Sungguh
menghairan kita, perkara yang amat mudah tidak boleh difaham oleh UMNO
dan pengikut nya. Orang Melayu yang diluar UMNO pun Melayu juga. Melayu,
DAP, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak kurang keMelayuan mereka dari
Melayu UMNO. Yang UMNO hendak sombong dan angkuh mengakui bahawa yang
Melayu itu hanya mereka sahaja, mengapa? Kerana mereka membela agama,
bangsa dan tanah air?
Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras.
Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras.
Pemimpin UMNO kesana kemari bercerita mengenai wasatiyah dan maqasid shar-iyah, tapi ketawa bila orang kafir
mempermainkan, mengejek dan mempersenda agama Islam. Ketua besar UMNO,
parti Melayu yang terbesar memakai baju kami tentang hudud bersama sama
dengan orang kafir. Ini tidak mengeherankan sangat kepada mereka yang tahu latar belakang ketua besar UMNO ini.
Pemimpin
UMNO bersyarah kepada orang Melayu bawahan supaya berbelanja berjimat
cermat dan berhemah, tapi gagal melakukan apa yang mereka nasihatkan.
Isteri ada cincin RM74 juta , beg
tangan RM300-400 ribu sebuah, jam tangan RM 600 ribu- orang yang serupa
menasihati rakyat mengurus wang RM500 dengan berhemah.
Setalah 55
tahun kita merdeka, bangsa Melayu masih ketnggalan dalam ekonomi.
8.5juta orang Melayu hidup dengan pendapatan kurang dari RM1500sebulan.
Sedangkan untuk melayakkan diri mendapat BR1M, pendapatan mesti tidak
melebihi RM3000. Jika RM3 ribu adalah tahap kesusahan ekonomi, maka
RM1500 itu apa? Pengemis seperti Dr Mahathir kata?
Kenapa kita
mesti sambungkan khidmat UMNO yang telah menyebabkan orang Melayu
sedemikian walaupun sudah 55 tahun memimpin negara? Sepatutrnya, UMNO
mesti dihukum dan hukuman yang terbaik ialah menumbangkan UMNO dari
memegang kuasa kerajaan.
Sebab
walaupun pegang kuasa kerajaan, UMNO gagal membela orang Melayu. Setiap
aras jentera kerajaan, dari peon pejabat sehingga raja2- semua nya
Melayu. Jika semua aras kuasa dan jentera kerajaan orang Melayu yang
pegang, mengapakah kedudukan orang Melayu masih ketinggalan? Jawapan nya
ialah semua yang berkuasa itu lebih mementingkan diri mereka dari
membela orang Melayu? UMNO tak tolong, bahkan menjahanamkan bangsa
Melayu.
Ketika
merdeka, luas tanah reseb Melayu ialah 3 juta hektar. Sehingga tahun2
1990an, UMNO jual tanah reseb Melayu hingga tingal 1.7 juta hektar.
Besar kemungkinan hari ini tinggal 1 juta hektar sahaja. Siapa yang
membeloti orang Melayu? Siapa yang pengkhianat?
Daripada
RM54 billion atau RM54 ribu juta saham yang di peruntukkan untuk orang
Melayu, habis RM 52 billion dijual untuk mendapat untung segera.
Siapakah yang menjual itu semua? Tidak lain dan tidak bukan Melayu yang
bergelar Tan Sri dan Dato Sri yakni mereka yang pegang kuasa. Mereka ini
semua membeloti agenda mengangkat penguasaan Melayu , tapi orang Melayu
masih tidak sedar bahawa UMNO telah belot kepada orang Melayu.
Sebab itu,
3.7 juta Melayu dari 5.7 juta telah tidak mengundi calun2 UMNO. Sesiapa
lah penyokong UMNO yang memikirkan bahawa 3.7 juta orang Melayu tersebut
menolak UMNO semata mata kerana protes, wajib pergi jumpa doctor untuk
memerikasa kesihatan otak mereka.
Orang Melayu sudah pun bersatu. Hanyanya, lebih ramai Melayu bersatu diluar UMNO. UMNO kena faham perkara ini- orang Melayu memang suka bersatu tapi mereka enggan bersatu dengan parti yang zalim dan merosakkan orang Melayu.
Untuk
menyedapkan hati, penyokong UMNO menyatakan ramai menolak UMNO kerana
protes. Mengapa mereka mesti menolak UMNO hanya kerana protes? Berapa %
dari pengundi yang menolak UMNO melakukan demikian kerana protes?
Kita tidak tahu.
Tapi biasa nya, yang memprotes sikit jumlah nya. Mereka protes kerana
tidak dapat habuan politik. Pengundi jenis ini memang mudah
diterbalikkan. Mereka akan pulang kepangkuan UMNO. Kontraktr klas F yang
gagal dapat kontrak, tapi kali ini dapat akan kembali kepada umno.
Hayunan
undi( vote swing) kepada parti PR dalam tahun 2008 ialah secara purata
nya, 12.2%. berapa agaknya, peratusan undi protest dalam hayunan undi
tersebut?
Kita mesti
faham karakter undi. Undi yang berhijrah kerana dibayar atau disogok,
mungkin akan kembali kepangkuan UMNO dan BN. yang menukar selera kerana
keyakinan, keinsafan dan kepercayaan kepada seruan perjuangan bersifat
lebih kukuh dan tidak mudah kembali. Sekarang, cuba kita hitung berapa %
dari hayunan undi 12.2% itu kembali kepangkuan UMNO?
Andaikan 5%. Masih ada 7% hayunan undi kepada PR. Pada kadar hayunan undi 5%, UMNO hanya menang 98-106 kerusi. Kalau hayunan undi sebanyak 10%, BN hanya tinggal 68 kerusi.
Maka jika
masih tinggal 7%, BN dan UMNO hanya akan menang antara 68-106 kerusi.
Kalau kita ambil unjuran purata, maka UMNO/BN hanya menang 87 kerusi.
Maka kita
biarkan pemimpin UMNO menyedapkan hati berfikiran bahawa orang Melayu
akan kembali kepada UMNO dan biarlah mereka bermimpi mereka akan dapat
2/3 kerusi parlimen.
Jadi jangan
kita syok sendiri menyakinkan diri kita, undi orang Melayu kembali
kepada UMNO. Paling kuat kali ini, UMNO/BN hanya dapat 90 kerusi.
Dengan 90
kerusi Najib atau MUhyidin menjadi ketua pembangkang yang baru. Najib
ketua pembangkang sehingga pemilihan UMNO dan selepas pemilihan UMNO,
dia akan bersara.
Janganlah
begitu yakin, undi orang melayu akan kembali kepada UMNO. UMNO nak
mengaku sebagai jurubicara orang Melayu pun tidak ada asas. Hanya 40% orang melayu menyokong mereka.
No comments:
Post a Comment