Berdebat untuk membuktikan dakwaan dan hujah yang bernas menjadi satu landasan kewibawaan pendebat itu setelah dinilai oleh para pendengar yang memahami isu yang didebatkan.
Sekiranya Najib khuatir Anuwar akan demam kalau berdebat dengan beliau ini bererti beliau tidak peduli tentang rakyat yang sedang demam dengan projek-projek kerajaan yang tidak munasabah!
Apakah Najib tidak mempunyai masalah peribadi yang perlu diselesaikan? Masing-masing mempunyai masalah peribadi tapi malangnya masalah peribadi Anuwar diheret ke mahkamah tidak seperti Najib.
Tahun demi tahun, satu persatu masalah Anuwar dibebani secara terancang tetapi beliau masih dapat berdiri kukuh dengan semangat kental malahan masih diberi sokongan dari setiap lapisan masyarakat.
Sekarang ini telah timbul pula masalah baru bagi Anuwar iaitu ‘ISU UMMI’. Anuwar masih lagi bertahan dan menunggu kes ini dibawa ke mahkamah. Kalau diperhatikan rentetan ‘Isu Ummi’ ini pertama-tama soalan yang akan berligar di benak kita adalah kenapa baru sekarang Ummi menimbulkannya kembali? Kata Ummi, ini sebagai menghalang ‘seorang munafik kelak dilantik menjadi seorang PM’??? Kenapa Ummi tidak bertindak di waktu 16 September yang hangat dibualkan, bahkan sehingga kerajaan ‘melarikan’ beberapa ahli Parlimen BN ke Taiwan di bulan Ramadan! Hampir-hampir Anuwar berjaya menjadi PM tapi kenapa Ummi tidak bertindak?
(Kesimpulannya di sini Pakatan Rakyat semakin kuat dan berpegaruh untuk menghadapi PRU-13!
Maka sebab itu kes Ummi ini akan mengheret ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat;PKR,PAS dan DAP.Kerajaan secara senyap mengakui tentang kekuatan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat jadi kerajaan UMNO-BN telah berusaha bermacam-macam cara baik tohmahan dan fitnah untuk mempegaruhi rakyat supaya membenci PR tetapi masih tidak berjaya. Kini langkah ‘azimat 1998′ dihidupkan semula dengan ‘bukti-bukti’ dan ‘saksi-saksi’ yang muktahir akan dipersembahkan dan tidak mustahil di pihak badan kehakiman di saat ini sedang mencari-cari ‘hakim-hakim’ yang layak ‘menghakimi’ kes ‘Ummi’.)
Inilah peluang Najib untuk membuktikan pada rakyat apa yang beliau rancang dalam kerajaan dan kritikan pada PR adalah benar dan berasas, buktikan!
Tetapi setelah mendengar jawapan beliau menolaknya dengan alasan ‘no gentleman’ maka rakyat yang tertindas merasakan Anuwar telah ‘menang tanpa bertanding’.
Rakyat yang celik ilmu ingin melihat perdebatan ini sebagai kayu-ukur sehebat mana seorang pemimpin itu, satu dari kerajaan dan satu lagi dari pembangkang; buktikan!
No comments:
Post a Comment