Dah macam di India! Buruknya perangai Najib!!
Najib Razak, presiden parti yang telah merompak berbillion ringgit wang
rakyat telah mengumpamakan rakyat Malaysia seperti ikan di kolam yang
bolih diumpannya. Seperti pemancing ikan di kolam; memberi umpan cacing
agar ikan terkena mata pancingnya, bergitulah yang dilakukan oleh
Najib yang terkait dengan kes pembunuhan Altantuya dan kes khalwat
bersama penyanyi Melayu di Port Dickson beberapa tahun lalu.
Pemancing mengumpan cacing agar dapat ikan untuk dijadikan lauk. Najib
mengumpan beras untuk mendapat undi rakyat agar dia dan kuncu-kuncunya
dalam Umno BN terus berkuasa untuk meneruskan agenda pengkhianatan,
pendustaan, penipuan dan terus merakus hak rakyat dan khazanah negara!
Mungkin kerana Najib telah biasa menerima dan memberi rasuah, maka
kepada rakyat juga Najib cuba merasuah! Sungguh biadap dan haramjadah
kau Najib!
Dalam Umno, rasuah adalah cara hidup! Dalam Umno, rasuah adalah
kemestian! Dalam Umno, rasuah adalah budaya! Maka tidak hairan dalam
setiap program Umno BN, para pemimpinnya akan melakukan samada berjanji
mungkar atau menabur rasuah!
Program disertai Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba menyaingi Himpunan Kebangkitan Rakyat, terbukti gagal walaupun menawarkan pelbagai umpan dan dibantu media arus perdana.
Barisan Nasional terpaksa menggunakan beras dan barangan keperluan
harian untuk mengumpan penduduk hadir ke Majlis Himpunan Rakyat Bersama
Perdana Menteri di Dataran Tesco Bandar Rinching, Semenyih, semalam.
Laman web, blog dan facebook pro-BN sendiri menyiarkan gambar pengunjung
diangkut dengan bas ke tapak himpunan dan diupah dengan beras dan
tepung.
Malah, ada yang pengsan kerana berebut habuan yang diagih dari dua
treler dalam program anjuran parti komponen BN, Barisan Kemajuan India
SeMalaysia (IPF).
Kehadiran warganegara asing yang memakai baju berlogo BN dan 1Malaysia
dikesan dalam pelbagai media sosial dalam program berkenaan.
Laman web pro-Umno melapor hanya 40,000 hadir program itu manakala manakala Berita Harian Online melapor 15,000 orang.
Sementara itu, Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia yang dihadiri Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang kononnya mahu mengumpulkan puluhan ribu rakyat di
Pekan, Pahang semalam tidak dibuktikan di mana-mana media arus perdana.
Sehingga kini langsung tiada laporan di mana-mana media arus perdana
secara terbuka mengenai jumlah kehadiran sekali gus memberi gambaran
acara itu tidak mendapat sambutan rakyat.
Bernama – sebuah agensi berita nasional hanya melapor pertemuan
Muhyiddin dengan semua pengerusi parti komponen dan 70 ketua bahagian
Umno BN Pahang dan langsung tidak menyebut jumlah kehadiran.
Kebanyakan media terutama akhbar Cina melapor kehadiran 500,000 ke
Himpunan Kebangkitan Rakyat manakala Pensyarah Matematik Tulen dan
Falsafah Matematik di Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan
Malaysia, Profesor Alinor Abd Kadir menyatakan, jumlah kehadiran ialah 700,000 orang.
No comments:
Post a Comment