Siapa di belakang Deepak Jaikishen ?
Siapa itu Tun M? Madey? Deepak dijemput ke majlis Tun M’s 87th Birthday ?
Ingat Deepak kawan baik Rosmah sahaja rupanya kenalan Tun M juga?
Game ini makin menarik dan kita ternanti-nanti kesudahannya.
Penguasa institusi seperti SPRM dan PDRM masih membisu akan pendedahan Deepak.
ULASAN SEMASA UMNO Reform :
Adakah benar, broker kuasa dalam UMNO mahu Najib letak jawatan sebelum
PRU 13? Ini sudah mula dimainkan sebagai satu isu sensasi politik. Sama
seperti gosip artis, sama seperti membuat andaian tetapi isu ini
besarkan seumpama ianya benar – ada broker kuasa dalam UMNO yang mahukan
Najib letak jawatan.
Sudah ada penulisan dan artikel yang merujuk kepada broker kuasa dalam
UMNO adalah Tun Dr Mahathir Mohamed. Mereka mengatakan bahawa Tun
Mahathir sedar akan kepayahan BN/UMNO dalam PRU 13 ini dan sesuatu perlu
dilakukan dengan begitu drastik sekali bagi memberi BN/UMNO kemenangan.
Adakah benar BN/UMNO dalam kepayahan. Teori 1969 mainkan sebagai satu
gerakan yang akan wujud untuk memberi BN/UMNO kuasa semula dan teori
1969 ini menggambarkan Tan Sri Muhyiddin terpaksa memainkan peranan
utama dengan isu yang semakin membengkak terhadap Najib dan Rosmah.
Isu perkauman dikatakan penawar untuk kemelesetan UMNO tetapi UMNO
sendiri sedar isu perkauman ini tidak boleh dipakai dalam zaman ini.
Mungkin pembangkang mahukan isu perkauman ini digunakan oleh UMNO dan
mereka akan menggunakan semula isu itu sebagai isu jahat UMNO untuk
menakutkan rakyat dan membuat rakyat marah.
Namun apa yang jelas nampak ialah – adakah benar BN/UMNO dalam
kesempitan khususnya apabila undi kaum lain tidak memihak kepada
BN/UMNO. Adakah benar kita dalam UMNO sedang meniti titian getir dan
Melayu yang terpecah akan mengurangkan sokongan Melayu kepada kita.
Semua maklum bahawa undi Cina yang tidak berpecah akan jadi penentu –
menjadi rebutan dan ini sejelas mungkin akan menunjukkan Cina akan
mendominasi politik negara ini. Ini semua akan menjadi kemelut politik
besar selepas PRU12. Pandangan penganalisis politik mengenai PRU 13
sebagai PRU paling getir mungkin benar. Pembangkang sedang mendesak
Najib untuk mengadakan PRU dan Najib diberitakan akan menggunakan se
maksimum tempoh yang ada.
Mungkin perubahan dalam UMNO masih belum menjadi. Apa pun kita nampak
bagaimana perubahan mendahulukan rakyat sudah jelas ada dan ini
sepatutnya menjadi sebab utama sokongan rakyat kepada kerajaan UMNO
bertambah – tapi adakah itu sedang berlaku?
Nota Editor: Peperangan antara Najib/Rosmah dan Dr M telah bermula. Muhyidin pasti sedang tersenyum gembira. Mampuih pi!
- media perak
No comments:
Post a Comment