KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan liberalisasi politik dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal.
Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menegaskan liberalisasi ekonomi yang dilaksanakan tidak mencukupi dalam usaha kerajaan mahu memulihkan ekonomi negara.
Untuk melaksanakan liberalisasi politik, kerajaan perlu memulihkan sistem kehakiman negara yang bukan hanya diragui oleh rakyat tempatan tetapi turut terkesan kepada pelabur-pelabur luar.
"Bagaimana pelabur luar mahu datang ke negara ini jika sistem kehakiman negara diragui kerana mereka bimbang jika berlaku sesuatu perkara, keadilan tidak dapat ditegakkan akibat krisis badan kehakiman negara.
"Selain dari itu, amalan rasuah yang bermaharajalela juga memberikan kesan dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara yang kini berada dalam keadaan kritikal.
"Liberalisasi ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak berjaya menarik perhatian pelabur luar kerana hingga kini mereka masih tidak datang biarpun peluang sudah dibuka," tegas beliau.
Liberalisasi ekonomi itu, tegas Mahfuz, bukan hanya gagal menarik perhatian pelabur luar malah turut merugikan kepentingan negara.
Selain dari memulihkan sistem kehakiman dan menghapuskan rasuah, kerajaan juga perlu memberikan kebebasan kepada media untuk melaporkan tentang ketidak berkesanan kerajaan dan mengkritik dasar yang dibuat kerajaan.
Membenarkan media bebas mengkritik dan mendedahkan kegiatan rasuah akan membantu kerajaan mentadbir negara dengan lebih berkesan dan akan menambah keyakinan kepada pelabur luar untuk datang ke negara ini, jelas beliau.
Selain dari itu, Najib juga kata Mahfuz, perlu membersihkan namanya dari segala tuduhan yang selama ini dikaitkan dengan beliau kerana selagi Presiden Umno itu tidak membersihkan namanya sendiri, pelabur luar tidak akan yakin untuk melabur di negara ini kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang dikaitkan dengan kes pembunuhan.
Mahfuz turut menegaskan, sehingga hari ini sudah dua pakej rangsangan ekonomi diumumkan oleh kerajaan namun ia masih gagal untuk membantu memulihkan ekonomi negara.
Berbeza dengan Singapura, jelas beliau, yang sudah mula menunjukkan pemulihan kerana sejak 2007, negara jiran itu sudah mula merancang dan bersiap sedia untuk menghadapi krisis ekonomi global.
"Beza dengan kita kerana hingga hujung tahun 2008, kerajaan masih menafikan kita akan terkena tempias krisis ekonomi dunia," tegas Mahfuz.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan demikian sebagai respons terhadap laporan Malaysian Institute of Economic Research (MIER) yang menjangkakan ekonomi negara akan menguncup 4.2 peratus tahun ini.
Untuk mengatasi keadaan ini, MIER mencadangkan supaya kerajaan menambah sebanyak RM8 bilion dalam pakej rangsangan ekonomi negara.
Harakah
16/07/09

No comments:
Post a Comment