HENTIKAN POLISI : TIADA SIJIL LAHIR TIADA SEKOLAH

YAB. Dato Seri Najib Razak

Perdana Menteri Malaysia

Blok Utama Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Fax: 03-88883444
62502 Putrajaya Mail : khairulam@moe.gov.my

Y.B Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pelajaran,
Pejabat Menteri Pelajaran,
Aras 10, Block E8,
Complex Kerajaan Parcal
Fax: 03-8889 5846
62604 Putrajaya.
email: khairulam@moe.gov.my

HENTIKAN POLISI : TIADA SIJIL LAHIR TIADA SEKOLAH

YAB/ YB,

Kami rujuk kepada perkara yang tersebut di atas

Menurut akhbar Tamil pada penghujung tahun 2007 satu Surat Pekeliling telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada sekolah –sekolah Tamil supaya tidak menerima masuk murid – murid yang telah dinafikan Sijil Kelahiran mereka bermula dari tahun persekolahan Januari 2008. Dan selepas daripada itu kami telah membaca banyak laporan- laporan akhbar yang menyatakan bahawa murid – murid keturunan India yang telah dinafikan Sijil Kelahiran telah tidak dibenarkan diterima terutamanya di sekolah- sekolah Tamil.

YAB/ YB kes kanak- kanak dinafikan sijil kelahiran sebenarnya adalah satu tragedi oleh kerana akan berlaku masalah bersangkut (chain reaction) dan implikasi jauh ke hadapan (far reaching consequences) bermula dari tidak dibenarkan masuk ke Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej- kolej Kemahiran (Skills Training Institutions) Institusi Pengajian Tinggi dan Universiti di dalam dan luar negara, tidak boleh mendapat pinjaman Pendidikan dan Biasiswa. Juga mereka akan dinafikan lesen memandu motorsikal, motorkar van, bas dan lori untuk mendapat pekerjaan dan mencari makan. Mereka tidak dapat membuka akaun bank atau membeli rumah, motorsikal, kereta, lori atau van. Tidak akan dapat lesen berniaga. Tidak dapat buka walaupun sebuah gerai makanan. Tidak akan mendapat pekerjaan walaupun pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran seperti pengawal keselamatan atau pekerja am dikilang ataupun cleaner di pejabat.

Dan akhir sekali, mereka tidak dapat berkahwin. Jikalaupun mereka berkahwin anak- anak generasi mereka yang seterusnya mengalami masalah tiada sijil kelahiran dan masalah ini berlanjutan kesemuanya sekali lagi (all over again) kepada generasi berikutnya. Masalah sosial yang berbangkit adalah remaja India yang terjerumus ke dalam kegiatan kongsi gelap dan jenayah. Kami merasa amat dukacita olehkerana kerajaan terpaksa membelanjakan RM 1 Billion dalam Bajet 2010 kepada Polis Diraja Malaysia untuk menangani keselamatan dan jenayah termasuk membunuh dengan menembak mati antara lain lima orang pemuda India dalam satu hari termasuk seorang remaja berumur cuma 17 tahun dalam satu transaksi di Klang pada 8/11/09.

Anggaran kami adalah 150,000 kanak – kanak India yang hampir kesemuanya lahir di Malaysia malah ada yang dalam generasi ketiga, keempat dan kelima yang sengaja dinafikan sijil kelahiran oleh sebahagian daripada 1,016,799 ‘graduan’ Biro Tata Negara (rujuk UM Buletin 21/6/09 mukasurat 19) yang menolak pengeluaran Sijil Kelahiran atas alasan- alasan teknikal yang paling remeh. Persepsi kami adalah mereka sudahpun membuat keputusan untuk menolak atas dasar perkauman terutamanya apabila pemohon adalah dari golongan kelas pekerja dari masyarakat India.

Oleh yang demikian dalam penyelesaian ikhlas jangka pendek dan jangka panjang kami memohon supaya:-

1) Surat Pekeliling yang telah dikeluarkan pada penghujung tahun 2007 tersebut dibatalkan dan satu surat Pekeliling yang baru dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran untuk tahun 2010 dengan arahan kepada terutamanya guru- guru besar dan Ketua- Ketua Jabatan Pelajaran supaya tidak menolak sebarang dan/ atau mana- mana murid keturunan India khususnya daripada dibenarkan masuk ke sekolah- sekolah rendah dan seterusnya.

2) Satu Surat Pekeliling dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri supaya kesemua kes kanak – kanak dari masyarakat India yang telah dinafikan Sijil Kelahiran dikenalpasti dengan segera dan diberikan Sijil Kelahiran dalam tempoh 60 hari dari tarikh disini.

Tindakan dan jawapan yang awal dari pihak YAB,YB disanjung tinggi.

Sekian,
Terima Kasih.

Yang Benar,

____________________
P.Uthayakumar
Setiausaha Agong (penaja)
HRP

No comments: