July 28, 2012
KUALA
LUMPUR, 28 Julai — Walaupun popularity peribadi Datuk Seri Najib Razak
mungkin tidak dapat menyelamatkan Barisan Nasional (BN) dari tewas dalam
pilihan raya umum (PRU) akan datang, pemimpin Pakatan Rakyat (PR)
berkata mereka tidak mahu merasa selesa sebagai respon kepada survey
terbaru Merdeka Center.
Perdana menteri (PM) dan pemimpin kepada 13 parti komponen BN
tertinggal sebatu dibelakang kerana sokongan merosot di kalangan
pengundi Melayu, yang berpengaruh terbesar - mewakili lebih daripada 60
peratus penduduk daripada 28 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum, kata Rafizi Ramli dari PKR dan sekutu beliau dari DAP,
Tony Pua.
“Jika kita bandingkan sokongan yang diterima Pak Lah sebelum PRU 2008
dan angka yang diperolehi oleh Najib sekarang, menunjukkan beliau dalam
bahaya,” kata Tony Pua kepada The Malaysian Insider semalam.
Setiausaha publisiti DAP itu membandingkan peratus kelulusan Najib
dalam tiga kajian lepas yang dijalankan oleh Merdeka Center pada tahun
ini berbanding dengan keputusan survey PM sebelum ini, Tun Abdullah
Ahmad Badawi. PM kelima dikenali sebagai Pak Lah mendapat sokongan
sebanyak 71 peratus sebelum brtanding dalam pilihan raya Mac 2008 di
mana parti pemerintah itu mendapat keputusan terburuk dalam sejarah.
Terdapat spekulasi mengatakan Najib (gambar) akan mengadakan pilihan raya mengejut sebelum mandat BN berakhir pada bulan April 2013.
"Bilangan yang menyokong perdana menteri tidak menjadi pengukur bagi
sokongan pada PRU akan datang, petanda yang menentukan keputusan PRU
akan datang adalah bilangan yang menyokong BN," kata Pua.
Pengarah strategi PKR, Rafizi mempunyai pandangan selari dengan ahli
parlimen Petaling Jaya Utara itu, mengatakan bahawa Najib telah
menonjolkan dirinya sebagai "nadi dan penyelamat BN" tetapi pada masa
yang sama, tidak mempertahankan parti komponen lain dalam gabungan itu.
"Ia bukan satu usaha berpasukan, ia sebenarnya beliau secara
peribadi. Beliau percaya kekuatan peribadinya yang kini akan mengangkat
BN.
"Jika saya Najib, saya akan menjadi sngat muram. Saya akan menjadi sangat bimbang," kata Rafizi dalam sidang akhbar semalam.
Tetapi rakan sekerja mereka dari PAS, Salahuddin Ayub, mengingatkan
pakatan pembangkang agar tidak merasa selesa, dengan mengatakan tinjauan
dari Merdeka Center sahaja tidak cukup kuat untuk menilai kekuatan atau
kelemahan Najib.
"Walaupun hasil kajian Merdeka Center itu memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), kita tidak boleh merasa selesa.
"Kita (PR) jangan terlalu berseronok dengan hasil kajian tersebut
sehingga tidak berkerja keras untuk memenangi pilihan raya," kata ahli
parlimen Kubang Kerian itu.
Mengenai penurunan sokongan Melayu terhadap BN pula, Salahuddin
menganggp ini adalah kerana pengundi atas pagar merasa bosan dengan
isu-isu seks dan moral yang dimainkan oleh media arus perdana dan
blog-blog pro Umno.
"BN mainkan isu moral secara keterlaluan sehingga menyebabkan pengundi-pengundi Melayu atas pagar merasa bosan dan muak.
"Apabila kalah berhujah, isu moral dan akhlak dengan memfitnah
pemimpin PR dimainkan sehingga orang ramai melihat pimpinan BN tak reti
untuk berhujah secara matang," kata Salahuddin kepada The Malaysian
Insider.
Akan tetapi Salahuddin berhati-hati dalam memberikan komen mengenai
peningkatkan sokongan dikalangan pengundi Cina terhadap Najib, dari 37
peratus pada bulan Mei meningkat sehingga 42 peratus dalam bulan Jun
dengan mangatakan tidak mustahil ini berlaku kerana kerja keras yang
dilakukan oleh Najib untuk memenangi kembali hati pengundi Cina, yang
beralih menyokong pembangkang pada PRU 2008 dan semakin padu menyokong
PR kini.
Pua walaubagaimanapun menolak corak perubahan di kalangan pengundi
Cina sebagai signifikan,dengan mengatakan bahawa sokongan daripada
masyarakat cenderung untuk turun naik.
"Meningkat dan menurun bukanlah satu isu besar. Tetapi untuk orang
Melayu, ia mencerminkan sifat sementara itu Program Bantuan Rakyat 1
Malaysia (BR1M). Semasa mula-mula terima, mereka amat gembira, tetapi
kini mereka sudah lupa, "katanya, merujuk kepada wang tunai RM500 dari
Putrajaya kepada mereka yang mempunyai berpendapatan kurang daripada
RM3,000 sebulan. Mreka dibayar pada awal tahun ini.
“Bagi masyarakat India, saya yakin Ambiga adalah faktor, tetapi saya tidak pasti berapa besar faktor beliau,” tambahnya.
Sokongan popular untuk peguam dan aktivis terkemuka, Datuk Ambiga
Sreenevasan yang telah menganjurkan dua perhimpunan besar-besaran untuk
reformasi sistem pilihan raya tahun lepas dan tahun ini, terutamanya di
kalangan pengundi bandar kelas pertengahan dan masyarakat India, yang
juga menjadi masalah kepada Najib dan perlu dimenangi sebelum pilihan
raya.
Tinjauan pendapat Merdeka Center yang dijalankan di kalangan pengundi
di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa kepuasan terhadap prestasi
PM keenam merosot di kalangan pengundi Melayu dan India masing-masing
daripada 79 peratus kepada 75 peratus, dan daripada 72 peratus kepada 69
peratus.
No comments:
Post a Comment