SEBELUM
ini banyak yang diperkatakan tentang kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim
memimpin Pakatan Rakyat – sebuah komponen politik dengan 3 parti
politik yang berlainan idealogi sama sekali.
Beberapa pendirian bercanggah di antara parti-parti komponen sebelum
ini, dijadikan alasan untuk melemahkan kepimpinan Anwar, seolah-olah
Anwar gagal memimpin 3 parti berbanding Pengerusi Barisan Nasional,
Datuk Seri Najib Tun Razak yang memimpin 13 parti komponen dalam BN.
Walaupun hanya dengan 3 parti, tetapi pengaruh 3 parti ini sahaja
mencakupi seluruh Malaysia, tidak seperti komponen BN. UMNO contohnya,
tidak wujud di Sarawak, satu ketika dahulu, tidak wujud juga di Sabah
(sehingga 1994). maka itu tidak perlu diadakan begitu banyak parti
komponen seperti BN, lebih kurang kerenahnya.
Tapi kemampuan Anwar mempengaruhi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik
Aziz Nik Mat untuk memecat Nasharudin Mat Isa dari jawatan dalam Majlis
Syura Ulama dalam tempoh kurang 24 jam, membuktikan bahawa beliau lebih dari mampu untuk mengawal parti komponen dalam Pakatan Rakyat.
Sekaligus membuktikan kewujudan kumpulan ‘Anwarinas’ dalam PAS,
hanyalah satu propaganda UMNO/BN semata-mata. Anwar tidak perlu
mewujudkan kumpulan seperti itu di dalam parti tersebut untuk menguasai
PAS dari dalam seperti yang di dakwa UMNO/BN dan media di bawah kawalan
mereka.
Keputusan pemecatan ini juga seharusnya menambahkan keyakinan rakyat
terhadap mutu kepimpinan Anwar untuk menakhodai kepimpinan negara
melalui Pakatan Rakyat.
Selain itu, pemecatan Nasharudin ini hanya satu dari beberapa langkah
besar yang telah digariskan Anwar kepada Nik Aziz untuk mengukuhkan PAS
dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13.
Sumber memaklumkan kepada penulis, selepas ini akan ada
beberapa lagi pemimpin PAS yang mempunyai DNA pengkhianat yang sama
seperti Nasharudin, bakal ditunjukkan jalan keluar dari parti tersebut.
Antara nama yang disebut-sebut ialah Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun
Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib.
Kedua-dua pemimpin ini bakal digantikan dengan orang yang lebih berkelayakan dan setaraf dari segi ilmu dan pengalaman.
Dato’ Hj. Mohamad Daud Al-Iraqi, Ahli Majlis Syura
PAS sekarang dijangka bakal menggantikan Harun Din sebagai Timbalan
Mursyidul Am, manakala Datuk Ahmad Yaakub akan menggantikan Harun Taib
sebagai Ketua Dewan Ulama.
Semua perubahan ini dijangka akan memantapkan lagi PAS sebagai
komponen Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan
datang. Ia juga sebagai tanda bahawa kepimpinan tertinggi PAS sudah
boleh menerima hakikat bahawa parti itu tidak lagi boleh hidup
bersendirian, tapi bergerak sebagai satu pasukan yang besar di bawah
lembayung kepimpinan Anwar.
No comments:
Post a Comment