Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menepis soalan kenapa Jabatan Peguam Negara tidak mengenakan apa-apa caj jenayah terhadap tiga pegawai SPRM yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) kematian TBH sebagai menggunakan taktik “aggressive, relentless, oppressive and unscrupulous”.
Sejak bila pihak berkuasa terpaksa menunggu repot polis daripada awam untuk membuka kertas siasatan? Apatah lagi berhubung kes yang berkepentingan awam seperti TBH.
Tidak bunuh diri
It is hard to believe suicide can happen within few hours of experiencing trauma. Hopelessness as an acute warning sign of suicide most often takes time to develop, days or weeks if not months. RCI has confirmed that TBH was “driven to commit suicide” within hours. The impossible does not happen and the improbable only happens very rarely. — CT Wong
1. TBH seorang ceria yang mempunyai ramai kawan. Kita boleh mengesahkan fakta ini daripada kemunculan banyak laman sesawang dan jaringan aktivisme di media sosial yang dimulakan oleh rakan taulan serta rakan sejawatnya.
Beliau tidak mempunyai profil seorang yang berperwatakan murung serta ada kecenderongan untuk membunuh diri.
2. TBH akrab dengan keluarganya dan diberitakan lazim menelefon emak saban malam. Rumahtangga ibubapanya utuh (tidak bercerai).
3. Sejarah peribadinya tidak menunjukkan beliau seorang yang bermasalah — TBH tidak ketagih dadah, tidak sakit jiwa, tidak bersikap ganas atau membuat melulu mengikut nafsu.
4. TBH seorang berkelulusan tahap ijazah, ada kerja dan bergaji tetap. Pada usia 30 tahun, beliau berjaya menabung lebih RM20,000 dalam simpanan tetap di bank. Akaun semasanya ada baki RM3,611.
5. Beliau juga bakal melangsungkan perkahwinannya pada hari esok tarikh kematiannya. Beliau tahu pun tunangnya akan beranak.
6. Mengikut kajian American Association of Suicidology, seseorang yang ada niat membunuh diri akan menunjukkan gejala-gejala berikut:
(a) mengancam untuk membunuh atau mencederakan diri ataupun menyatakan keinginan membunuh atau mencederakan diri,
(b) membeli senjata, ubat-ubatan atau racun untuk membolehkan pelaksanaan niat,
(c) asyik dengan topik kematian atau membunuh diri.
TBH tidak menunjukkan mana-mana gejala disebutkan di atas.
7. Kenapa pula TBH hendak bunuh diri? Beliau sekadar ‘saksi’. Bukan orang yang disyaki dan tidak dituduh makan rasuah. Jumlah wang kononnya disalahgunakan pejabat Adun hanya RM2,400.
8. Mengikut sumber, sms-sms terakhir TBH yang dihantar kepada kawan rapatnya menggambarkan tumpuan beliau adalah ke atas persiapan-persiapan untuk kenduri makan malam upacara nikahnya.
Kerajaan dan SPRM mengutarakan teori bunuh diri walhal TBH jauh sekali dari golongan yang dianggap berisiko tinggi mengambil nyawa sendiri.
Sepucuk nota (mungkin) ditulis TBH ditafsirkan SPRM sebagai ‘suicide note’ hanya kerana baris 对不起,我很累了, 再见.
我很累了 [saya amat letih]. Sekiranya TBH sudah begitu letih, pasti beliau terlalu penat untuk memanjat tingkap.
对不起 [minta maaf] kononnya ditujukan kepada bosnya Ean Yong Hian Wah, seorang Adun DAP. Ungkapan ini tidak sepatutnya dibaca sebagai sesuatu yang mencurigakan.
Bandingkan berapa kali kita sendiri pernah mengucap, “Sorry bos”. Dalam konteks penyiasatan SPRM, TBH meminta maaf kepada Ean Yong bukan sesuatu yang luarbiasa,
再见 dibayangkan seolah-olah TBH mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada dunia. Pemberian salam ini tidak lebih dari ‘bye’. 再见 juga membawa maksud ‘kita jumpa nanti’.
Ketua pendakwa SPRM Abdul Razak Musa membuat demonstrasi di mahkamah bagaimana seseorang itu berupaya mencekik diri sendiri. Ini dilakukan sebagai penjelasan mengapa ada lebam-lebam dikesan pada leher TBH.
Kalau mengikut butir nota, pada waktu itu TBH sudah begitu letih dibuatnya pegawai-pegawai SPRM. Jadi adakah beliau masih akan bertenaga untuk mencekik diri? Dalam pada itu, buat apa mahu mencekik diri?
Masyarakat Cina marah melihat cara kerajaan menangani kes TBH. Ia telah menjadi salah satu faktor utama parti pemerintah ditolak kaum Cina dalam pilihanraya umum lepas.
Selepas kematian TBH, SPRM telah berpindah dari Plaza Masalam (berhantu?) ke Wisma PKPS. Bangunan ibu pejabat SPRM ditukar tetapi prosedur operasi tidak bertukar. Seorang lagi mati dalam tahanan dan kali ini orang Melayu — Ahmad Sarbani.
Kes Aminulrasyid Amzah memperlihatkan anggota polis yang menyebabkan kematian remaja itu dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen.
Bilakah TBH dan keluarganya akan diberi keadilan?
Terlampaukah untuk mengetahui bagaimana Beng Hock temui ajal? — oleh Teoh Lee Lan, adik kepada mendiang
Mutakhir:
Ditemani dua orang Ahli Parlimen DAP, saudara perempuan TBH membuat laporan polis supaya tindakan diambil terhadap tiga orang pegawai SPRM – Beng Hock’s family demands criminal charges against MACC trio
No comments:
Post a Comment