain lpkah dp kt yg murah ht mbri penepatan hngga kehri ni..aku pji ngr brunai st ngri satu bmgsa satu agm sb itulah brunai awl2 lg klr dr mlys sb dp dah nmpk apa yg akn brlku keats tnh mly..mly yg dah lmh dan x dhrmti lg olh kaum lain..krn ada mly yg hny memikir kekuasaan tp dtrajui olh kaum lain..x maknanya bmi ni mlk mly sdngkn mlyunya sengsara dtnh tmph drhnya..

















Anonymous said...

Agreed with you! Biarlah Malaysia go down. Then everyone will wake up. But too late lah! Ha. Ha.

Anonymous said...

Ayuh melayu bngn jgn tdr lg...ush dbuai mimpi ..hadapi realiti ..jgn brtlgh lg brastu dan brstulah melayu..jg maruah jg bangsa jg
agm..jg ngra..itulah melayu sjati...lpkn sengkta lm bk lmbrn br..melayu bru..melayu yg semangt yg kuat yg spakt..buktikn kt mly x mti msh hdp spnjang zmn.


Anonymous said...

Nsi jd bubur tln ajelah..dlu lg kt dah lmh nak merdeka pun brsyarat dr inggeris..msti dnmkn dgn 2 lg bngsa yg ada dtnh mlyu
Hingga kehri ni pun nak melksnkn hudud pun mesti brsyarat dgn kaum lain..memanglah kt sk meminta simpati dr org lain..oleh itu seribu thn pun melayu xkan brubah..sy lht sndri daceh slps dlnda tsunami mrk trus melksnkn hudud wlupun ngrinya ada brpa kaum cina yg menetp dstu mrk daceh tkt pd allah bkn kaum trtentu tp kt d mlys melaungkn allah hu akhbr utk bt hudud nmn mt prsetujuan lain2 kaum..memang kt lmh...kt hny tkt pd perpaduan kaum tdk pd allah ..itulah kt.




Anonymous said...

Melayu oh melayu..lpkah kau pd sjrh kt djajah oleh beberapa bangsa ddunia ini..melayu x bek iktibar dr sjrh dmn nenek moyang kt dtindas dlu..semangat juang mrk dlu sngt tinggi brjuang demi bngs agm dan ngr..kni x nmpk lg pjuang2 melayu yg iklas jujur dan stia..yg ada skrng hny boneka 2 yg hny brlakun mencpt nm untk dpja dan dpji..
ada yg snggup mnyebut ank2 mly yg br lhr blh memilih agmnya sndri..apakah dia jahil apa kt klu ia melhrkn ank dan ank itu memilih agm yg bkn islm adakah ia akn sk dan gmbra..lht sj dngr jrn kt indonesia..satu klrg bp islm mak kristian ank2 ada yg islm budha hindu kristian..bak kt p.ramli klrg caca merba klrg tngng trblk klrg 69..gmknya itu yg dia mh kat mlys ni..astga..mrk dah x modai utk dprjuangkn mk dtglah teori karut mgrut mrk utk djdikn bhn ktw pd mrk yg fhm ..mn pjuangnya ..pjuang yg bdh lg bhlol bnyk skrng ni..astgaaa






Anonymous said...

Hr ni aku ingn brbcra tdk mgnai politik tp mgnai batin..insaflah dan lht keliling kt adalah cnth yg baik utk drenungkn..adakh kt slu brsyukur dgn apa yg kt ada..hdp sdrhn dan dbrkti allah..megejar dunia lp utk brsyukur hny mh nafsu mncpi cita2..oleh itu bnyk2lah brsyukur ..mrilah dr skrng kt brsyukur dgn khdupn ini ..Amin

Anonymous said...

Aku hairan tok imam2 yg ada skrng ni..khutbah jmt br ni msh lg mbc tek2 yg brbau politik..apakah msjd itu tmpt untk brpolitik bknkah ia rmh allah..x fhm dgn org kt asyik nak brtlgh sesm sndri..klu tek dbc utk mntng org2 kfr memng btl tmptny ini tdk ssm islam ..mngji tnggi mlngit tp akai x..

Anonymous said...

Lagi timbul krisis air dselangor..sb krjan ngri dan krjan pusat msing2 x mau mglh..ksian org2 selangor kebulur nak dpt air itulah cnth klu sbuah kpl dkmudi olh dua captain apa jd mk krmlah kpl itu..km brsyukur ngri km di terajui olh satu captain yani captain muhkriz mahathir..syabas captain..

Anonymous said...

Syabas kpd general penjra krn tdk meluluskan prmhonan itu..prison its prison klu dah blh bebas kmn aje bknlah pnjra nmnya itu mkn angin..ush dgr komen krut mngrut dri luar..lntk dp yg pnting kedaulatan undang2..good job

Anonymous said...

Tak hbs2 dlu reformasi ..bersih..skrng kt lwn lps tu x lm lg mai trlanjang bramai2..sgelintr pengikut yg x krj dan sk buang ms sj yg fanatik akn ikut serta..rakyt yg cerdik x buang ms mrk mncri rzk utk esk..rkyt mlys dah crdk untk menilai yg baik dan buruk ..dok brlarak sna sni mnylk sns sni x faedahnya ..kt bkn mcm ngr lain sk brgdh..rkyt kt brush utk jd org ky cr duit..nak brjng utk dp dpt apa
fkr ank bini ms dpn dp dok buang ms buat apa..brjuang x sp kemn..percyalah..
.

Anonymous said...

Usha utk membebaskn anwar dr pnjr x akn brjy jk dlht dr bbrp espek iaitu jk anwar dbebaskn mk pncnglah sistem prundngn ngr ini cnth adakh rkyt bs yg mnjlni hkm dmkn dpt kebebasan sprti amwar tntu akn ada double standard ...dlht lg wlupn anwar dpnjr tp msh lg ada prhmpunan hrm dbt olh pngktnya klulah kt anwar dbbskn mk bnyklah lg prhmpunan dbt yg mnggngu ketenteraman awm dngr ini ..fikir2lah

Anonymous said...

Dri pnglihtn aku perebutn pngkt dan drjt memng tlh ujud dsnubri setiap insn..bkn sj dprngkt ngr atu ngri jg dkg2..kt sering dgr dkg2 prbtn jkkk dan jkkk msjd..bgt jg dtmp krj smada krjn atu swasta..smuanya krn apa krn pngkt dan drjt..x slh mgjr smu itu jk dbt dgn btl..tp brp rmikah yg mngmlknnya..sprti slogan bersih cekap amanah.


Anonymous said...

Pepatah melayu ada sebut bapak borek anak rintek..mksdnya bpk dan ank sk mn pintu blkng..betoi x

Anonymous said...

Jgn kt najib klu aku PM aku pun gnti jet yg dah tua tu..nak tnggu jth br gnti ni nyawa bkn brng..awt hmp pmbngkng bdh piang x pyh nak bsr2kn isu tu pd rkyt sb aku x bengab mcm hmp..

Anonymous said...

Andai kt hkm hudud yg dbntng dparlimn nti mndpt skngn pnh smu phk mk ngri klntnlah yg prtm mlksnkn hudud...nmun krjn ngri hndklh mewarwarkn graph hudud kpd umum utk maklumat.

Anonymous said...

Pas oh Pas jgn trlalu gmbr krn hdud dpt dlksnkn dkelantan brsp sdialah utk mghdpi timbul nt prlksnaanya sbnya hdud hny dknkn pd yg islm shj..jk dlht ngr2 yg tlh mlksnknkn hdud tdk double standard dan Pas jgn hny polimik politik shj utk mlksnkn hdud dan tkt dan gntr pd org2 kfr mewkli party lain ingt kt dlu prnh dcbr olh seorg brkt lngkh myt aku nak mlys ngr islm..skrng dia pun dah mps..Pas jgn dyus sdhlah.

Anonymous said...

Akhirnya Pas yg brbini 2 iaitu PKR dan DAP tlh mncraikan DAP dgn talak 3 olh sb engkar prentah suami..memng wjrlah isteri 2 dcraikn olh Pas krn trslh plh isteri.mn mngkn blh tnggl sebumbung dan tdr skli.Dlm hal ini sisuami yg brslh sb ms meminang dlu x bek kr pki hntm sjlah labu..asl blh pki sdhlah x kr tau mndi junub atu x..snggh plk prkhwinan mrk ini..astaga












Unknown said...

lidah dan akal musuhnya lebih berbahaya tuan, anwar tidak pernah berkuasa lagi selepas peristiwa 98, selama ini org yg berkuasa yg mencorakkan ketidakstabilan negara, akal2 mereka yg tamak menjaga kepentingan sendiri lebih teruk dr letupan c4, ianya bagaikan atomik bom utk rakyat, semoga dsai di pihak yg haq, dan semoga anda jg berada dlm jalan lurus Allah

Unknown said...

saya tertarik dgn petikan ada yg hidup tp mengalami sakit yg aneh, hmmm, balasan di dunia dah nmpk, so kpd pemfitnah, semoga mereka dibalas oleh Allah dgn balasan setimpal

Unknown said...

saya tertarik dgn petikan ada yg hidup tp mengalami sakit yg aneh, hmmm, balasan di dunia dah nmpk, so kpd pemfitnah, semoga mereka dibalas oleh Allah dgn balasan setimpal

Unknown said...

Sebagai orang Indonesia saya salut dan kagum tentang anda pak Anwar,saya selalu mengikuti perjalanan anda berat penuh hambatan,jegalan,tipuan dan itrik2 dari rifal anda,meskipun saya dari negara seberang,saya mengidolakan anda,seandainya di negara kami,anda adalah pahlawan,anda akan dibela oleh rakyat,sudah menjadi kebiasaan di negara kami bahwa orang yg teraniaya,terdolimi akan didukung oleh rakyatnya dan dipilih jadi presiden,mudah mudahan anda begitu juga di negara anda,semoga sukses,Insyaalloh,.