Betapa takutnya Najib untuk mengumumkan Tarikh Pilihanraya
Perdana Menteri Australia telah membuat kejutan dgn mengumumkan tarikh
pilihanraya pada 14 Sept tahun ini. Pengumuman awal ini bertujuan untuk
membuka ruang kepada pengundi agar lebih fokus kepada isu nasional, juga
dapat melepaskan bebanan pengundi daripada berteka-teki tentang tarikh
pilihanraya.
Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Australia, Julia Gillard di National Press Gallery, Canberra, Australia.
Tak sangka demokrasi di Australia begitu cantik sekali, Perdana
Menterinya membuat pengumuman tarikh pilihanraya 8 bulan lebih awal
supaya rakyat bahkan musuh politik bersedia untuk menghadapinya.
Di Malaysia? Perdana Menteri sehingga hari ini tidak mengumumkan
apa-apa tarikh pilihanraya walaupun tempoh sepenggal pemerintahan BN
selepas PRU12 semakin sampai ke penghujung. Mungkin masih tercari-cari
tarikhnya tak jumpa atau takut untuk umum awal kerana bimbang musuh
politik akan jauh lebih bersedia?
Semakin lama dipendam tarikh
itu, semakin kusut kepala Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia ini
kerana lagi ditangguh piliharaya, makin banyak pula rahsia-rahsia
ketirisan UMNO/BN bocor.
Walaupun Perdana Menteri tak umum
tarikh pilihanraya lagi, beliau dan timbalannya sudah sibuk pusing satu
Malaysia membawa janji-janji kepada rakyat terutamanya di empat buat
negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Belum umum tarikh tapi sudah
sibuk janji sana, janji sini. Kempen sana, kempen sini. Yang terbaru BN
berjanji mahu buat litar lumba di Kedah, pada hemat saya ringankan
bebanan rakyat lebih penting daripada litar lumba itu. Saya tak faham
kenapa BN ini terlalu mahu beri rakyat berhibur. Pelik.
Nak
tangguh pun tangguhlah, Perdana Menteri tak mahu umum sekarang tak
mengapa kerana tempoh sepenggal itu hanya tinggal tak kurang 100 hari je
lagi. Mahu atau tak mahu, parlimen dan dun akan bubar secara automatik
juga kelak. Mahu atau tak mahu, UMNO/BN perlu berhadapan dengan Pakatan
Rakyat dalam PRU13 yang dijangka sebagai pilihanraya paling sengit di
Malaysia.
Sekiranya Pakatan Rakyat menang, rakyat berharap agar
tidak tiru demokrasi ala UMNO ini. Pakatan Rakyat perlu lebih
profesional menguruskan pentadbiran negara, profesional apabila
berurusan dengan sesiapapun bahkan musuh politik mereka. Jadi bila PRU14
nanti, boleh lah umum tarikh lebih awal.
No comments:
Post a Comment