Varian Delta boleh biak dalam hidung orang divaksin, kata Noor Hisham




KETUA Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata varian Delta Covid-19 boleh membiak di dalam hidung orang yang telah divaksin sama seperti keadaan mereka yang tidak divaksin langsung, menurut kajian awal dalam kes jangkitan selepas divaksin.

Dr Noor Hisham berkata kajian sebelum ini di India; Provincetown, Massachusetts, Amerika Syarikat dan Finland menunjukkan jangkitan varian Delta selepas divaksin, memungkinkan paras kewujudan virus yang tinggi di dalam hidung manusia sama ada mereka divaksin atau tidak. 

The Malaysian Insight

No comments: