"UMNO @ BN tidak mempedulikan rakyat asalkan mereka mendapat wang"

PETALING JAYA: PKR Sabah mahu BN dihumbankan jauh-jauh kerana menipu, tidak amanah dan rasuah, kata seorang pewakilan negeri itu.

“Mereka tidak mempedulikan rakyat asalkan mereka mendapat wang,” Jonathan Yasin, ketua PKR Ranau ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam ucapan dasarnya berkata parti akan lebih berhati-hati dalam pemilihan calon pilihan raya akan datang.

Katanya, parti tidak akan bertolak ansur dengan bakal calon yang berlagak seperti “gunting dalam lipatan”.

Menurutnya, tender bekalan elektrik sepanjang dua kilometer dari Kota Kinabalu ke pulau Gaya berharga RM100 juta tetapi menurut pakar kosnya hanya RM42 juta.

Di Ranau pula, projek kincir angin elektrik yang berharga jutaan ringgit hanya tiang besi saja yang dibina.

`Projek potong rumput’

“Tidak ada projek yang mereka lakukan, mereka cuma kejar wang peruntukan untuk kepentingan mereka, mereka tidak kisah yang penting poketnya,” kata Jonanthan yang juga timbalan pengerusi PKR Sabah.

Jonanthan berkata, cukuplah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengaut beratus juta ringgit dengan projek diberikan kepada kroni.

“Projek potong rumput tidak diberikan kepada rakyat Ranau tetapi diberikan kepada orang luar,” tambahnya.

Dalam pilihan raya umum 2008 rakyat belum sedia tetapi 2012 kita kalahkan BN Sabah, kata Jonanthan.

Beliau juga mendakwa, lebih 700, 000 rakyat asing di kad pengenalan untuk mengundi BN.

“Saya tidak tentang orang asing diberi kad pengenalan tetapi harus mengikut peraturan seperti tinggaI selama tujuh tahun,” katanya.

Jonanthan juga mendedahkan penduduk Tawau yang mendaftar untuk mengundi di Selangor dalami pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google