98 Hari Lagi- kita laung Ini Kalilah!
Sedarlah
bangsa Melayu, pemimpin UMNO terus merompak dan melanun. Dah hampir PRU
pun mereka melakukan nya. Dalam keadaan pendedahan oleh Deepak, bongkar
oleh Musa Hasan, UMNO teruskan agenda melanun negara. Seolah olah tidak
takut bahawa keadilan rakyat akan menghukum mereka.
Hari
ini belum pun sempat debu mendap ke bumi, kerajaan UMNO sekali lagi
melancarkan projek rompakan besar. Hari ini kerajaan UMNO menanda
tangani pembinaan lebuh raya pantai barat Taping ke Banting. 233km pada
harga RM7.7 bilion. Ini penswastaan atau rompakan highway robbery?
Projek ini diberi kepada Kumpulan EuroPLus Bhd- sekutu IJM berhad milik
satu2 nya Melayu dan Melayu terakhir di Malaysia- Syed Mokhtar
albukhari.
Antara
ribuan Melayu seluruh dunia, yang Melayu hanya Syed Mokhtar Bukhari. (
nyanyilah ikut alunan lagu Gadis Melayu Jamal Abdillah) Alangkah hairan
kita, kos sekilometer ialah RM30.5 juta walhal kos biasa ialah
RM10juta/kilometer. Apa sudah jadi?
Kerajaan
sekarang di pimpin oleh orang2 gila? Bukan kah kumpulan Europlus ini
sebuah syarikat yang sudah tidur? Dahulu dimiliki oleh Tan Sri Chan Ah
Chye. Sharehoders fund syarikat tinggal RM115juta- kerugian terkumpul
sebanyak RM500 juta lebih; syarikat ini menangung rugi lebih dari 5
tahun dan mempunyai hutang RM250 juta. Baki tunai syarikat hanya ada RM3juta.
Syarikat
hancai dan cikai seperti ini boleh kerajaan beri suatu kontrak RM7.7
bilion? Berapa Raja Ropiaah dibelakang projek Taiping-Banting ini?
itulah sebabnya, Shahrizat kata, menteri lain pun sapu duit juga.
Berilah kuasa kepada Pakatan Rakyat- mengkaji semula skim cepat kaya para pemimpin UMNO. Demikian angkuh nya kerajaan UMNO.
Dimana
keadilan untuk bekas tentera dan kepada tentera yang bakal jadi bekas?
Kalau jeneral tak mengapa- boleh jadi pengarah syarikat. Bekas tentera
mesti bertanya- kerajaan hendak bantu bekas tentera susah, tapi belanja
untuk pemimpin UMNO yang tipu rakyat dan balun harta rakyat, boleh.
Ratusan ribu bekas tentera tidak mempunyai pencen dan kerajaan tidak
membantu mereka. Walhal ada keputusan cabinet yang menjanjikan pemberian
20 ekar tanah seorang. Tapi setakat hari ini, hanya felda lembah bilut
sahaja yang melakukan keadilan kepada bekas tentera.
Ratusan
ribu kena cari sara hidup melakukan pelbagai kerja termasuklah jadi
peniaga pasar malam, jaga dan bodyguard. Itu pun banyak kerja
keselamatan mereka kena bersaing dengan orang Nepal dan Bangladesh.
Tidak
ada lansung dasar bersepadu yang dilakukan oleh kerajaan UMNO untuk
membantu tentera. Tentera kena fikir perkara ini. bekas dan bakal bekas.
kamu mempunyai ibu dan bapa, adik beradik dikampung yang berdepan
dengan kos hidup yang kian meningkat. Mereka hidup susah. Bersama
samalah dengan mereka lakukan tindakan yang wajar yakni menumbangkan
kerajaan yang dipimpin oleh lanun dan perompak.
LTAT
yang kaya raya boleh belanja RM160 juta untuk menyelamatkan seorang
pemimpin wanita UMNO, tapi berdiam diri bila berdepan dengan isiu
menolong bekas tentera. Apa yang kamu, individu bekas tentera yang
berbakti kepada negara telah dapat? Setelah 55 tahun kamu diberi bayaran
one-off RM1000? Atau RM18 setahun atau 5 sen sehari?
Bandingkan
nasib kamu dengan nasib Raja Ropiah. Pengorbanan Raja Ropiaah
berbanding dengan pengorbadanan kamu bagaimana? Pusat Penyelikan RM 100
juta belum pun di buat, dia telah dapat jutaan Ringgit. Deepak bayar RR
RM13 juta, bayar RM72.5 juta bond tanah, bayar RM8 juta sumbangan
politik. Raja Ropiah sapu lagi 18 juta dari Guppyunit dan nah sekarang,
LTAT suruh Boustead bayar RM130 juta kepada nya. Kamu mahu melihat
dokumen pembelian shares oleh Boustead pun tak dapat!
Bekas
tentera dan tentera- tanya sama Zahid, dimana Puspahanas. 223 ekar
tanah milik kerajaan diberi kepada Raja Ropiah. Sekarang tanah yang
diberi sebagai tukaran kepada PUSAPahanas , dibeli oleh LTAT kamu dengan
harga RM130 juta.
Apa
yang dibuat oleh Raja Ropiaah bukanlah perkara baru. Kita akan selidik
perkara yang serupa berlaku dimana mana sahaja. Ia sudah pasti
melibatkan semua tanah2 milik kerajaan, kementerian dan ejensi kerajaan.
Pasti ada songlap dan samunan. Semua ini kita bongkar satu persatu bila
kerajaan PR ambil alih. Biar orang Melayu tahu apa yang pemimpin UMNO
buat. Dihadapan kita bermuka muka- dibelankang kita bermukah.
Di Batu Pahat,
sebidang tanah dihadapan tapak hospital daerah lama( stor simpanan JKR
tak silap saya – saya tinggal di BP tahun 1985-86) di beri kepada
seorang exco dan bekas DO. Tujuan untuk pengswastaan. Belum sempat dan
tidak perlu tukar nama, tanah tersebut dijual. Sehingga sekarang tanah
tersebut tidak dibangunkan. Apabila dijual, maka pemajuan tanah tersebut
akan lari dari tujuan asal penswastaan tanah tersebut. Pemimpin UMNO
yang menyapu tanah tersebut kemudian nya pergi keseluruh Johor bercerita
mengenai perjuangan Melayu.
Lihatlah betapa hipokrit pemimpin UMNO masa sekarang?
No comments:
Post a Comment