Terima Kasih Utusan Malaysia kerana mengajar Melayu benci antara kaum

http://4.bp.blogspot.com/-SANLpHzYcwA/Tbq3v0gQfTI/AAAAAAAAD_A/eeFgzPWc7Gg/s1600/seruan_bangkitlah_melayu-utusan_malaysia.jpg
Terima kasih Utusan

Kau telah menyatukan kaum Cina menentang perkauman,
Terima kasih Utusan

Kau adalah inspirasi rakyat menentang UMNO.
Terima kaish Utusan...

Kau adalah legenda yang menggali kubur UMNO...
Terima Kasih Utusan.

Kau menguatkan kuasa rakyat, menentang rejim yang zalim.

Terima Kasih Utusan

Rakyat bersatu padu memboikotmu demi untuk perpaduan.

Terima kasih Utusan, ribuan terima kasih, pihak MCA bangkit menentang perkauman yang disebarkan oleh inspirasi mu. Pihak DAP bangkit semula menentang ispirasi perkauman, Pihak PAS menyedari kebahayaan dirimu mencemar pemikiran yang bersongsangan. Pas menyedari Utusan amat bertentangan dengan prnsip ajaran Islam., Pihak PKR menyedari penyokongnya jauh meninglkanmu. Kau pendusta dan pengkhianat masyarakat muhibah. Kini rakyat tersedar sasaran mu enggan menerima fitnah dan tomahan yang diidamkan olehmu. .

Demi kuasa untuk UMNO kau sanggup mengorbankan diri dalam arena perjuangan berlandaskan perkauman. Berdekad dekad kaum Melayu membaca suratkkhabar mulalah bangkit dan terasa kebahayaan semangatmu, Berdekad dekad kau mencuci otak mereka. Menabur kebencian terhadap bangsa majmuk di Malaysia. Kini rakyat Malaysia mula mengambil inisiatif memboikot suratkhabarmu atas alasan keadilan dan propaganda perkauman. Kini .Utusanmu bukan lagi membawa kaum melayu ke alam pembangunan sama ada dalam bidang mentaliti dan rohani, tetapi mengajar kaum Melayu tersimpang dari akidah dan meninggalkan taqwa.

Demi perpaduan Melayu kau berani ambil cabaran terhadap pelangganmu---rakyat , tidak tersangka suratkhabar mu dijadikan bahan luputan di tong sampah, . Rakyat akan bangkitkan semangat memboikot suratkhabarmu kerana ingin menyampaikan mesej, bahawa semangat perkauman bukanlah lagi berfaedah kepada Malaysia. .

Setiap individu yang melihat dengan kedua matanya dalam intisari Utusan akan merasai dosa, atau mendengarkan berita dari Utusan dengan kedua telinganya akan rasa terhina, Budaya Melayu yang lemah lembut terhakis bila Utusan menyebarkan tomahan yang berlandaskan gemasuara politik yang berunsur finatik. BUkan kaum Melayu terasa muak dan berluat terhadapmu, malah semua lapisan masyarakat juga turut merasainya.

Rakyat bukan lagi hidup dalam zaman 1969 , Rakyat bukan hidup dalam zaman darurat, rakyat enggan terima hasutan akibat masalah perkauman, Kini zaman internet pemikiran rakyat semakin matang berupaya membuat pertimbangan media secara logik. Nescaya rakyat akan bangkit memberontak dan meruntuhkan pasaran mu. Seblum Barisan Nasional diruntuhkan rakyat.

Kini zaman kebebasan bersuara, Utusan juga tidak terkecuali menikmati kebebasan bersuara, Tapi selagi Utusan menabur hasab dengki dan mengajar masyarakat berpaling tadah terhadap parti pembangkang, menaburkan semangat perkauman demi merosakkan imej seseorang politikus, atau mengajar masyarakat membenci satu saaama lain, sejauh itu lah rakyat akan bersatu menentang habis habisan, Rakyat akan menyedari perpaduan nasional adalah matlamat pembangunan Negara Malaysia. Rakyat tersedar membasmikan sikap perkauman yang diwar warkan Utusan itu akan mendirikan tiang perpaduan Negara, Sebelum Barisan Nasional dirutuhkan rakyat, maka eloklah rakyat bangkit memboikot Utusan, eloklah rakyat memberi pengajaran terhadapnya, boikot Utusan demi perpaduan.

2 comments:

Anonymous said...

Sy ingin menyangkal dakwaan setgh pihak spt saudara yg menuduh akhbar utusan menyebar artikel pkauman kerana hanya membaca tajuk tanpa membelek n mgerti isi kndungn, ape yg sy dpti paper tamil nesan, Nanyang siang pau pun menerbit artikel yg sama tujuan utk bangsa masing2 berlumba2 utk meningkatkn ekonomi dgn cara yg sihat dan jgn menindas sesama kaum..diharap saudara Jgn terperangkap dgn MAINAN politik yg blh mgundangkn rasa benci sesama kaum..

Anonymous said...

Setiap parti politik mempunyai agenda masing2, of coz UMNO stand for United MALAY.., kontrak sosial dan jus soli jgn dpersoalkn. Ini dpersetujui n win-win situation, d truth is, ini adalh kesan dri 'divide n rule' british dulu, x ramai cina n india dtg diatas fakta perdagangn zaman dhulu spt baba nyonya n serani n mamak..,