Pemilihan
anggota CEC dalam DAP tiba2 jadi isiu yang hangat. Mengapa demikian?
DAP bukan parti komponen BN. MCA yang sama usia dengan UMNO tidak ada
bangsa Melayu. MIC pun demikian juga. UMNO pun tidak ada bangsa Cina.
Persoalan pokok nya, janganlah kita hendak memaksakan nilai yang kita
pegang keatas parti lain. Tahulah DAP dan Melayu dalam DAP membuat
adjustments nya. Yang paling penting DAP bersama PAS dan PKR mahu
menumbangkan UMNO yang rasuah, korap dan penindas bangsa sendiri. Amat
benar kata Zaaba 80 tahun yang lebih, penindas yang zalim sekali ialah
dari kalangan bangsa sendiri.
Apa
pasal orang Melayu yang beragama Islam mahu meletakkan masa depan,
keselamatan mereka, rezeki mereka kepada UMNO? UMNO hanya sebuah parti
politik dan tidak boleh menyamai Tuhan. Dan orang Melayu sudahpun insaf
bahawa tanpa UMNO, mereka tetap boleh hidup bahkan menikmati kehidupan
yang lebih baik daripada bergantung kepada UMNO.
Orang
Melayu di Selangor, Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang dan Perak sebelum
rampasan kuasa oleh UMNO hanya perlu bertanya- adakah kehidupan mereka
dibawah PR lebih baik dari kehidupan dibawah UMNO? Jika
jawapan nya ya, maka mereka sudah bertemu dengan jawapan kepada samaada
Melayu akan rosak binasa jika UMNO tewas. Mari kita berhenti dari
diperbudak budakkan oleh UMNO dan ditakutkan oleh UMNO supaya
mempercayai bahawa tanpa mereka, Melayu akan binasa.
Melayu
yang masuk DAP dihina sebagai murtad, tukar bangsa dan jual bangsa.
Eloklah kita nyatakan disini- kita tetap Melayu- yang cina itu biarlah
dengan cina mereka. DAP hanya landasan politik sahaja. Bukankah lebih
baik masuk PKR atau PAS? Saya syorkan kepada mereka ini- berhentilah
jadi bodoh. Kita hendak lawan dengan kamu, kamu mahu tentukan parti mana
kita mesti masuk? Peduli apa parti mana yang kita pilih- yang penting
kita hendak lawan UMNO. UMNO yang bersenapang ajak kita lawan, tapi
mereka menetapkan parang dan pisau mana kita pilih. Tapi
inilah suara yang datang dari parti yang sekarang ini dianggotai oleh
orang yang bermutu rendah. bukan saya kata- Dr Mahathir yang kata. Yang
cerdik masuk DAP, yang pandai masuk PKR dan yang bijak masuk PAS. Jadi
apa yang tinggal dalam UMNO? Half past six punya orang.
Melayu
dalam PAS, PKR dan DAP tidak kurang sentiment keMelayuan nya dari
Melayu dalam UMNO. Orang UMNO tidak perlu cakap besar mereka lebih
utamakan agama, bangsa dan negara. Kita bukan tak tahu latar belakang
kamu.
Hanya
mereka berada dalam parti politik yang berlainan. Orang Melayu hari ini
bukan lagi kerja mereka menaksir jika UMNO kalah apa jadi kepada orang
Melayu dan perkara2 yang dekat dihati mereka? Kita bukan budak kecil
atau yang terencat fikiran yang mesti dijaga oleh UMNO. Dalam pada jaga
itulah pemimpin UMNO ambil kesempatan dan malakukan rasuah dan lain2
penganiayaan terhadap bangsa sendiri.
Cuba
kita tanya, soalan yang lebih penting- boleh kah kita letakkan masa
depan bangsa , agama dan negara dalam tangan perasuah, pengurus yang
tidak cekap dan pemimpin yang zalim? Negara maju kalau pengurusan nya
diletakkkan dalam tangan pimpinan yang baik yang mempunyai kebolehan,
keupayaan, dedikasi dan komited kepada mendukung kepentingan rakyat. Ini
soalan yang lebih penting daripada bertanya apa masa depan UMNO. UMNO
tidak ada masa depan sebab pemimpin mereka rasuah, zalim dan tidak
cekap. Rakyat tak boleh amanahkan negara ini dalam tangan puak UMNO.
Kalau
UMNO utamakan orang Melayu, mereka tidak jual tanah reseb Melayu. Kalau
UMNO utamakan Islam, pemimpin tak senyum dan tumpang gembira bila orang
kafir MCA mempersendakan dan mengejek agama Islam. Kalau UMNO sayangkan
raja2 mereka, mereka tidak mebiarkan raja melakukan kezaliman dan
kejahatan dan
penganiayaan sebab rakyat akan benci raja2 Melayu kalau dibiarkan. UMNO
biarkan sebab mereka boleh ugut raja2 Melayu kalau tidak ikut UMNO, maka
masa depan raja Melayu yang diancam. Yang mengancam? UMNO!
Orang
UMNO selalu bertanya- bayangkan apa kerugian orang Melayu kalau UMNO
kalah? Cuba kita tanya dari sudut yang berlawanan. jika UMNO kalah, apa
faedah yang orang Melayu dapat? Apa
kebaikan2 nya? Bukan nya, kalau UMNO kalah, orang Melayu boleh terus
hidup atau tidak, agama Islam akan terjaga atau tidak, raja2 Melayu akan
terus ujud atau tidak.
Semua perkara2 ini tidak pun terancam kalau UMNO kalah. UMNO bukan Tuhan yang dipuja oleh penyokomg
nya. Seolah olah nya, kalau UMNO tidak ada, kepada setengah orang,
dunia mereka kiamat. Dunia kiamat kepada mereka yang dapat tender secara
runding terus, yang buat rasuah, yang guna kedudukan untuk kayakan
diri. Pendek kata dunia kiamat untuk mereka yang mendukung suatu system
yang beri ganjaran kepada yang kurang berkerja dan yang bertenggek atas
system tersebut.
Rakyat
benci melihat, mereka yang ambil jalan pintas, yang mengguna hubungan
politik, kedudukan mendapat ganjaran lebih dari mereka yang kerja dengan
jujur, yang belajar tinggi dan sebagainya. Jika sitem demikian terus
diamalkan, bagaimana rakyat mahu berkerja keras dan jujur jika melihat
dalam hidup, matlaon dan kaki haprak lebih berjaya dari kita. Itu system
yang didukung oleh UMNO dan para pemimpin nya gagal mengubah system
tersebut.
Apakah
orang Melayu akan sejahtera dan ekonomi mereka bertambah baik? Selama
diperintah UMNO- pemimpin UMNO sendiri mengakui bahawa orang Melayu
mengemis dalam negara sendiri. 8.5 juta hidup dengan pendapatan RM1500
kebawah. Itu 47% dari penduduk bangsa Melayu. Kalau dikira pendapatan
RM3000, 70% adalah Melayu. Apa faedah yang orang Melayu dapat sejak
diperintah oleh UMNO?
Posted by sakmongkol AK47
No comments:
Post a Comment