8 perkara utama mengenai RCI Sabah


11:43AM Jan 28 2013  
Ada yang menggelarkannya sebagai Projek IC dan ada yang mengenalinya dengan nama Projek M. Namun apa juga gelarannya, berikut merupakan perkara yang diperolehi daripada siasatan suruhanjaya diraja ke atas isu imigran Sabah – khususnya operasi sulit yang memberi peluang kepada warga asing untuk mengundi dan menggulingkan kerajaan pimpinan PBS Sabah.

1. Sekurang-kurang terdapat dua operasi sulit yang dikenal pasti.

G17 (atau Kumpulan 17)

Pemimpin: Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah Abdul Rauf Sani (1990-1992).

Individu dikenali yang terlibat: Para pegawai JPN: Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil, Yakup Damsah, Asli Sidup.

Ahli politik yang dikaitkan: Setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa itu, Tan Sri Aziz Shamsuddin.

Tempoh masa: Sejak 1990.

Modus operandi:

Pegawai JPN Sabah memproses antara 40,000 hingga 100,000 kad pengenalan untuk warga asing. Butiran dan tandatangan di kad pengenalan pada masa itu diproses dengan tangan.

Selepas butiran ditulis di kad berkenaan mengikut borang permohonan yang dibekalkan kepada pegawai tersebut, ia kemudiannya dihantar ke ibu pejabat JPN di Petaling Jaya untuk dilamina sebelum dikembalikan ke Kota Kinabalu.

Pegawai berkenaan memberi keterangan bahawa mereka tidak mempersoalkan borang permohonan berkenaan dan bagaimana ia didapati, dan hanya mengisi borang tersebut untuk kad pengenalan biru.

Mereka mendakwa beroperasi daripada kediaman Aziz Shamsudin di Kampung Pandan. Asli Sidup menyifatkan usaha untuk menerbangkan mereka ke Kuala Lumpur bagi kegiatan itu sebagai "amalan luar biasa".

Seorang lagi pegawai, Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil – yang menyifatkan operasi tersebut sebagai "G17" – berkata mereka juga mengeluarkan kira-kira 200,000 sijil kelahiran kepada imigran.

Dokumen ini pentuing untuk permohonan kad pengenalan biru seterusnya. Ia digelar G17 kerana melibatkan 17 orang anggota.

Ketua operasi tersebut, Abdul Rauf Sani mengesahkan keterangan berkenaan, namun menafikan menggunakan nama "G17". Beliau mendakwa bertindak sendirian.

Kesemua personaliti yang dikenali itu kemudiannya ditahan bawah ISA sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Hanya seorang sahaja, iaitu Abdul Rauf, yang ditahan bawah ISA selama dua bulan, diikuti tahanan kediaman terhad selama lima bulan.

Beliau kini merupakan ketua pengawai esksekutif  Totalisator Board of Malaysia di bawah Kementerian Kewangan.

Ops Durian Buruk

Pemimpin: Bekas ketua JPN Sabah Ramli Kamarudin (1993-1995)

Individu dikenali yang terlibat: Bekas timbalan ketua JPN Mohd Nasir Sugip, pegawai JPN Asli Sidup (turut terlibat dalam G17), bekas ketua SPRM Sabah Wan Ahmad Wan Yusof.

Ahli politik yang dikaitkan: Bekas ketua menteri Sabah Osu Sukam, bekas timbalan menteri dalam negeri Megat Junid Megat Ayub.

Tempoh masa: Sejak akhir 1993.

Modus operandi:

Menurut keterangan RCI, SPR Sabah memberikan majlumat pengudin kepada JPN negeri. Maklimat ini termasuk nama dan nombor kad pengenalan pengundi berdaftar yang tidak pernah mengundi atau yang telah meninggal dunia.

JPN kemudiannya mengeluarkan resit kad pengenalan kepada warga asing dengan menggunakan maklumat ini.

Menurut peraturan pilihan raya, resit sementara itu, yang diberikan sebelum pengeluaran kad pengenalan biru, memadai untuk membenarkan seseorang individu mengundi, dan dalam kes melibatkan warga asing.

'Pengundi hantu' ini kemudiannya ditempatkan di kawasan yang dianggap kawasan sukar dimenangi BN, mengikut keterangan saksi.

Ketua operasi berkenaan Ramli Kamarudin berkata beliau menjalankan projek tersebut selepas menerima arahan dalam satu mesyuarat dengan bekas timbalan menteri dalam negeri, Allahyarham Megat Junid Megat Ayub di Hyatt Hotel, Kota Kinabalu.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah pegawai JPN Asli Sidup dan Osu Sukam, yang kemudiannya menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 1999.

No comments: