Oleh: LAHIRUL LATIGU
GELOMBANG Kebangkitan Rakyat terutama dikalangan anak-anak muda
Sabah dilihat semakin membara. Hal ini bukan sahaja menjadi fenomena,
malah secara tidak langsung memberi ‘signal’ kepada kepimpinan negeri
yang diketuai Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman.
Penubuhan entiti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkonsepkan
memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat
Sabah (GEGAR) yang dinaungi anak muda merupakan sebagai langkah serta
capaian terbaik bagi anak-anak muda Sabah untuk merasai denyut nadi
perjuangan rakyat yang dihimpit kesukaran dan kepayahan di bumi sendiri.
Walaupun Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12 Januari
2013 dilihat lebih tertumpu di Kuala Lumpur, namun pada hari yang sama
juga Himpunan Sabah Bangkit yang dianjurkan GEGAR perlu diberi tempat
dan perhatian yang sewajarnya.
Inilah anak-anak Sabah yang sedar akan tanggungjawab besar yang bakal
menanti mereka kelak. Inilah kebangkitan Sabah yang sudah mula terasa
kesengsaraan di bawah kepimpinan Kerajaan gabungan Barisan Nasional yang
dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Siapa yang tidak ‘sakit’ apabila melihat bumi tanah airnya yang
dahulunya kaya menjadi sekangkang kera. Siapa yang tidak terguris
hatinya apabila dirampas harta tanah dan kebun serta hasil tanamannya
yang diusahakan bertahun lamanya.
Siapa yang tidak ‘bingung’ melihat telatah kepimpinan negerinya yang
mampu melihat setiap harta dan ‘karun’nya diangkut serta dijual ditangan
asing. Siapa lagi yang tidak mahukan perubahan!
Justeru, seluruh anak muda Sabah perlu bangkit dan bingkas bangun untuk
terus memperjuangkan hak miliknya. Masa ini bukan masanya untuk kita
berpeluk tubuh, menggaru kepala dan mengangguk menggeleng antara setuju
dan tidak. Masa ini, merupakan masa kebangkitan rakyat secara
besar-besaran...!
Dalam Himpunan Sabah Bangkit yang diadakan serentak dengan Himpunan
Kebangkitan Rakyat ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah sekali lagi
mengajak seluruh warga Sabah tanpa mengira peringkat umur, darjat, warna
kulit, bangsa dan agama... untuk terus bersama kebangkitan rakyat.
Ini kalilah, berabis kita...!
No comments:
Post a Comment