Selamat Datang Human Rights Party.

Adakah wajar untuk menubuhkan satu parti politik? Itulah soalan utama yang ditujukan oleh ramai sahabat-sahabat saya apabila dapat mengetahui berita penubuhan Parti Hak Asasi Manusia (HAM) atau lebih dikenali sebagai Human Rights Party (HRP) oleh Saudara P. Uthayakumar.

Jika kita melihat senario politik Malaysia, memang kita akan kata ia adalah satu perbuatan yang tidak wajar. Apatah lagi jika ia ditubuhkan demi memperjuangkan hak asasi manusia terutamanya bagi memperjuangkan hak-hak dan kepentingan masyarakat India yang merupakan sebuah kaum minority di bumi Malaysia ini.

Parti –parti lain pula bertungkus lumus memperjuangkan agenda utama masing-masing iaitu mengangkat bakul UMNO. Agenda bagi parti-parti ini adalah menyokong dan memuji apasaja tindakan UMNO dan kerajaan. Bagi mereka kepentingan dan keperluan masyarakat India adalah perkara yang tidak mempunyai nilai ‘komersial’ yang tinggi. Ianya dianggap seperti hobi, jika ada masa boleh berhobi, kalau taka ada tak apa lah.

Setelah tsunami Mac 08, ramai berpendapat bahawa parti-parti memperjuangkan hak sesuatu kaum akan hilang di muka bumi ini. Ianya banyak diperkatakan dan menjadi bahan polemic utama terutamanya di kalangan ahli dan penyokong pembangkang. Tetapi kita dapat lihat setiap tindak-tanduk parti pembangkang ini juga tidak terlepas daripada kongkongan kepentingan perkauman. Tetapi parti-parti ini dan penyokong masing-masing mempersembahkan kebisuan yang memanjang apabila diminta untuk meluluskan sesuatu perkara yang berada di bawah bidang kuasa mereka untuk menyelesaikan masalah kaum India di negeri-negeri yang mereka memerintah. Contoh terbaru kes Kampung Buah Pala. Semua parti hanya mahu menjaga kepentingan masyarakat majoriti sahaja, kepentingan masyarakat minority hanya dijadikan mainan politik. Kemarahan masyarakat India yang yang menjadi tunjang tsunami Mac 08, dipergunakan sepenuhnya oleh semua parti PR, akan tetapi bila ianya menjadi pemerintah di beberapa negeri pemintaan masyarakat India dianggap sebagai sesuatu yang racist. Ahli meraka yang berbangsa India juga tidak dapat menyuarakan perkara yang menjadi duri dalam daging bagi masyarakat India yang menaruh harapan yang tinggi pada pakatan pada mac 08. semuanya menjadi hancur dan berkecai. Apa bezanya parti yang dipercayai selama ini dan parti yang dipercayai sekarang?

Jika selama ini masyarakat India diperdaya oleh BN dengan hanya memberi ‘lips servive’ kini tiba pula masa PRuntuk memperdaya masyarakat India. Kita memang tidak dapat nafikan perkara ini. Tiada siapa pun dapat bagitahu apa sumbangan PR untuk masyarakat India selama 16 bulan ini. Sebab itulah rata-rata penyokong PR mengutuk Hindraf bersikap rasist apabila Hindraf meminta mereka untuk menunaikan janji-janji mereka kepada masyarakat India. Malah mereka tidak dapat memberi jawapan apa sumbangan mereka selain menyertai demonstrasi anjuran hindraf itupun mereka menghantar wakil India, bukannya pemimpin mereka yang mengatakan mereka tidak racist.

Secara total, semua parti yang ada sekarang tidak berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi selama ini. Kini muncul satu harapan bagai suatu cahaya di penghujung jalanan bagi seorang musafir yang sedang berjalan seorang diri di sebuah padang pasir yang penuh gelap. Cahaya itu ialah HUMAN RIGHTS PARTY pimpinan Saudara P. Uthayakumar yang sangat dikenali masyarakat India kerana keberaniannya memperjuangkan hak orang-orang yang tertindas bukan sahaja orang India, tetapi semua orang tanpa kira sempadan warna kulit. Pada beliau lah masyarakat India meletakkan harapan setinggi gunung, sebesar lautan.

Ucapan perasmian beliau pada hari pelancaran buku hasil nukilan beliau semasa ditahan di bawah akta keselamatan dalam negeri selama 514 hari yang bertajuk ‘Malaysian Indian Political Empowerment Strategy’ secara jelas menunjukkan beliau sentiasa memikirkan masalah rakyat dan mempunyai strategi, visi dan misi yang teratur bagi memperkasakan masyarakat India supaya berjuang bersama-sama masyarakat Malaysia supaya berdiri sama tinggi.

Masyarakat India ternyata ketinggalan dalam banyak bidang. Perkara ini walaupun disangkal oleh kerajaan, tindakan mereka secara tidak langsung memberi gambaran sebenar keadaan masyarakat ini. Kerajaan tidak dapat lagi menegakkan benang yang basah. Tuntutan utama masyarakat India menerusi Hindraf tiada diendahkan langsung walaupun mengetahui ia adalah sesuatu yang amat berketepatan dengan kehendak masyarakat Malaysia yang bersimpati dengan keadaan sekolah Tamil, taraf ekonomi keluarga masyarakat India di Bandar-bandar dan sebagainya. Sebuah parti yang babas daripada kongkongan Barisan nasional dan Pakatan rakyat sahaja dapat memperjuangkan tuntutan dan hak masyarakat tertindas ini.

Hindraf
21/07/09

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google