99 Hari lagi- tukar kerajaan Federal!



Ada kawan saya dari UMNO beritau saya- jangan lah hentam kuat sangat. Kita sama2 Melayu. Jawapan saya mudah- melakukan perubahan dan revolusi bukan lah macam minum teh tarik, atau membuat sulaman. Tak boleh halus mulus sangat. Kesetiaan kepada negara sampai bila2- kesetiaan kepada kerajaan selagi ianya layak.

Bila kamu UMNO hentam Anwar Ibrahim takde pun saya tengok sentiment kita sesama Melayu dicakapkan. Takde belas kesian. Itu bekas TPM yang dulu semua orang berebut nak cium tangan. Dan kaki kalau boleh. Kalau TPM kamu boleh belasah, rakyat biasa bagaimana?

Mengapa politik UMNO hari ini didominasi oleh kegiatan melampau- menikam orang, menyekat pergerakan fisikal, menyimbah cat, baling batu, pukul orang? Majority orang Melayu nak duduk diam, membiarkan orang ganas mencorakkan politik bangsa Melayu?

Inilah akibat nya, bila kita majority orang Melayu membiarkan golongan pelampau mewarnai politik negara. Inilah akibat nya bila pemimpin negara lembik dan mempunyai banyak tengkorak dalam almari membuat dia ketakutan mengekang golongan pelampau. Apa yang Najib boleh buat? Dia sendiri terlalu banyak tengkorak dalam almari yang akan keluar satu persatu. Buat muka sadin dan tunjuk innocent boleh lah. Tapi satu dunia dah tahu temberang dan tembelang Najib.

Rakyat tak kisah jika kamu hentam Anwar Ibrahim seorang- tapi rakyat tak tahan tengok sekeluarga kena balun dan dizalimi. Apa yang mereka buat kepada kamu sehingga habis satu keluarga kena? Maka jika UMNO sanggup buat macam itu, janganlah komplen jika kamu menerima balasan yang setimpal.
11.

Dah memang begitu- pemimpin UMNO perompak dan lanun. Yang dilakukan oleh Raja Ropiaah dan keluarga Shahrizat hanya bahagian hujung gunung salji sahaja. Seperti yang dikenenkan oleh Shahrizat sendiri, semua menteri UMNO sapu duit. Kita hairan- perkara sulit seperti ini Shahrizat tahu, tapi apa yang anak dan suami buat, dia tak tahu. Orang macam ini pun, Melayu UMNO masih mahu sokong? Koro sangatkah UMNO sehingga macam tidak ada pemimpin mereka yang lain?

Para penternak lembu, terutama Melayu lihat apa sudah jadi pada RM250juta yang di songlap oleh keluarga shahrizat, pembesar UMNO. RM250 juta yang sepatutnya membangunkan puluhan penternak lembu yang lain sudah dipakai untuk beli kondominium sana sini, buka restoren mewah, beli supermarket, tanah sana sini. Dan oleh kerana ketua UMNO pun ada banyak kurap, dia tak berani nak jelkan Shahrizat dan keluarga Shahrizat. RM250 juta hanya impot 8000 ekor. Lembu jenis apa yang harga nya RM31 ribu seekor?

Para pesara tentera dan tentera yang masih bertugas – perhatikan apa sudah jadi kepada duit caruman kamu di Boustead Holdings. Itu syarikat 65% LTAT yang punya. Lembaga pengarah BHB pula ramai pak jeneral. Duit yang kamu carum, akan ternancam. Belanja RM160 juta nak dapat kontrak RM100 juta? Apa punya binawe.

Si bahalul mana yang kata pembelian ini akan menambahkan bank tanah. Kamu sudah ada 700 ekar sebelah tanah MINDEF ini yang belum dibangunkan, kamu nak beli lagi? Syarikat milik BHB-Jendela Hikmat yang nyata takde hikmat, gagal menyiapkan projek RM250 juta dan sarat dengan hutang. Mahu pinjam lagi dan keluar wang yang ada nak beli tanah dan bayar rasuah RM160juta? Pak jeneral dan lembaga pengarah takde telur nak mohon beli tanah direct dari MINDEF? Yang hendak beli dari Raja Ropiaah Kuala Dipang ini apa pasal?

Mengapa BHB tidak beli 100% Astancangih? Sebab 20% yang baki nya, milik Putera Nazrain bin Abdul Jalil, anak saudara kepada Raja Ropiaah. Makna, BHB masih lagi mahu bersekongkol dengan Raja Ropiaah yang nyata membalun harta milik kerajaan yakni 223 ekar tanah milik Kementah.  Putera Nazrain anak kepada Raja Rabiatun, adik beradik dengan Raja Ropiah. Abdul Jalil suami kepada Raja Rabiatun adalah pemimpin UMNO. Lihat? Pemimpin UMNO sapu semua. Ini semua Raja Kapor dari Kuala Dipang Perak yang berkerja sebagai penoreh getah, pemandu teksi dan kerja2 bawahan yang lain. Tapi sebab ada gelaran Raja- maka orang Melayu panggil mereka Yang Mulia.

Dan orang Melayu UMNO hendak sokong lagi para pemimpin yang korap. Kita kena bezakan Melayu UMNO dan Melayu bukan UMNO.

Orang Melayu yang tak sokong UMNO lebih ramai. Walaupun UMNO ada ahli 3.2 juta, calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Bererti 1.2 juta Melayu UMNO menolak UMNO kerana mereka tahu, menyokong UMNO bererti menyokong kemungkaran. Sokong kemungkaran ditegah agama Islam. Jumlah orang Melayu yang mengundi dalam tahun 2008 ialah 5.7 juta. Ertinya, 3.7 juta orang Melayu menolak UMNO. UMNO hanya dapat 2 juta undi.

Jadi, janganlah kita gentar bila pelampau UMNO ugut kita. Kita ramai, mereka sikit. Kita tumbangkan mereka dengan mudah dengan tidak sokong calun2 UMNO. Mudah sahaja.

No comments: