BERITA YANG PALING MENGEMBIRAKAN UNTUK RAKYAT!!!
Tidak sampai 24 jam sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) #KL112 yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, rupanya khabar dari seberang tambak seakan memberi suntikan semangat peserta himpunan.
Bukan setakat pakar poltik mengesahkan, malah hasil kajian pakar
ekonomi turut senada seirama seiya sekata meramalkan bahawa UMNO/
Barisan Nasional (BN) akan tumbang kali ini.
Ini disahkan sendiri ketua ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudinyang disiarkan di akhbar berbahasa Inggeris berpengaruh di Singapura, The Straits Times hari ini, dalam edisi cetak dan dalam taliannya.
Azrul menambah, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya
mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja
dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan
prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.
Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat
juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang
tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.
Hasil kajiannya dibentangkan dalam satu forum kewangan serantau yang diadakan semalam di republik itu dan disiarkan The Straits Times hari ini.
Ia mengambil kira corak demografi dan pendapatan penduduk sesebuah
kerusi parlimen dan dibandingkan dengan data-data ekonomi semasa yang
disemak setiap bulan sebagai rujukan, malah Bank Negara turut
menganalisis data ekonomi negara dan bank komersil akan membandingkannya
dengan data mereka.
Dari segi reaksi warga perniagaan yang selama ini memihak BN, beliau
berkata ia sesuatu yang lumrah untuk menerima sebuah kerajaan baru
dengan dasar serta polisi kewangan baru dan tidak timbul isu sabotaj
terhadap kerajaan baru walaupun dikhabarkan hutang luar Malaysia kini
mencecah RM502 bilion tahun lalu.
Manakala dari sudut pasaran saham, beliau menjangka akan ada
perubahan positif terhadap urusniaga yang indeks utama Bursa Malaysia,
FBM-KLCI kini berlegar antara 1650 ke 1700 mata sejak sebulan lalu.
Beliau menjangka aliran modal masuk ke Malaysia akan bertambah
selepas pilihanraya umum yang akan dimenangi Pakatan Rakyat walaupun
kadarnya perlahan.
RAKYAT SUDAH BERTEKAD MAU MELAKUKAN PERUBAHAN... TIADA KUASA SEKUAT MANA PUN, MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH SWT YANG BOLEH MENYEKAT TUMBANGNYA UMNO PARTI YANG ZALIM, RASUAH, BOROS, PENIPU, HIPOKRIT LAGI MUNAFIK.
- omakkau.blog
No comments:
Post a Comment