Arahan Sultan Selangor - Orang bukan Islam tidak boleh guna kalimah Allah

K Pragalath | January 8, 2013
Sultan Selangor turut menitahkan MAIS dan JAIS mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengingkari larangan tersebut.
PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengeluarkan arahan  bahawa orang bukan Islam di negeri itu tidak boleh menggunakan kalimah Allah.
Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Misri Idris berkata, baginda telah mengeluarkan kenyataan yang sama dua tahun lalu apabila isu ini pertama kali dibangkitkan.
“Namun Tuanku amat kesal kerana titah baginda tersebut telah dipandang ringan oleh sesetengah pihak sehingga isu yang sama dibangkitkan.
“Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam, tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang difatwa dan diwarta pada 18 Feb 2010,” katanya.
Baginda membuat kenyataan tersebut pada hari Ahad lalu dalam satu mesyuarat dengan MAIS.
Kontroversi berkaitan kalimah Allah timbul semula berikutan gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menyarankan agar kalimah Allah digunakan oleh semua pihak dalam perutusan hari Krismas pada bulan lepas.
Menurut Misri, baginda  juga terkejut dan kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu.
Tindakan tegas
Katanya, baginda mahu MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)  mengambil tindakan tegas terhadap orang Islam dan bukan Islam yang memperlekehkan fatwa yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam bulan Februari 2010.
Misri menegaskan bahawa Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal pada bulan April 1988 dan dikuatkuasakan sejak Julai 1988 melarang penggunaan kalimah Allah.
Enakmen ini diwujudkan selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
“Seksyen 9 enakmen tersebut dengan jelas melarang kalimah Allah dari digunakan oleh orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka,” kata Misri.
Misri menambah bahawa baginda turut menitahkan orang bukan Islam agar tidak mencampuri urusan agama Islam bagi mengelakkan permusuhan dan salah faham di kalangan masyarakat negara ini.

Comment from public
Posting as Hindraf Makkal Sakthi (Not you?)

  • Hindraf Makkal Sakthi · Top Commenter
    Word ALLAH doesn't belong to any assholes.

  • Mathavan Velayutham · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    Bukan Islam tak perlu patuh kepada MAIS. MAIS tidak ada sebarang kuasa terhadap Bukan Islam...

  • Kam Agong Lawrence Jayaraj
    Allah tuhan ku.... I am a Christian. Sultan deal with it.

    • Ma Li K
      Sorry I'm with the Sultan on this one. Try to see it our way, bro. Its just not worth all the fuss. Stick to Jesus (PBUH), The Lord, or anything else but. I'm not being political, just rational.

    • Kam Agong Lawrence Jayaraj
      You can stick to what ever you want. Allah is for all..!!!

    • Jerall Puvan Kumaran · Top Commenter
      Malaysia try to be funny , the world is using Allah for God the highest in all Arabic language in christian even in Gudwara so change that first then we see how .

  • Sean Kan · Top Commenter
    Henceforth, I shall hold my tongue from singing the Selangor state song and ask my daughters not to sing it too because the Sultan of Selangor forbids us from doing so because we are Christians.

    • Loh Tse-Lee · Top Commenter
      You still can sing, but try replacing the word Allah with Lord. It goes like this ...

      Duli Yang Maha Mulia
      Selamat di atas takhta
      Our Lord lanjutkan usia tuanku
      Rakyat mohon restu
      Bawah Duli tuanku

      Bahagia selama-lamanya
      Aman dan sentosa
      Duli Yang Maha Mulia

      Or maybe, you don't have to because you are banned from saying the word altogether.

    • Robert Newly · Top Commenter
      Loh Tse-Lee or All non Muslim & the whole world flock to Sarawak & Sabah ... how about that ? or even the rational & knowledgeable muslim can join in also ... yes ??? everybody

    • Sean Kan · Top Commenter
      If I use "Our Lord lanjutkan usia tuanku", then I am asking a Christian God or Lord Jesus (because Lord/Lord Jesus is widely used in the English bible) to bless Tuanku. Will Tuanku mind because he is a Muslim but I am a Christian? (Though I do not mind at all because God asks us to love and pray for everyone, even our enemies.) Will I be making an offence then?

  • Lewynd Nishel · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    This is the problem with Malaysia, always a bar but never a solution. I'm sorry, the whole 'I said so' excuse just doesn't cut it anymore, not in the 21st century. If they want the Allah issue to go away, think of an alternative, one which would make both Muslims and Christians happy. Not ban the world and offer no solution. It's like a parent telling his or her child not to so something and say "Because I said so" as an excuse when confronted with a why. The Christians can't use the world 'Allah', Why? "Because as Sultan I said so". Let us all scratch our heads in frustration.
    Daisy Tan · Top Commenter
    Goodness me, more words spoken under mais and jais control.At first Allah issue then now kailmah pula? Can say kali lima or not? I am confused!!!

  • Alexander James · Top Commenter · Miri, Sarawak
    Siapa dia untuk menentukan apa yang boleh dan tidak boleh untuk agama lain? Allah adalah bahasa Arab.Simple as that...kristian di Arab pun menggunakan perkataan Allah.

  • Abg Zulkifli · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
    Di Sarawak boleh, juga Malaysia..apa sudah jadi?

    • Robert Newly · Top Commenter
      Batalkan, Bubarkan & Binasakan 1 Malaysia

  • Ron Selvan · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    “Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam...
    Saya SETUJU.tuanku tapi.... Dari desas desus yang saya dengar kalau ORANG ISLAM dari RAKYAT biasa atau KERABAT DIRAJA ke..ada "PEREMPUAN SIMPANAN dari BANGSA LAIN" macam mana ya! " ALLAH/ISLAM " izinkan ke! Macam Cakap tak serupa bikin jer! atau DRAMA TERBAIK MALAYSIA.. Saya cuma KELIRU sikit dan inginkan PENJELASAN tahap keISLAMan di MALAYSIA. "Without Prejudice"

  • Alexander Chiu · Top Commenter
    With all due respect, Sultan. Anyone knows the origin of the word "Allah"? If Allah is GOD in English and it cannot be used by Christian who speaks Malay then wouldn't it be wrong to use the Word "GOD" in the english version of the Hoy Quran since the christian uses the word GOD in the HolyBible. Eitherway if the two words "Allah" and "GOd" is used for blasemy then it is wrong..But if it is used for the personal religious faith and believes is it wrong? When I say " Oh my GOD" Do I refer to the budhist GOD or the Hindu God?

    • Mohamad Syukri Saringat · Top Commenter · Mass Comm. & Media Studies, UiTM
      Alexander Chiu... since you have brought it up... may i ask you to read this: http://en.wikipedia.org/wiki/Allah. Read it and then tell me what you think

    • Mikhail Gnoff
      If yoy are not aware of, Christian believe the God created first Human Beings (Adam & Eve) .. Muslims believed god created first Human beings (Adam & Hawa)... Christian believe in Prophet Abraham & Prophet Moses (Muslim believe in Prophet Ibrahim/actually Abraham & Nabi Musa -Actually Moses)..

      So Christians is worshiping God of Adam/Abraham/Moses .... Muslims too worshipping God of Adam, Abraham(Ibrahim) and Moses(Nabi Musa)....

      So what is the deduction from this facts?

      http://www.answering-islam.org/Intro/comparison.html

      And someone now prescribe how someone else from another religion how to worship their creator?! ABSURD!

  • Krishna Singh · Top Commenter
    I hope JAIS will make as many arrests as possible and charge them in court. I hope they do it before the General Election. Seize all the Bibles which are in use with the forbidden words and charge the users in court. Do not forget the Sikh holy books in the Guruduwaras!

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google