HRP ancam demo untuk kuil runtuh

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta menjelaskan tindakan kerajaan negeri merobohkan sebuah kuil 25 tahun di Shah Alam atau bakal menghadapi protes.

"Kami tiada pilihan. Tiada pihak yang mempertimbangkan keadaan kami," kami exco pusat Parti Hak Asasi Manusia (HRP) S Thiagarajan.

NONEBeliau juga meminta kerajaan memberikan hak milik tanah di lokasi kuil Sri Muneswarar di Persiaran Kerjaya yang seluas satu ekar supaya keadaan itu tidak berulang lagi.

Menurut jawatankuasa kuil A Manamohan, dalam kejadian tengah hari semalam, kira-kira 30 anggota polis dan pegawai penguatkuasa tiba dengan sepuluh kereta.

Beliau mendakwa tiada notis awal dikeluarkan. Exco Selangor Xavier Jayakumar bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Difahamkan kuil itu mampu memuatkan kira-kira 100 orang pada satu-satu masa.

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google