Pakatan azam angkat martabat pendidikan Negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia merenung kembali hala tuju Negara, terutama dalam bidang pendidikan untuk tahun-tahun berikutnya.
“Saya percaya (ini) awal tahun yang sibuk kerana persediaan persekolahan dan pendidikan anak-anak. Oleh demikian, KEADILAN dan Pakatan Rakyat menjanjikan program pendidikan sebagai keutamaan.
“Malaysia berupaya mengangkat martabat rakyat dan sumber daya manusia dengan memberi tumpuan dalam bidang pendidikan (dan mengangkat) mutu pendidikan bagi semua, tanpa mengira kaum dan wilayah,” katanya pada perutusan tahun baru 2013.
Selain pendidikan percuma untuk semua peringkat, Anwar berkata, peluang latihan kemahiran bagi mengangkat keupayaan mereka yang tidak ke university juga dipertingkat.
“Ada yang pertikai – apakah ini janji olok-olok menjelang PRU 13? Kita punya keupayaan, kekuatan ekonomi, sumber khazanah dan percukaian yang cukup tinggi. Masalahnya ialah pengurusan ekonomi,” katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu yakin hasil Negara dapat diagih dengan lebih adil jika-tiada pemimpin merompak kekayaan Negara untuk memperdaya diri, keluarga dan krooni mereka.
“Sebab itu saya janjikan tidak lebih, hanya khazanah Negara dikawal rapi. Tidak ada rompakan, tidak akan diizinkan menteri atau penguasa politik memperkaya diri,” katanya.

No comments:
Post a Comment