(Sidiqin Omar)
LONDON, 13 Jan : Sekumpulan rakyat Malaysia
di bandar raya ini menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai tanda
solidariti kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang berhimpun d Stadium
Merdeka semalam.
Mereka
membawa bendera Malaysia, melaungkan slogan menuntut pilihan raya yang
bebas dan adil serta kain pemidang bertulis, ‘bebaskan media Malaysia,
‘bersihkan senarai undi’, ‘kerajaan Malaysia paling rasuah di dunia’ dan ‘Jom balik undi’.
Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Trafalgar Square melalui
Downing Street menuju ke tapak himpunan di depan bangunan Parlimen
Westminster.
Perhimpunan yang turut disertai kanak-kanak itu berlangsung aman, dengan polis trafik London mengawal lalu lintas sepanjang perjalanan.
Dalam jemputan facebook Himpunan Kebangkitan Rakyat London KL112, penganjur menetapkan jam 12 tengah hari waktu London untuk berkumpul di Trafalgar Square dan menggalakkan peserta memakai baju kuning.
Penganjur turut menyatakan rasa gembira apabila mengetahui Himpunan
Kebangkitan Rakyat KL112 berlangsung aman di Stadium Merdeka di Kuala
Lumpur.
Peserta
turut membacakan semula ikrar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas
& Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan yang meminta rakyat
Malaysia untuk pulang dan menjadi pemantau pilihan raya sempena kempen
‘Citizen Election Observers’ (Masyarakat Pemerhati Pilihan Raya)
Selain kota London dan Kuala Lumpur, Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112
turut diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, Jordan, Kaherah, Mesir dan
bandar lain diseluruh dunia.
Lebih 500,000 rakyat Malaysia berhimpun di Stadium Merdeka semalam, yang
dianggap sebagai perhimpunan paling besar dan paling aman dalam
sejarah.
No comments:
Post a Comment