Pekerja Syabas menutup paip bekalan air
Bukti ini dipetik dari aduan pengguna ke web adauanrakyat.com
Saya ingin membuat aduan bahawa kawasan perumahan kami telah masuk minggu kedua tiada bekalan air. Di kawasan Ampang Avenue ini, hanya apartment Mesra Villa yang telah putus bekalan air hingga masuk minggu kedua dan kami di fahamkan bahawa pekerja Syabas sendiri yang telah menutup paip yang menyalurkan air ke apartment kami.
Ini tidak masuk akal kerana semua kawasan perumahan teres di sekitar ini tidak pernah terputus langsung bekalan air. Bahkan semua apartment berdekatan seperti apartment Seri Maya, Seri Nilam juga langsung tidak mengalami masalah bekalan air.
Apa yang menyedihkan kami, terdapat 2 tangki besar bersebelahan kediaman kami. Ini menunjukkan pekerja Syabas sengaja tidak menyalurkan air dari tangki tersebut ke kediaman kami. Notis pertama kami terima mengatakan bahawa pam di Gombak mengalami masalah. Bagaimana di salurkan dari Gombak pula? Tidak logik sama sekali jika hanya apartment kami yang di salurkan dari Gombak.
Terbaru notis yang kami terima mengatakan rumah pam di wangsa maju mengalami masalah. Tapi kenapa kami tetap turut terjejas. dan terbaru pada hari ini Syabas mengatakan bahawa ia akan berlarutan sehingga ke raya China.
Ini sudah melampau dan kami mohon penjelasan atas kegagalan Syabas ini. Jika di lihat pengagihan air ke apartment kami, setiap hari Syabas mengahantar beberapa lori tangki air untuk kami. Bekalan hanya di hantar ke apartment kami kerana tiada langsung masalah air di kawasan kejiranan kami yang lain. Walau berapa tangki pon yang di hantar, siapa yang sanggup mengangkut air ke tingkat atas setiap hari? Kami mohon kerjasama TV3 membuat liputan di kawasan kami.

By: Mimi Azira ~ sumber
No comments:
Post a Comment