1 FEB — Selepas bekas KM Sabah Salleh Said Keruak membuat
dakwaan Anwar Ibrahim terlibat dalam projek IC palsu di Sabah, saya
sedang menunggu perkembangan selanjutnya. Saya tidak nampak kenyataan
dan dakwaan Salleh itu memberi impak besar dan akan tersambung bukan
oleh beliau tetapo orang lain.
Tentu akan ada hulubalang lain akan menyambung dakwaan Salleh itu.
Apa dilakukan Salleh itu sekadar membuka idea, macam mana untuk
menyejutkan hati rakyat Sabah membenci Umno.
Bagaimana pun Anwar Ibrahim terus membalas kenyataan Salleh itu
secara ringkas dengan mengatakan dia tidak terlibat. Barang kali
kenyataan itu sudah mencukupi bagi Anwar, tanpa memberi hujah dan bukti
tambahan. Dan mereka yang mengikuti perbicaraan dan siasatan RCI
ternanti-nanti dengan penuh minat untuk mengetahui perkembangan
selanjut.
Setakat ini siasatan RCI tidak terkeluar nama Anwar dan nama-nama
besar lain yang terlibat dengan projek huduh nasional itu. Yang
terkeluar ialah dua nama bekas menteri kabinet, Abdul Aziz Shamsuddin
dan Megat Junid Megat Ayub di samping nama seorang bekas KM Sabah, Osu
Sukam. Orang pun faham apabila dua nama bekas menteri kabinet itu
disebut dan keluar. Orang tahu menteri kabinet itu menjadi “anak ayam”
kepada siapa. Menjadi caddy kepada siapa?
Megat Junid (sudah mati) dan Abdul Aziz Shamuddin tidak mesra dengan
Anwar. Walaupun mereka berada dalam parti sama, tetapi jarang malahan
boleh dikatakan tiada langsung agenda Umno yang digerak oleh mereka
bersama. Masing-masing bergerak mengikut arah pandu berbeza. Dalam kata
lain Abdul Aziz bersama Megat Junid tidak akan berpakat dengan Anwar
kerana mereka sebenarnya adalah “bermusuh” di antara satu sama lain.
Mereka bertentangan bukan saja dari ideologi atau aliran pemikiran,
tetapi Abdul Aziz adalah memusuhi Anwar secara tersendiri sejak di alam
universiti lagi. Maka tidak mungkin mereka bersekongkol.
Berdasar chemistry itu jelas apa didakwakan oleh Salleh Said Keruak
itu hanya tuduhan semata-mata. Satu palitan fitnah untuk memburukkan
reputasi Anwar yang masa kini semakin mendapat sambutan di Sabah. Salleh
sepatutnya mendedah apa-apa bukti penglibatan Anwar lebih jauh dari itu
dan bukan sekadar membuat tuduhan kosong. Tidak ada gulan membangun
kilang air lisu basi.
Jadi hari ini bila orang yang pernah mendapat jolokan Mahafiraun,
Mahathir Mohamad membuat pengakuan kononnya Anwar terlibat dalam projek
IC palsu itu ia menempati apa yang saya bayangkan. Saya sudah merasakan
idea Salleh Said Keruak itu akan diperpanjangkan oleh Mahathir, dan itu
yang diharapkan kerana Salleh sendiri tahu powernya tidak sekuat mana.
Dalam penjelasan semalam Mahathir tidak menyebut dengan jelas
penglibatan Anwar hanya berandaian. Katanya Anwar suka berbuat sesuatu
tanpa arahan, kadang-kadang melebihi daripada apa yang dia buat. Nah
dengarlah, itulah jawaban mengubah jiwa orang (psykologi) yang selalu
Mahathir gunakan. Itulah tektiknya. Dia suka memberi percakapan tanggung
untuk diterjemah oleh orang ramai mengikut dendangan iramanya. Bagi
orang yang bersujud sahwi dan taksub “dalalah” kepadanya akan
mempercayai apa yang diucapkan oleh Mahathir.
Katanya lagi, dia akan dedahkan penglibatan Anwar itu di mahkamah
sekiranya di panggil memberi keterangan. Kenapa tunggu di mahkamah?
Mahathir boleh dedahkan hari ini juga. Bila masa pula Mahathir
menghormati mahkamah. Dulu semasa dia mendedahkan afidavit untuk
memenjarakan Anwar, Mahathir tidak pun pedulikan peraturan mahkamah? Dia
telah mendahului mahkamah. Tetapi kenapa hari ini perlu nanti mahkamah
panggil?
Begitu pun kita alu-alukan Mahathir ke mahkamah dan begitu juga
dengan Anwar. Kita harap Suruhanjaya Jaya Siasatan Diraja (RCI)
memanggil mereka berdua ini. Walaupun tiada tanda dan hubungan Anwar
terlibat dalam projek itu tetapi kerana dia berada bersama Mahathir
dalam Umno ketika itu, kita boleh mengandaikan ianya turut terlibat.
Memanggil Mahathir dan Anwar adalah tindakan terbaik.
Seperkara lagi saya hendak sebut di sini untuk difikir, siapakah
terlibat atau tidak dalam projek IC palsu itu boleh disaksikan dalam
buku berjudul “IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?” yang ditulis oleh
Mutalib M.D. Buku setebal 1,180 muka surat itu sudah “lenyai”
diperkatakan oleh rakyat Sabah. Mahathir kena jawab dulu dakwaan dalam
buku itu sebelum mengheret songsang Anwar dalam kemelut projek busuk
itu.
Walaupun buku itu itu bukan merupakan laporan sahih yang disahkan
oleh mana-mana lembaga atau tribunal, tetapi ia boleh dijadikan panduan.
Di dalam buku itu nama yang disebut dengan projek itu ialah Mahathir
bukannya Anwar. Gambar dan nama Mahathir tertera di muka depan, tiada
wajah Anwar. Kalau apa yang didedahkan dalam buku palsu, kenapa tiada
tindakan ke atas penulis dan penerbitnya?
Kalau Anwar terlibat dengan projek IC palsu sudah tentu gambar Anwar
juga tertera sama dengan gambar Mahathir. Semasa isu projek IC palsu itu
Anwar masih bersama Umno dan wajar ia dihukum sama ketika itu kalau dia
terlibat. Tetapi kenapa tidak? Kalau tidak kesemuanya sekurang-kurang
ada nama Anwar dikaitkan dengan projek syaitan dikenali itu.
Mudahnya kenyataan Mahathir mengaitkan Anwar dengan projek IC palsu
adalah ulangan kepada sikap dan fiilnya yang suka mengenakan getah
nangka kepada orang lain. Itulah kerja licik dan bijak ala si Kitol sang
Mahathir ini menyebabkan dia kelihatan tidak bersalah walaupun dia
adalah pemuka utamanya. Dalam serbi serbi Mahathir berbuat begitu.
Tragedi Memali tahun 1985, Mahathir langsung tidak bertanggungjawab
dan kejadian itu diletakkan atas bahu Musa Hitam. Kerugian Perwaja Steel
di Terengganu melibatkan kerugian lebih RM800 billion Mahathir letakkan
atas Eric Chia. Kerugian projek kereta nasional, Proton, Mahathir
letakkan atas menterinya yang memberi AP kepada kereta luar. Ah,
bermacam-macam kerugian dan kejadian jenayah lain semuanya Mahathir
mengelak dan mencari kambing hitam untuk dijadikan korban. Mahathir
seorang yang berbohong tanpa berkerut kening, kata orang Kelantan.
Mengenai projek IC palsu ini Mahathir boleh elak tetapi orang tidak
akan percaya yang dia tidak terlibat. Projek ini adalah skandal terbesar
didalam negara ini yang menyebabkan negara boleh “kalah perang”
terlepas kepada orang lain. Tidak dapat tidak, sebagai menteri dalam
negeri dan perdana menteri Mahathir “maha” mengetahui mengenainya. Salah
satu kes jenayah yang akan dituduh ke atas Mahathir sekiranya Pakatan
Rakyat memerintahkan nanti ialah mengenai memalsukan warganegara ini.
Seluruh rakyat yang faham dan mengetahui kuasa seorang perdana
menteri tidak akan menolak penglibatan dan peranan Mahathir, lagi pun
beliau sendiri sudah membuat pengakuan di luar mahkamah yang beliau
berikan taraf warganegara kepada warga asing atas alasan Tunku Abdul
Rahman pun berbuat demikian.
Mahathir boleh lari dan mengelak, tetapi orang tidak akan
mempercayainya. Hanya dua manusia saja yang mempercayai apa yang beliau
katakan, pertama anaknya Mukhriz dan penyokong nombor wahidnya yang
sanggup menjilat punggungnya, Ibrahim Ali. — msomelayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment