Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia.
GAZA:
Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam,
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri
Malaysia itu.
“Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri
Malaysia ke Gaza,” kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai
berita WAFA.
“Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan
menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin,” tambah
kenyataan itu lagi.
Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia.
Najib adalah pemimpin kedua yang mengunjungi Gaza dalam beberapa
bulan terakhir. Sebelum ini Emir Qatar, Sheik Hamad bin Khalifa
al-Thani mengunjungi wilayah ini pada bulan Oktober dan menjanjikan
bantuan untuk infrastruktur sebesar US$400 juta.
Lawatan Najib ke Gaza semalam sebagai bentuk solidariti Malaysia pada rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan Israel.
`Kita satu umat’
Seperti dilapor Reuters, Najib masuk Gaza melalui Rafah di sempadan
Mesir. Najib ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar
Negeri, Datuk Anifah Aman dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Jamil Khir Baharom.
Sampai di Gaza, dia disambut oleh Perdana Menteri dari Hamas, Ismail
Haniyeh. Kemudian Najib mengunjungi hospital Shifa di Gaza City dan
bangunan parlimen Gaza. Dia juga terlibat dalam peletakan batu asas
sebuah sekolah di Gaza yang dibiayai Malaysia.
Najib juga akan menerima gelaran doktor kehormatan dari Universiti
Al-Aqsa. Sementara Rosmah, mengunjungi hospital anak Nasser dan turut
serta dalam upacara pembangunan pusat trauma di rumah sakit tersebut.
Dalam pidato singkatnya, Najib mengatakan bahawa dia datang untuk
menunjukkan solidariti dan sokongan bagi perjuangan rakyat Palestin.
“Kami memang datang dari jarak ribuan batu, tetapi kita satu umat
(Muslim) dan kami menyokong perjuangan rakyat Palestin,” kata Najib
dikutip dari al-Arabiya.
Najib juga menyatakan sokongannya atas usaha penyatuan antara Hamas dan Fatah.
“Kami meyakini pemerintah Palestin akan bersatu dan kami berdoa pada
Allah perundingan akan sukses dan persatuan Palestin akan terwujud di
masa depan,” kata Najib.
No comments:
Post a Comment