Peguam akan berarak bantah Bil Perhimpunan Aman

Empat tahun selepas "Walk for Justice" 2007, Majlis Peguam Malaysia sekali lagi memanggil ribuan peguam untuk berarak di Kuala Lumpur bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang telah dibentangkan di Parlimen.

bar council putrajaya judiciary crisis lingam tape 260907 09Perarakan itu akan bermula pada jam 11.30 pagi Selasa depan dan mereka akan berjalan dari Kelab Taman Perdana Diraja (Royal Lake Club) ke Parlimen, yang dijadual membahaskan rang undang-undang tersebut, yang dibentangkan pada 22 November lalu.

Satu memorandum akan diserahkan kepada kerajaan di akhir perarakan tersebut.

Pada tahun 2007, lebih 2,000 peguam menyertai perarakan Majlis Peguam sejauh 3.5km yang dikenali sebagai "Walk for Justice", di Putrajaya untuk mendesak penubuhan suruhanjaya diraja bagik menyiasat kes 'Pita Lingam'.

Langkah tersebut, serta protes awam yang lain, telah memaksa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor.

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google