Ornag India harus boikot BN dlm PRK Tenang jika 'Interlok' terus jadi teks

Sebuah pertubuhan India mengancam untuk mematahkan rancangan BN dalampilihan raya kecil DUN Tenang sekiranya kerajaan tidak mengambiltindakan berhubung satu novel untuk pelajar SPM yang dipertikai.

Buku karangan sasterawan negara Datuk AbdullahHussain itu didakwa memberikan gambaran yang salah ke atas masyarakatIndian, terutama ke atas sistem kasta dan penggunaan istilah "pariah".

Tidakpuas hati dengan perkembangan itu, kumpulan berkenaan merancang untukmelancarkan satu protes di Putrajaya dan di Johor Bahru.

Ia juga bercadang untuk meletakkan calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan diadakan pada akhir bulan depan.

Ketuapenerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) AP RajaRetinam berkata buku tersebut menentang semangat 1Malaysia dan perluditarik balik dari pasaran.Letak calon bebas di Tenang

"Kerajaandan Kementerian Pelajaran nampaknya tegas dalam mengekalkan buku itusebagai sebahagian daripada buku teks sastera untuk Sijil PelajaranMalaysia.

"(PRIMA) kesa kerana buku itu memberikangambaran tidak betul terhadap masyarakat India, terutama ke atas sistemkasta dan perkataan 'pariah' yang digunakan

"Kitatelah mengemukakan perkara ini dengan MIC di mana menteri (sumbermanusia Datuk S Subramaniam berjanji untuk membangkitkan perkara ini dikabinet.

"Bagaimanapun, jika kabinet dan menteripelajara Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas untuk tidak menilai semulaisu buku Interlok ini, kita akan turun ke jalan bulan depan.

"Kita juga akan letak calon bebas di Tenang," katanya lagi.

Retinambersama presiden baru pertubuhan itu Dr V Suppiah tiba di pejabatMalaysiakini semalam untuk menyuarakan keresahan masyarakat Indiaberhubung penggunaan buku itu sebagai teks pelajaran.

Suppiahberkata, gambaran terhadap masyarakat India dalam buku itu tidakrelevan dan BN tidak harus terlalu angkuh sehingga menenggelamkan suarakomuniti itu.

1Malaysia konon, cmnela la novel cmni bleh kua tuk student spm...rasis sngguh!!

No comments: