Pensyarah perlembagaan dari Singapura, Kevin Tan dan pakar perlembagaan tempatan, Shad Saleem Faruqi, bersetuju dengan permohonan Menteri Besar Negeri Perak Pakatan Rakyat, Mohd Nizar Jamaluddin untuk diadili Panel 11 hakim. Shad Saleem Faruqi berpendapat, penyertaan lebih ramai anggota panel hakim akan menjurus kepada penghakiman yang lebih adil.
Nizar Jamaluddin (gambar kiri) yang merayu agar dikembalikan kedudukannya sebagai MB Perak berkata, kes ini bakal menentukan siapa sebenarnya MB negeri Perak, malah keputusannya bakal memberi kesan kepada jawatan Perdana Menteri kelak. Justeru itu, beliau memutuskan untuk memohon agar anggota panel diperluaskan kepada 11 hakim selepas dinasihat peguamnya.
Ketika berucap dalam forum bertajuk "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak" (Whither the Constitution? Lessons to be learnt from the Perak Crisis), anjuran MerdekaReview pada malam 9 Disember, Nizar Jamaluddin mengambil contoh satu kes pengedaran dadah yang didengar oleh panel tujuh hakim, dan bertanggapan Mahkamah Persekutuan harus sekurang-kurangnya membenarkan lebih daripada panel lima hakim untuk mendengari kesnya.
Kevin Tan (gambar kanan) yang gagal tampil sebagai panelis, ketika ditemuramah oleh wartawan selepas forum berlangsung, bersetuju bahawa permintaan Nizar Jamaluddin adalah wajar. Kevin berkata, "Jika dilihat kebanyakan negara, secara lumrahnya, apabila berdepan dengan kes yang mustahak, adalah lebih baik jikalau melibatkan lebih ramai hakim. Oleh itu, saya menganggap adalah wajar apabila mereka meminta untuk didengar oleh lebih ramai hakim."
Pada masa yang sama, Kevin Tan mencadangkan agar hakim yang berpengalaman dalam kes perlembagaan untuk mendengar kes Nizar, "saya mengharapkan beberapa orang hakim yang pernah membuat penghakiman untuk kes perlembagaan untuk terlibat dalam kes ini, seperti Richard Malanjum dan Gopal Sri Ram."
"Wajar penghakiman dibuat kemudian"
Profesor Perundangan Universiti MARA, Shad Saleem Faruqi berpandangan bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah boleh melantik MB yang baru, memandangkan PR telah kehilangan majoritinya dari segi ADUN-nya. Meskinpun begitu, Shad Saleem Faruqi bersetuju dengan permohonan Nizar, walapun pengadilan Panel 11 hakim tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.
Shah Saleem Faruqi (gambar kiri) bertanggapan bahawa Ketua Hakim, Zaki Azmi harus mempertimbangkan permohonan ini, untuk membolehkan perbicaraan yang lebih adil.
Nizar telah memohon agar kesnya diadili oleh panel 11 hakim pada 5 November, namun panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonannya tanpa sebarang alasan, dan terus membicarakan kesnya.
MB yang digulingkan sejak Februari tahun ini menceritakan perkembangan yang berlaku selepas rampasan kuasa, malah mempertikaikan Mahkamah Persekutuan yang gagal membuat penghakiman segera, menyebabkan "keadilan tertangguh".
Nizar (gambar kanan) berkata, "kami melalui perbicaraan selama enam jam setengah, setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak Peguam Negara dan peguam kami. Tetapi, jawapan yang kami perolehi adalah 'penghakiman akan diumumkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian'."
Beliau memetik pepatah, "keadilan yang tertunda adalah keadilan yang dinafikan!"
Namun demikian, Kevin Tan tidak menyetujui Nizar dalam perkara ini, dan menganggap adalah wajar jikalau panel lima hakim yang diketuai Alauddin Mohd Sheriff memerlukan lebih masa untuk membuat pertimbangan. Semasa dalam sesi soal jawab, Kevin meluahkan pandangannya, "saya rasa, jikalau kamu memperolehi penghakiman dengan serta merta, kamu akan berkata, 'Alamak! Mereka membuat penghakiman tanpa perlu pertimbangan pun!'"
Majoriti ditentukan dalam DUN?
Di samping itu, Kevin Tan ketika mengutarakan pandangannya dalam sesi soal jawab, menekankan bahawa penafsiran perlembagaan perlu konsisten dan harmoni untuk memberi makna kepada perlembagaan.
Beliau memetik artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak untuk menjelaskan pandangannya, "apabila MB hilang percaya daripada majoriti, maka beliau merayu kepada Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Namun, jikalau Sultan bertitah, 'tidak, beta tidak akan berbuat demikian', maka tiada pilihan untuk MB ini melainkan meletak jawatan."
Kevin Tan menyusul dengan pertikaian, "siapa pula yang boleh menentukan bahawa MB telah hilang percaya daripada majoriti?" Setelah mengkaji Perlembagaan Negeri Perak, Kevin Tan menyimpulkan, "keputusan bahawa MB telah hilang percaya majoriti mesti ditentukan oleh DUN sendiri," hanya dengan ini Perlembagaan Negeri Perak boleh ditafsirkan dengan wajar.
Shad Saleem Faruqi sebaliknya berpendapat bahawa Sultan tidak semestinya perlu mengenalpasti sama ada MB hilang percaya atau tidak di dalam Dewan Undangan Negeri. Ketika ditanya oleh wartawan selepas forum, Shad Saleem Faruqi sambil senyum berkata, "Malah Sultan boleh memanggil semua ADUN ke istana. Baginda hanya memerlukan beberapa kerusi yang tambahan sahaja."
Mesyuarat bawah pokok, Sah!
Walau bagaimanapun, Kevin Tan menyetujui pandangan Shad Saleem Faruqi yang lain, iaitu dalam situasi Malaysia yang tidak mempunyai Akta Anti-Lompat Parti, wakil rakyat boleh berpaling tadah dalam masa yang singkat. Lompatan dari parti ke parti menjurus kepada kesukaran rakyat untuk mengenalpasti siapa yang disokong oleh wakilnya untuk menjadi MB.
"Jalan yang paling baik untuk menyelesaikan masalah ini adalah membubarkan DUN, dan mencari jawapannya!" kata Kevin Tan.
Kevin Tan disenaraikan sebagai salah seorang panelis dalam forum yang dianjurkan oleh MerdekaReview ini, bersama Shad Saleem Faruqi dan Mohd. Nizar Jamaluddin. Walau bagaimanapun, Kevin Tan gagal tampil sebagai panelis kerana polis mengenakan syarat terhadap pensyarah dari Singapura ini untuk mendapatkan Pas Ikhtisas sebelum hadir sebagai panelis. 【Baca: Polis gunakan alasan "warga asing": Kevin gagal jadi panelis malam ini】
Walaupun rampasan kuasa kerajaan negeri Perak bermula kerana penyeberangan parti tiga orang ADUN, namun peguam untuk speaker Pakatan Rakyat V.Sivakumar, Tommy Thomas bertanggapan bahawa lompat parti bukan satu masalah dalam sistem demokrasi.
Malah, Tommy Thomas (gambar kiri) menganggap usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar mahupun Perdana Menteri adalah sesuatu yang lumrah dalam sistem demokrasi untuk menguji sejauh manakah sokongan terhadap ketua kerajaan itu dari masa ke masa.
Beliau mengungkit insiden bekas Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail mengusulkan undi tidak percaya terhadap bekas PM Abdullah Ahmad Badawi. Tommy Thomas berkata, "namun speaker tidak menerima, maka pengundian tidak boleh dijalankan dalam dewan. Ini adalah bercanggahan dengan perlembagaan. Speaker tidak boleh menghalang ahli dewan untuk melaksanakan prinsip perlembagaan."
Shad Saleem Faruqi menambah, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedia ada tidak menyatakan dengan jelas bagaimana untuk mengusulkan undi tidak percaya, maka pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat adalah diperlukan.
Kira-kira 250 orang hadir ke forum ini untuk menyaksikan pertembungan pandangan antara panelis. Walaupun bercanggah pendapat dalam isu-isu tertentu, namun panelis berkongsi pandangan yang sama dalam beberapa isu asas. Selain sebulat suara menyetujui "bubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya" adalah penyelesaian kepada kemelut Perak, panelis juga menyetujui bahawa sidang mesyuarat pada 3 Mac di bawah pokok adalah mesyuarat yang sah.
Shad Saleem Faruqi berkata, "tempat tidak penting. Mesyuarat boleh diadakan di mana-mana tempat." Beliau mengambil contoh ketika bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang diubahsuai, mesyuarat DUN bersidang di Universiti Sains Malaysia.
Namun, Shad Saleem Faruqi tidak bersetuju dengan keputusan Sivakumar untuk menggantung sembilan orang ADUN, dengan tanggapan bahawa tindakan ini tidak ada kewajarannnya.
"Sama ada Speakar mahupun Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan tidak boleh menggantung ADUN, melainkan ada ADUN yang salahlaku, melanggar disiplin. Oleh itu saya tidak dapat menyokong tindakan Sivakumar untuk menggantung sembilan daripada 59 orang ADUN," kata Shad Saleem Faruqi.
MR
16/12/09

No comments:
Post a Comment