Apakah ini Prosedur Operasi Standard Baru (SOP) Baru polis terhadap petugas media?
Memang pelik prosedur baru yang diperkenalkan oleh PDRM kita kali inih!
Wartawan yang akan membuat liputan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)
Sabtu ini digesa supaya memakai pas khas yang dikeluarkan oleh pihak
polis supaya mereka mudah dikenal pasti.
Wahai, bagaimana pula halnya dengan pihak polis sendiri yang menyamar
dan membuat provokasi sewaktu perhimpunan aman rakyat? Ada banyak gambar
polis yang bertugas tanpa lencana nama dan nombor. Malah ada yang
menutup muka supaya tidak dikenali.
Apakah tujuan penyamaran polis sedemikian kalau bukan kerana mahu
membelasah orang ramai? Polis kata ini adalah bertujuan untuk memastikan
keselamatan para wartawan dari dipukul oleh anggota polis seperti
semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas.
Pada himpunan itu, dua wartawan dimasukkan ke hospital akibat dipukul
polis manakala beberapa wartawan dan jurugambar dikasari termasuk kad
memori kamera mereka dirampas dan dilarang mengambil gambar.
Sedangkan wartawan dari organisasi berita sudahpun memiliki kad
akreditasi kerajaan, namun polis seolah-olah tidak menghormati pemilik
kad tersebut dan hanya mereka yang memakai ‘pas polis’ adalah wartawan
dan patut diberi kerjasama.
Apakah kalau petugas media tanpa ‘pas polis’ , maka polis bolehlah
rampas kamera, belasah mereka macam waktu BERSIH 3.0 dulu tu?
Apakah ini lessen untuk polis mengganas dan membelasah orang? Bagaimana
pula dengan hak warga negara yang hanya mempunyai MyKad yang akan
menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari ini di Stadium Merdeka
Kuala Lumpur, bermula jam 2 hingga 5 petang?
Apakah polis diberikan hak untuk membelasah mereka semata-mata kerana mereka tidak mendapat ‘Pas Polis’ ?
Sudah ada banyak contoh perhimpunan yang berlangsung secara aman hasil
kerjasama polis dan orang awam. Seperti Himpunan 901 dan juga Himpunan Oren , tiada masalah apa pun.
Tugas polis adalah mengawal dan menjamin keselamatan orang ramai.Bukan
sahaja terhad kepada petugas media, malah seluruh rakyat. Bukan seperti
yang ditayangkan melalui video berikut :
Harap, pihak polis yang bertugas akan memakailah pakaian polis yang
mudah dikenali dengan nombor masing-masing. Jangan pula menyamar sebagai
pendemo dan berantakan membuat provokasi serperti di masa yang
lepas-lepas (tengok video atas tuh!) sewaktu rakyat berdemo secara aman.
- al-Husseyn
1 comment:
Benarkah dia tu polis... kalau benar polis dia tidak boleh bertugas tanpa tanda nama di uniporm tu.. saya rasa ada yang menyamar jadi polis la tu...
Post a Comment