Live: Permatang Pauh - VICTORY FOR ANWAR IBRAHIM

10.00 malam: Keputusan Rasmi SPR, Anwar menerima 31,195 undi, Arif Shah menerima 15,524 undi, Hanafi, 92. Anwar menang dengan majoriti 15,671. Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail, menang dengan majoriti 13,388 pada 8 Mac 2008.

9.40 malam: Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 16,210 undi. Beliau menerima 26,646 undi sementara Arif Shah Omar Shah menerima 10,436 undi.

9.12 malam: Keputusan rasmi:: Anwar telah memperoleh 22,977 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 9,426, Akim's Hanafi Hamat menerima 85 undi dengan kelebihan undi 14,551 memihak Anwar Ibrahim.

8.30 malam: Anwar telah memperoleh 22,373 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 9,549 undi manakala AKIM menerima 39 undi.

7.30 malam: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mendahului dalam pengiraan undi pilihan raya kecil Permatang Pauh yang diadakan hari ini. Proses pengiraan di 28 pusat mengundi sedang dilakukan.

Setakat 7.30 petang tadi, kira-kira 40 peratus undian telah dikira.

Anwar telah memperoleh 12,451 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah pula 4,284 undi.

Proses pengiraan undi di 110 saluran di 28 pusat mengundi dijangka selesai pada pukul 8 malam ini manakala keputusan penuh pilihan raya diketahui sebelum pukul 10 malam nanti.

7.09 malam: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mendahului dalam pengiraan undi pilihan raya kecil Permatang Pauh yang diadakan hari ini. Proses pengiraan di 28 pusat mengundi sedang dilakukan.

Setakat 6.30 petang tadi, kira-kira 30 peratus undian telah dikira. Proses pengiraan undi di 110 saluran di 28 pusat mengundi dijangka selesai pada pukul 8 malam ini. Keputusan penuh pilihan raya tersebut bakal diketahui sebelum pukul 10 malam nanti.

6.08 petang: Pengiraan undi dijadualkan akan berlangsung pada jam 6.30 petang ini di kesemua 25 pusat pengundian. DSAI dijangka bergerak ke Institut Perguruan Tuanku Bainun selepas solat Maghrib.

5.55 petang: Konvoi selamat sampai semula ke Yayasan Aman, Penanti.

5:33 petang: Konvoi diteruskan ke Pusat Mengundi SK Tanah Liat. Reaksi masyarakat setempat sangat hebat apabila mereka berpusu-pusu bersalaman dengan DSAI

5.26 petang: DSAI memimpin konvoi ke Yayasan Aman, Penanti.

5.00 petang: Waktu mengundi secara rasminya TAMAT.

4.56 petang: DSAI tiba di SJK Jit Sin dalam kawasan Berapit. Sokongan positif diperoleh oleh konvoi DSAI di sini. Pondok panas BN telah ditutup awal, hanya pondok panas KeADILan sahaja masih beroperasi di sini.

4.50 petang: DSAI kini berada di Pusat Mengundi SK Mengkuang.

4.44 petang: DSAI menyelesaikan masalah setelah berbincang dengan pegawai bertugas. Kini bergerak keluar.

4.44 petang: DSAI menyelesaikan masalah setelah berbincang dengan pegawai bertugas. Kini bergerak keluar.

4.32 petang: DSAI berhenti sekali lagi di tempat pengundi-pengundi hantu ditahan. Pengundi hantu masih tidak dilepaskan.

4.17 petang: DSAI kini di Pusat Mengundi Kampung Tun Sardon, Telok Wang.

3.58 petang: DSAI kini bergerak keluar daripada Yayasan Aman. Dalam perjalanan terserempak dengan bas disyaki membawa pengundi hantu di Mengkuang Titi.

3.56 Petang : DSAI bergerak keluar dari Yayasan Aman. Dalam perjalanan, konvoi terserempak dengan bas yang disyaki membawa pengundi hantu di Mengkuang Titi.

3.45 Petang : 2 Buah bas yang penuh dengan pengundi hantu telah pun berjaya ditahan. Pada jam 1530 tadi bas ini telah dikesan dan ditahan di Mengkuang. Bas ini sekarang telah dibawa ke Balai Polis Seberang Jaya.

2.45 Petang: Rombongan DSAI selamat tiba di Yayasan Aman, hari pengundian berjalan aman dan meriah.

2.28 Petang: Hujan sudah mula reda, Proses pengundian semakin rancak dan meriah. Moral serta semangat kerja di pihak PKR adalah tinggi. Dilaporkan Penyokong BN mulai meninggalkan pos mereka. Rombongan konvoi DSAi keluar dari Guar Perahu menuju destinasi seterusnya.

2.09 Petang:Seorang ahli PKR Bagan bernama Izat telah ditahan kerana memprotes tindakan polis, dipercayai berkaitan Pengundi hantu. Kejadian berlaku di Kubang Semang. Pemimpin AMK sedang berusaha untuk membela beliau. Hujan pula masih turun dengan lebat

2.08 Tengahari:Seorang ahli PKR Bagan bernama Izat telah ditahan kerana memprotes tindakan polis, dipercayai berkaitan Pengundi hantu. Kejadian berlaku di Kubang Semang. Pemimpin AMK sedang berusaha untuk membela beliau. Hujan pula masih turun dengan lebat.

2.05 Tengahari: Blogger Hishamuddin Rais dalam blognya melaporkan: Pengundi bernama AZHAR BIN HALIM No Kad Pengenalan 660428-08-5521 / A0381797 tidak terdapat namanya di dalam senarai daftar pengundi terkini yang dikeluarkan SPR.

Tetapi AZHAR BIN HALIM No Kad Pengenalan 660428-08-5521 / A0381797 telah dibenarkan mengundi di Sek. Keb. Guar Perahu - Kuala Mengkuang.

1.42 Tengahari: Rombongan DSAI, disertai ribuan anak muda berada di Pusat Pengundian Guar Perahu, Permatang Pasir. Dilaporkan pengundi hantu sudah mula berkeliaran, nantikan update.

1.32 Tengahari: Hujan mulai turun, dijangka berlanjutan sehingga petang, Bernama TV melaporkan hampir 51% Pengundi sudah menjalankan tanggungjawab mereka. Perkembangan Pakatan Rakyat cukup positif.

1.29 Tengahari: Sekatan jalanraya telah berjaya dilakukan oleh pihak polis. Kesesakan dilaporkan dari Rawang menuju ke Utara. Jalan ditutup menjadikannya kepada satu lorong sehingga ke Permatang Pauh. Cubaan untuk melengahkan pengundi yang bekerja di luar nampaknya sedang diusahakan secara konsisten oleh semua jentera kerajaan.

1.14 Tengahari:Dilaporkan sekarang Helikopter masih melilau-lilau di udara dan terbang agak rendah. Bunyi deruman enjin dan kipasnya sedikit mengganggu penduduk tempatan. Walaubagaimanapun kebanyakan dari mereka hanya bersorak setiap kali Helikopter melintasi kawasan mereka.

1:03 Tengahari : DSAI sekarang di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh. Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat menyambut beliau dengan penuh meriah. Kelihatan kanak-kanak berlari-lari sambil memakai topeng Anwar. Kaum India juga kelihatan bersemangat melaungkan “Makkal Sakthi” takkala DSAI melintasi kumpulan mereka. Cuaca sekarang mendung dengan hujan mulai turun membasahi bumi Permatang Pauh.

12:44 Tengahari: DSAI berhenti di pusat mengundi Sekolah Menegah Sama Gaga. Ribuan rakyat menyertai konvoi beliau sekarang. Bendera PKR berkibaran. Kelihatan penyokong ameno dan BN tersentak dengan kehadiran beliau.

12.09 Tengahari: Maklumat yang baru diterima, kertas undi di sesetengah Pusat Pengundian di Permatang Pauh berlainan sekali dengan kebiasaan, kertas undinya licin seperti disalut lilin @ bahan kimia, ianya perlu ditekan kuat untuk proses pemangkahan.

11.58 Pagi: BREAKING NEWS..!!! DI KAWASAN SEKITAR SEKOLAH SEBERANG JAYA. 6 TRAK FRU TELAH PUN TIBA LENGKAP DENGAN PERALATAN TEMPUR MEREKA.

11.55 Pagi: Dsai keluar dr kawasan tenggiri menuju tmn tun hussein onn

11.43 Pagi: Keadaan agak kecoh di Sekolah Menengah Seberang Jaya.MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru sahaja tiba di sini. FRU sudah mulai berbaris di hadapan penyokong kedua-dua parti Pakatan dan BN. Pihak polis juga kelihatan merakamkan video situasi para pengundi yang keluar dan masuk.

11.43 Pagi: Khairy Jamaluddin atau nama manjanya KJ telah kelihatan di Sekolah Kebangsaan Sama Gagah. Pusat pengundian bagi Dun Permatang Pasir. Kelihatan bersemangat bersama para penyokongnya.

11.39 pagi: Konvoi bergerak sekitar seberang Jaya, kelihatan Helikopter PDRM memantau dari Udara

11.36 Pagi: Rombongan diteruskan, DSAI & DSWA singgah di Pusat Pengundian Siakap 2 Seberang Jaya. Sambutan tidak kurang hebatnya dengan hampir seribu orang penyokong PR berkumpul. Reformasi terus bergema..!!

11.23 Pagi: DSAI meniggalkan Pusat Pengundian Tenggiri, Jalan bertambah sesak dengan kedatangan para pengundi dan penyokong tidak putus-putus, Bendera berkibaran, laungan reformasi terus bergema, Tenggiri Bergegarrr…..!!!!

11.08 Pagi: DSAI tiba di Pusat Pengundian di Tenggiri Seberang Jaya, Sehingga ke Pintu Pagar para penyokong melaungkan Reformasi, suasana adalah cukup positif sekali.

10.52 pagi Calon Akim, Hanafi Mamat, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.

Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun “mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai”.

10.42 pagi: Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.

10.42 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.

Terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada kira-kira 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan.

10.30 pagi: seorang penyokong Pakatan ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.

10.10 pagi: Anwar berkata beliau berharap dapat angkat sumpah di Parlimen esok dan “kita akan masuk Parlimen dengan agenda yang jelas dan mereka (BN) patut bangun dengan menerima realitinya”.

Dalam ucapan ringkasnya selepas membuang undi, Anwar berkata, beliau menerima sokongan kuat penduduk Permatang Pauh.

10.05 pagi: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.

Katanya, muka surat 8 hingga 21 dalam daftar yang diberikan kepada PKR adalah untuk pengundi saluran dua, tetapi mengikut daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi ini, bagi pengundi saluran dua adalah muka surat 1 hingga 14.

10.00 pagi: Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Sri Penanti. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang.

9.38 pagi: Anwar tiba di SK Sri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

9.31 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang di pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2.

Penyokong Pakatan melaungkan ‘Antantuya, pembohong, penipu’ manakala penyokong BN pula melaungkan ‘Hidup BN’

9.30 pagi. Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Sri Penanti difahamkan memilih Anwar.

9.10 pagi PKR menghantar ‘alert’ menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.

9.05 pagi: Jumlah penyokong Pakatan di SK Sri Penanti, semakin bertambah mencecah kira-kira 700 orang. Manakala penyokong BN pula dianggarkan seramai 300 orang.

8.45 pagi: Kira-kira 30 sedang berbaris untuk mengundi di SK Sri Penanti. Manakala jumlah penyokong BN bertambah kepada kira-kira 250 orang manakala penyokong Pakatan pula meningkatkan kepada kira-kira 300 orang.

Penyokong BN kedengaran melaung liwat, penyokong Pakatan ada kata Altantuya, Ada juga penyokong Pakatan tunjuk wang kertas RM50 ke arah penyokong BN. Ada penyokong Pakatan Tanya BN ‘Tak nyanyi lagu ke’. Penyokong BN jawab ‘liwat’. Bila kenderaan lalu,

8.30 pagi: Terdapat kira-kira 200 penyokong BN dan 200 penyokong Pakatan berada di SK Sri Penanti menunggu ketibaan Anwar. Kedua belah pihak dipisahkan oleh jalanraya dan berada kira-kira 20 meter dari situ. Penyokong PKR melaungkan ‘Reformasi’ manakala di pihak BN, mereka menyanyikan lagi ‘Barisan Kita”. Kelihatan kira-kira 50 anggota polis bertugas mengawal keadaan di situ.

Pengundi dijangka keluar awal untuk mengundi ekoran Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir akan berlaku di sebelah petang.

8.15 pagi: Keadaan lalu lintas di sekitar Permatang Pauh terkawal dan kenderaan yang membawa lambang BN dan PKR mundar-mandir mengangkut pengundi.

Seramai 6,000 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan keselamatan di Permatang Pauh untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

8.08 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2. Anwar dijadual mengundi jam 9 pagi.

Ketika ditemui pemberita, Arif Shah menyifatkan angka 8 adalah nombor bertuah baginya. Isteri beliau, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, turut mengundi di tempat yang sama.

Terdapat kira-kira penyokong kedua belah pihak membawa bendera parti masing-masing Penyokong Pakatan juga kelihatan memakain topeng Anwar dan bersorak antara satu lain.

8 pagi: Sejumlah 110 saluran di 25 pusat mengundi, dibuka kepada 58,459 pengundi membuang undi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Tujuh daripada 25 pusat mengundi itu terletak di sekolah menengah kebangsaan manakala bakinya terletak di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan serta dewan orang ramai.

Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah 51; calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ia diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.

Anwar mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Penanti manakala Arif Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya 2.

1 comment:

Anonymous said...

Hidup Anwar! Hidup Pakatan Rakyat!