Written by
Christopher Fernandez
Pemecatan timbalan perdana menteri yang juga menteri kewangan,
Anwar Ibrahim pada tahun 1998 merupakan permulaan kepada masalah sebenar
di Malaysia kerana Mahathir yang keras kepala mengambil keputusan untuk
kekal dalam kuasa walaupun sebenarnya dia adalah antara penyebab krisi
kewangan yang berlaku di Asia pada ketika itu.
Apa yang telah berlaku adalah Mahathir, dengan wang yang didapatinya
dari Bank Negara Malaysia (BNM), atas sikap tamaknya mahu mendapatkan
keuntungan yang lumayan dengan menspekulasi mata wang walaupun tidak
disukai dan dipersetujui oleh Anwar.
Anwar menjadi begitu takut akan ketamakan Mahathir namun kuasa boleh
memupuk korupsi dan kuasa yang mutlak akan menjadikan seseorang menjadi
sangat korup. Mahathir, sebagai diktator di Malaysia tidak mempedulikan
rayuan Anwar dan meneruskan dengan perjudiannya.
Tanpa diketahui oleh Mahathir, diseberang Atlantik, seorang pelabur
mata wang terkemuka sedang memerhatikan wang yang bakal diperolehinya.
Spekulasi yang dibuat oleh Mahathir terbukti mengalami kerugian dalam
jumlah yang besar telah diraih pula oleh Soros dan Yahudi licik dari
Hungary ini pula sanggup mendermakan sejumlah USD 500 juta kepada Russia
yang sedang berada dalam masalah dari wang perolehannya.
Mahathir yang kebingungan dengan beraninya menyalahkan timbalannya
untuk menyembunyikan kesalahannya sendiri sekaligus menjadikan Anwar
sebegai kambing hitam dalam keseronokan perjudiannya. Tetapi pemecatan
Anwar bukan sesuatu yang tidak dijangka. Timbalan-timbalannya terdahulu
seperti Musa Hitam, Ghaffar Baba juga telah menerima nasib yang sama
akibat tindakan diktator ini.
Inilah yang mengakibatkan Malaysia tenggelam dalam masalah serius
selepas menikmati kemakmuran ekonomi dalam tempoh yang agak lama. Kesan
daripada insiden ini, beberapa kejadian yang tidak diingini telah
berlaku dan ia memecah-belahkan bangsa kita buat pertama kalinya dalam
sejarah.
Bagaimana drama bermula
Bukan sahaja Anwar dilucutkan dari jawatan dalam Barisan Nasional,
konspirasi politik yang didakwanya sudah bermula dengan begitu dramatik
menjadikan dakwaan liwat terhadapnya dijadikan alasan.
Peristiwa ini, sehingga ke hari ini telah menyebabkan ramai rakyat
Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk memberi pendapat yang
berbeza terhadap kesalahannya. Namun dia telah didapati bersalah dan
dijatuhkan hukuman penjara selepas melalui perbicaraan yang begitu
sensasi sehinggakan menarik minat masyarakat antarabangsa.
Selepas dirinya ditumbuk oleh Ketua Inspektor Polis yang menyebabkan
matanya lebam lalu menaikkan kemarahan rakyat Malaysia dan menarik lebih
banyak simpati dari penyokongnya, lahirlah Parti Keadilan Rakyat.
Kerana Anwar sedang berada dalam tahanan, PKR diketuai oleh
isterinya, dan dia telah dibayangi oleh kebanyakkan pihak sebagai
pemimpin de fakto parti politik baru ini. Dari belakang jeriji besi,
Anwar sudah mula memberi kesan terhadap pemikiran rakyat Malaysia.
Beberapa siri pembedahan kesalahan Mahathir dan kroni-kroninya mula
timbul dan memeranjatkan dan mencuri perhatian rakyat Malaysia secara
keseluruhannya. Walaupun semua kesalahan telah didedahkan kepada orang
ramai, Mahathir bagaikan tidak peduli cercaan kerana dia tahu bahawa dia
terkecuali dari undang-undang negara ini.
Mahathir memperlekehkan sahaja kesemua dakwaan yang telah dibuat
Anwar terhadapnya, “walaupun terdapat banyak bukti yang dikemukan untuk
menangkapnya.”
Ini menyebabkan rakyat Malaysia buat pertama kalinya mendapat tahu
akan maklumat yang mengemparkan tentang bagaimana Mahathir mentadbir
Malaysia sebagai seorang dictator yang hidup tanpa ada sekatan
undang-undang negara dan boleh melakukan apa sahaja untuk menegakkan
perkauman dan ketuannan dalam jiwa Melayu.
Tidak pernah wujud sedikit pun amalan meritokrasi diguna pakai dalam
pentadiran kerajaan dan akhirnya dia terpaksa mengalah dan berundur
dalam keadaan yang memalukan sebagai perdana menteri yang ke empat
akibat terlalu ramai yang sudah jelik padanya.
Seorang diktator tidak akan mati?
Walaupun telah meletak jawatan sebagai perdana menteri, Mahathir
sering menyibuk dalam pentadbiran negara untuk memastikannya mengikut
kehendaknya dengan mencampuri urusan Abdullah Ahmad Badawi,
penggantinya.
Pada ketika itu, lebih ramai rakyat Malaysia sudah menyampah dengan
kegilaan Mahathir dan sudah menganggapnya sebagai tidak lebih dari
seorang yang menyusahkan dengan pandangan dank omen-komennya yang
menjengkelkan.
Rakyat Malaysia mengundi sebagai isyarat bahawa mereka mahukan
perubahan dan reformasi dalam pilihanraya umum ke-12. Persekutuan
politik antara PKR, PAS dan DAP menunujukkan betapa mereka semakin
menggerunkan dengan merampas kuasa di tiga negeri di Semenanjung
Malaysia.
Mahathir sebagai seorang diktator yang jahat menjadi marah lalu
merancang penyingkiran Badawi sebagai perdana menteri dan menjadikan
Najib menduduki kerusi terpenting dalam kerajaan. Jika Badawi merupakan
pemimpin yang lemah, Najib sendiri pun tidak berupaya juga kerana dia
hanya tahu memujuk rakyat agar mengekalkan dirinya sebagai pemimpin.
Penyalahgunaan dan salah laku Najib dan ahli-ahli kabinetnya termasuk
kroni-kroninya telah dikemukakan ke atas mereka oleh manusia dari
segenap pelusuk dunia tetapi hingga ke hari ini, tiada tindakan yang
sepatutnya telah diambil ke atas mereka untuk memperbetulkan kesalahan
dalam pentadbiran mereka.
Bukan sahaja Najib, malah Mahathir dan koncu-koncu perompaknya dan
juga kroni-kroni sedang bergerak seperti orang-orang yang tidak
tertakluk kepada undang-undang. Apa pun ugutan dan dakwaan yang dibuat
ke atas mereka hanya akan didiamkan oleh pihak berkuasa dalam negara
ini.
Walaupun Mahathir meletak jawatan dalam keadaan yang memalukan, dan
legasinya berakhir dengan imej sebagai penjahat, sehingga ke hari ini
dia masih lagi tidak berganjak dan dengan angkuhnya suka mencampuri
urusan pentadbiran negara dan mahu melaksanakan kehendaknya ke atas
rakyat.
Nampaknya, seorang dictator memang tidak pernah mati dan Mr Barry
Wain, bekas editor majalah Asian Wall Street Journal yang begitu
berpengaruh dalam bukunya menerangkan bagaimana Mahathir, seorang
diktator dari Malaysia menyalahgunakan berbillion ringgit wang rakyat
Malaysia semasa pemerintahannya sebagai perdana menteri.
Rakyat Malaysia terhutang budi padanya dan wang mereka miliknya- benarkah?
Sebabnya, jika dibaca dari kelakuan Mahathir, adalah kerana dia
percaya bahawa dia bertanggungjawab membangunkan Malaysia, jadi dia
boleh membuat keputusan dalam semua aspek.
Dia tidak nampak usaha bersungguh-sungguh dan penderitaan rakyat
Malaysia dari semua golongan masyarakat sebagi penyumbang kepada
kejayaannya, malah dia melihat kejayaan dan pembangunan Malaysia sebagai
usaha dirinya sendiri sahaja.Adakah kerana pemikirannya ini dan
peranannya, Mahathir mahu meminta dan mencari populariti, ketamakkannya
tidak mampu dipuaskan lagi, rakyat Malaysia berada di bawah tekanan si
diktator yang berterusan menyusahkan semua walaupun kebanyakkan rakyat
Malaysia menganggapnya sebagai nyanyuk dan tidak diperlukan lagi.
Mahathir benar-benar percaya bahawa rakyat Malaysia terhutang budi
padanya dan kerana itulah dia percaya sebahagian besar kekayaan disini
adalah hak miliknya, kroni-kroni dan juga para pemujanya.
Rakyat Malaysia yang selebihnya pula hanyalah pemerhati dan
sepatutnya hanya diberi taraf pejalan kaki kerana mereka ibarat bahagian
halus yang hanya diperlukan olehnya untuk mengekalkan kuasa, kemahuan
dan kekuasaannya.
Lebih banyak lagi akan dilakukan oleh si diktator Mahathir Mohamad
kerana dia telah berkata bahawa dia datang dari kalangan keluarga yang
keturunannya mampu bertahan lama mengikut kehendak mereka dan dia
merancang akan bertahan selama yang mungkin untuk mendapatkan apa yang
dimahukannya dan boleh terlepas begitu sahaja kerana dia seorang
diktator.
Ini bermaksud, bagi rakyat Malaysia, mereka terpaksa melalui
kehidupan yang sukar dibawah kekejamannya dan penindasan dan mereka
sekarang mungkin berharap mereka tidak pernah membolehkan dirinya
menduduki kerusi paling berkuasa dalam negara ini dahulu.
Satu-satunya cara untuk memastikan Mahathir meninggalkan Malaysia
dengan cepat dan segera adalah untuk mengeluarkan BN dari menguasai
kerajaan sekarang. Ini akan menjadi cara yang paling efektif untuk
menutup mulut Mahathir dan membuangnya ke dalam tong sampah sejarah
dimana dia sepatutnya berada.
Malaysia Chronicle
1 comment:
Tuan, cuba cari dan fahamkan kata-kata hikmah ini... "Hanya mutiara sahaja yg akan mengenal manikam". Inilah kesimpulan akhir utk Tun Mahathir bagi manusia "berakal" yg mempelajari & memahami sejarah negaranya. Tq
Post a Comment