GEGAR! Himpunan Kebangkitan Rosmah #HKR112 Jadi Himpunan Kebangkitan Beras!

Kesian orang India - Selepas 55 tahun BN memerintah Malaysia, orang India meminta sedekah beras


Jika semalam, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Stadium Merdeka dilimpahi dengan ratusan ribu peserta yang datang dari seluruh Semenanjung, rupanya nun jauh di selatan Selangor, Barisan Nasional (BN) turut tidak melepaskan peluang menerima 'tempias' nya.

Bertempat di Dataran Tesco, Bandar Rinching, Semenyih, himpunan yang dianjurkan Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) lebih daripada 5,000 peserta menyambut ketibaan perdana menteri, Najib Altantuya dan pemimpin kanan BN negeri kunun bagi menunjukkan sokongan terhadap BN khususnya kaum India masih utuh buat mereka.

Bagaimanapun, setelah disiasat dengan mendalam, himpunan yang dinamakan Himpunan Bersama Perdana Menteri itu rupanya menjadi medan untuk memunggah seberapa banyak kampit beras untuk diagihkan kepada penduduk yang hadir diangkut menggunakan berpuluh-puluh buah bas sebagai strategi sokongan (backup strategy) sekiranya pengunjung tulen Tesco tidak mendekati majlis mereka.

Paling memalukan, bas-bas yang digunakan rupanya bukan datang dari sekitar kawasan Semenyih atau Hulu Langat sebaliknya dipercayai nun jauh dari sekitar Selangor dan Negeri Sembilan yang bersempadan cuma lapan kilometer termasuk dari Kuala Selangor dan Kapar.

Bas tersebut yang sudah tiba sejak awal pagi lagi menyebabkam kesesakan lalulintas teruk terutama di persimpangan masuk ke Bandar Rinching dalam DUN Semenyih itu.

Ada di antaranya mengaku mereka sudah diarahkan menaiki bas tersebut seawal jam 5 pagi dari destinasi masing-masing kerana dijanjikan berupa barangan keperluan harian percuma seperti beras dan sebagainya.

Ketibaan Najib Altantuya pula yang terlewat sejam lebih dari jadual asal jam 8 pagi langsung tidak mematahkan semangat mereka kerana sudah melihat beberapa buah lori yang sarat dengan pelbagai barang sudah berada di tapak lapang berhadapan Tesco itu.

Dalam ucapannya, Najib Altantuya dengan modal terbarunya pantas menyalahkan kerajaan Selangor kerana membiarkan masalah air berlanjutan di Lembah Klang kununnya hanya BN boleh menyelesaikan kemelut itu sekiranya berjaya merampas negeri ini dalam pilihanraya umum akan datang.

Hadirin yang mendengar celotehnya langsung tidak menghiraukan apa yang dikatakan sebaliknya sudah tidak sabar untuk 'menikmati' habuan yang dijanjikan sejak dari dalam bas lagi.

Ad yang mengambil kesempatan membeli barang lain dan penampilan mereka pun senang je nak kenal yang muka naik bas ni, sama ada baju IPF (hitam, putih, merah) atau baju biru dan merah berserta logo BN dan logo satu Malaysia. 

Logo BN kat baju tu punya besar kalau boleh dari puncak Broga tu dah boleh nampak dah. Tapi takpelah saya tak kisah pun. 


Yang kisahnya ialah dah la bawa orang luar entah dari mana berduyun-duyun bas, lepas tu semua berselerak. 

Ada sambil dengar ucapan Najib Altantuya sambil beli Loreal kat Tesco, usha-usha TV dekat Seng Heng, ada tengah makan Nasi Ayam Gemas dan macam-macma lagi. 

Menghairankan tiada sebuah kedai pun yang ditutup sekitar Tesco terbabit menyebabkan timbul persoalan di manakah pekeliling yang biasanya diedarkan bagi meminta kedai berhampiran supaya memberi kerjasama dengan program BN. 

Mana ade sebab tak ada surat pekeliling dan inilah masa nak cari duit lebih. 

Setelah berebut-rebut mendapatkan beras yang dijanjikan, kesemua mereka tidak menunggu lama menaiki bas masing-masing dan pulang dengan satu pertanyaan, apakah perlu Najib Altantuya merasuah mereka dengan beras seolahnya mereka dipaksa mengundi BN untuk menerima kampit seterusnya?

Kesimpulannya, himpunan bersama bini Rosmah Mansor itu kini bertukar menjadi himpunan kebangkitan beras!


Foto ihsan Broga Girl
- Jalan Pulang

No comments: