Lagi tuduhan palsu terhadap Anwar

May 10, 2011, Saya merujuk kepada tuduhan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan akhbar Umno seperti Utusan Malaysia bahawa Anwar Ibrahim menggunakan perkataan “pandikutty” terhadap Najib Tun Razak disebuah majlis di Klang pada Mei 7, 2011.

Perkataan ini bermakna babi kecil. Saya berada di majlis tersebut dan mengesahkan disini bahawa Anwar Ibrahim TIDAK menggunakan perkataan tersebut terhadap Najib. Sebaliknya beliau menggunakan perkataan tersebut berkaitan dengan politik kotor dan jijik yang di amalkan oleh Barisan Nasional.

Sekali lagi, suatu tuduhan yang palsu sama sekali telah dibawa terhadap Ketua Pembangkang oleh parti BN dan media massanya. Perdana Menteri sendiri telah mengulangi tuduhan palsu ini dalam komennya pada hari ini yang menyerang Anwar Ibrahim atas isu ini.

Adalah juga ironik untuk mendengar rungutan remeh seperti ini daripada parti BN yang telah melemparkan berbagai-bagai fitnah melampau dan jahat ke atas Ketua Pembangkang sejak tahun 1998.

BN juga tidak pernah teragak-agak untuk memperalatkan badan kehakiman dan polis untuk membawa tuduhan jenayah palsu terhadap Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain. Meskipun ini, Najib masih tergamak untuk menuduh ketua pembangkang mengamalkan politik tidak beretika dalam kenyataannya hari ini.

Adalah jelas bahawa Barisan Nasional menganjurkan kontroversi palsu dan kosong seperti ini untuk cuba mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan pemerintahan BN dan kenaikan harga petrol dan barangan yang tidak wajar. Kami sekali lagi menuntut bahawa pemimpin BN hentikan politik kotor dan pengeluaran kenyataan palsu dengan segera.

3 comments:

Anonymous said...

Konsep satu Malaysia adalah konsep orang mabuk toddy. Ia nya satu konsep membuang duit rakyat. Ada konsep nasi lemak, yang di maju kepada rakyat Malaysia tanpa berfikir dengan matang. Tak hampir beberapa minggu kemudian terpaksa ditarik balik, sebabnya telah memalukan para Menteri yang berapi api mengutarakan buah fikir sedemikian. Tidak adakah manusia di Kementerian yang boleh berfikir secara waras implikasinya policy tersebut. Inilah kerja kementerian Pelajaran. Mereka patut di curahkan ke dalam selat Melaka biar di telan ikan buntal. Dibayar gaji lumayan, diberi kedudukan yang tinggi, tetapi tak boleh berfikir secara waras lebih dari penuntut tingkatan tiga. Begitulah juga dengan polisi polisi lain seperti pendidikan science mengguna kaedah” Nuffield” diperkenalkan dalam tahun 1970 han Tak sampai genap setahun , kaedah ini ditarik balik dan dibatalkan. Merana penuntut tingkatan lima ketika itu; mangsa peralihan sistem yang mabuk .
Sekarang ini pula isu Bahasa Inggeris; kementerian Pendidikan bermain jongkang jongket dengan masa depan berjuta murid. Rakyat Malaysia maju ke institusi pengajian tinggi tanpa bekalan Bahasa Inggeris yang mencukupi .
Poh Dah kementerian Pendidikan bodoh; menteri bodoh; rakyat pun semua ikut jadi bodoh macam dia. Jangan jadikan pemimpin kita jika mereka ini keturunan si luncai,pak pandir, lebai Malang,Pak Belalang,

matnook said...

(cont) Kini pula filsuf “Satu Malaysia” Ini pun satu idea keropok ubi,makan tak mati, tetapi tahi gigi yang bertapuk. Tak mukin satu negara boleh di bina dengan bersekolah berasingan sepajang hayat di bangku pendidikan ,bermain berasingan, berhotel berasingan, bersukan berasingan, berkampung berasingan,berekreasi berasingan,berenang longkang berasingan,mencuri rambutan berasingan, dikejar anjing berasingan, dirotan berasingan,bertumbuk berasingan,dan “bermimpi” berasingan. Rakyat Malaysia, hidup dan mati dalam suasana yang amat berjauhan terpisah, tiada ruang untuk diterokai, tiada jalan yang selorong. Kerajaan yang lampau dan kerajaan kini yang menyebabkan Rakyat Malaysia tumpas dari mewujud satu negara satu misi dan satu visi. Segala galanya terpisah dan terasing; dari ketika lahir hingga ketika luput daripada dunia ini. Yang sema sama dikejar ialah wang kertas ringgit.. Dampingkan Rakyat Malaysia muda dari bangku sekolah. Lihat dan tetapi betapa hebatnya perasaan kenegaraan rakyat Indonesia, Thailand, Vietnam, Kambodia,India, France, Germany, Sweden , England, Amerika,Saudi Arabia, Turkey, Iran, Jepun, Pakistan, Nigeria, EEGYPT .Di Malaysia, ada jutaan rakyatnya yang telah matang, tetapi gagal untuk bertutur asas bahasa negaranya sendiri. Malangnya kerakyatan telah di lontarkan tanpa prihatin tentang Bahasa Negara dan Tawarikh Malaysia.. Kita tidak melaksana, sistem di Amerika ; untuk mendapatkan kerakyatan, pendatang pendatang perlu disekolahkan dahulu, supaya mereka ini semua arif tentang tatasusila hidup sebagai pendatang.
• Kerajaan kini amat bijak, terlalu bijak. Untuk menjayakan “Integrasi Rakyat” satu kaedah” Khidmat Negara “ dilancarkan. Berbilion ringgit dibelanjakan untuk pelaksanaan nya dan dengan harapan dapat mengatasi masalah “polarisasi” rakyatnya. Kerajaan cuba membedung penyakit yang di ilham kan oleh kerajaan semenjak 1957. Kerajaan meneruskan amalan penyakit kurap yang di adun kan oleh Penjajah. Tanpa disedari, kita telah terhumban bersama mengikut arus kancah kehancuran negara kita sendiri
Adakah mukin; mengikut kiraan fikiran yang waras, kerajaan dapat mengatasi masalah “polarisasi” dengan mengadakan belolok olok dengan “Khidmat Negara” untuk beberapa minggu?. Adakah ini